GAMBAR ‘BROKER’ BERSAMA ANAK KHALID SAMAD DIDEDAH

Setelah Setpol Khalid Samad direman polis untuk menyiasat kes ‘broker’ dan DO (Arahan Pembangunan) palsu, bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu kelihatannya gelabah kerana tidak mahu dikaitkan dengan skandal tersebut.

Dalam laporan Harian Metro, Khalid cuba melindungi Setpolnya, Azli Yusuf, apabila dia mendakwa “broker berkenaan menggunakan nama Azli yang dikatakan telah mendapatkan DO berkenaan bagi pihaknya.”

Khalid juga telah menjelaskan bahawa penahanan reman setpolnya itu berdasarkan aduan daripada sebuah syarikat arkitek yang mendakwa menerima Arahan Pembangunan (DO) palsu daripada seorang “broker”.

Khalid mendakwa broker berkenaan telah membuat keuntungan jutaan ringgit.

Semalam (20 Mei), SuaraTV menyiarkan laporan seorang lelaki, Khairul Amri Hamidi melalui FB “menzahirkan rasa berang dengan sikap Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan yang disifatkan sebagai menyalahgunakan kuasa.”

Khairul mendakwa, Noor Hisyam telah meluluskan tender kepada Jitu Harta Sdn Bhd sedangkan permohonan tender syarikat tersebut telah ditolak di peringkat awal.

Datuk Bandar KL, Noor Hisham Dahlan punya perangai huduh macam muka dia juga. Tangguh Mesyuarat Lembaga Tender sehingga tiga kali (kerana) nak ‘adjust’ bagi kepada syarikat yang dia setting. Dia punya suwey perangai dari start Khir Toyo bagi Anugerah Penyapu sampai ke hari ini. Tahniah Datuk Bandar KL, fuck you! Syarikat tak masuk shortlisted (pun) berjaya. Kau pelacur kuasa & amanah,” luahan Khairil bersama maki-hamun di bulan mulia ini.

Nampaknya dengan FB Khairil yang terdedah dalam SuaraTV itu, maka terlindunglah sedikit nama baik Khalid dalam kes “broker dan DO palsu” itu.

Namun malangnya bagi Khalid, apabila semalam juga (20 Mei), DS Najib Razak telah mendedahkan melalui FB gambar anak Khalid bersama-sama dengan seorang lelaki yang dikatakan ‘broker’.

Tidak pasti adakah ‘broker’ itu yang didakwa oleh Khalid yang telah memetik nama pegawai khasnya bagi memalsukan dokumen projek di Kementerian Wilayah Persekutuan?

Walau bagaimana, sebelum ini Khalid mendakwa dia tidak mengenali broker berkenaan.

Tapi setelah dia terperangkap dengan pendedahan DS Najib, Khalid akhirnya mengaku dia pernah bergambar bersama suami isteri ‘broker’ serta setiausaha politik yang ditahan polis, sebagaimana dicatatkan DS Najib dalam FB beliau.

“Namun Lid kata dia tak berapa kenal mereka.”

“Mana jibby (DS Najib) dapat gambar pasangan suami-isteri yang hadir ke Majlis Hari Raya Amanah Shah Alam di Stadium Shah Alam tu?

“(Menurut Khalid) Saya tak berapa kenal mereka. Mai majlis raya.. jumpa mungkin sekali dua jer. Tak segeng (satu geng).”

“Tapi ada juga gambar-gambar lain yang tular hari ini bahawa ada lagi orang yang sangat-sangat rapat dengan Lid bergambar dengan broker, suami-isteri pulak.

“Macam sangat segeng pulak dalam gambar. Lid kenal siapa dalam dua gambar ini?” soal Najib sinis setelah membulatkan muka anak Khalid dalam gambar tersebut.

“Eh… kenapa Lid asyik tanya dari mana saya dapat gambar-gambar itu? Empat kali dia tanya. Lid dah goyang ke?” ujar Najib

Nampaknya Khalid seperti terperangkap.

*****

2 thoughts on “GAMBAR ‘BROKER’ BERSAMA ANAK KHALID SAMAD DIDEDAH

Add yours

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: