(Video) PEMIMPIN PH CUBA MENJADI JAGUH RAKYAT

Oleh Dr Mamat Desa

Sejak PH terhumban jatuh kerana kemelut dan kerosakan yang mereka cipta sendiri, pemimpin tertinggi mereka bergelut dan berebut-rebut untuk menonjolkan diri sebagai jaguh rakyat.

Tindakan sesetengah daripada mereka semasa Covid-19 mula merebak pada akhir Disember lalu dan setelah WHO mengisytiharkan ‘Darurat Kesihatan Sedunia,’ amat berbeza dengan keprihatinan hipokrit mereka terhadap rakyat sekarang.

Mereka menjadi amat prihatin terhadap penderitaan rakyat, kemurungan rakyat dengan PKP, masalah pendapatan harian yang tersekat, masalah mendapatkan makanan harian, dan yang lebih utama ialah serangan wabak Covid-19 itu sendiri.

Lebih daripada itu, apabila kerajaan mengumumkan penurunan harga petrol kepada RM1.44 seliter bagi Ron95, ada antara mereka mencanangkan bahawa itulah perjuangan mereka dan kerajaan PH selama ini.

Kami tidak pasti, adakah Lim Guan Eng benar-benar telah mengeluarkan kenyataan ini dalam bahasa Cina, tetapi ada yang whatsup kami bahawa Lim Guan Eng telah mengeluarkan kenyataan, “Harga minyak ini kami dah jangka nak turunkan, tapi tak sempat untuk kami lakukan akibat kerajaan pintu belakang.”

Dahulu semasa berkuasa, mereka melihat nilai taraf hidup rakyat hanyalah RM30, yang mereka berikan melalui ‘e-Tunai’ tetapi hari ini mereka menjerit-jerit agar rakyat diberikan RM1000, meningkat 97%.

PH juga mencanangkan bahawa negara akan bankrap, kerajaan tiada duit, hutang negara RM1 trilion yang tidak tertanggung untuk dibayar balik, banyak wang rizab negara telah dirompak, aset negara daripada Khazanah dan Tabung Haji terpaksa dijual, dana Petronas mereka jarah, mereka biarkan ekonomi negara menjadi terburuk di rantau ASEAN, bursa Malaysia terburuk di dunia, dan mereka suka pelabur asing lari ke negara lain.

Perkara yang paling menyedihkan, mereka biarkan indeks ‘Kebahagiaan Rakyat’ jatuh daripada kedudukan 35 kepada 80 berbanding seluruh dunia, mengikut indeks kajian PBB.

Hari ini mereka berdiri mendabik dada sebagai jaguh pembangkang, untuk memberitahu rakyat bahawa mereka adalah jaguh rakyat dan merekalah pejuang rakyat dalam menghadapi kemelut ekonomi dan wabak Covid-19.

Sungguh melucukan.

Hanya rakyat yang bodoh sebagaimana rakyat yang mengundi mereka semasa PRU14, pastinya akan seronok dan melompat-lompat apabila melihat pejuang penipu, pembohong, pemfitnah dan politikus janji palsu ini semua.

Pada 25 Mac DS Anwar Ibrahim telah menggesa kerajaan PN menggunakan dana untuk bantu rakyat terlibat Covid-19.

Ironinya Anwar hanya mendiamkan diri suatu ketika dahulu apabila Tun Mahathir telah mengeluarkan kenyataan bahawa ‘Kerajaan tak boleh terus bantu rakyat miskin’.

Menteri Kewangan PH pula, Lim Guan Eng mengingatkan rakyat bahawa, “Rakyat perlu berkorban, tiada ada istilah wang percuma”.

Bagi golongan kapitalis begini, mereka melihat bahawa rakyat miskin tidak menyumbang apa-apa kepada negara, sedangkan kata sasterawan agung Indonesia, Pramoedya Ananta Toer, ‘nasi yang dimakan oleh orang kaya datangnya daripada padi yang diusahakan oleh orang miskin’.

Pemimpin PH inilah juga yang melabelkan bantuan kewangan kerajaan kepada golongan berpendapatan rendah sebagai ‘dedak’ sebagaimana makanan binatang ternakan dan ‘rasuah’ untuk memenangi undi rakyat.

Ironinya bekas Menteri Besar Selangor, DS Khalid Ibrahim mengatakan bahawa tindakan DS Najib membantu rakyat adalah tindakan yang betul kerana menggunakan keuntungan korporat untuk dikongsi oleh rakyat, tidak sebagaimana Mahathir hanya menggunakan wang rakyat untuk ‘bailout’ korporat yang hampir muflis tetapi kekayaan korporat hanyalah milik kroninya.

Mereka juga turut menjadi juara apabila menyeru rakyat supaya menolak kemudahan mengeluarkan wang simpanan Akuan II KWSP.

Sedangkan sebelum ini, wang akaun tersebut sememangnya dibenarkan dikeluarkan untuk membayar yuran pengajian universiti dan apa-apa yuran pengajian seperti yuran asrama yang tertunggak.

Kemudian Lim Kit Siang pula cuba menentang program rangsangan ekonomi tanpa menilai pengisytiharan WHO bahawa Covid-19 adalah ‘Darurat Kesihatan Dunia’ dan diangkat sebagai ‘Pandemik’ dunia.

Nampaklah Kit Siang yang sepet melanduh itu juga cuba menjadi jaguh, tetapi rakyat tidak nampak langsung sumbangannya ketika PH berkuasa.

Manakala Bekas Menteri WP, Khalid Samad yang popular sebagai ‘Carledsberg’ kerana janjinya yang tidak tertunai untuk menutup kilang Carlsberg juga cuba menjadi juara umat Islam.

Khalid telah membangkitkan isu ‘tidak solat Jumaat empat kali berturut-turut’ setelah PM Muhyiddin Yassin mengisytiharkan PKP sehingga 14 April untuk mencegah rantaian penyebaran wabak Covid-19.

Khalid, melalui ciapannya telah mengeluarkan kritikan sinis apabila umat Islam menangguhkan solat berjemaah sebagai menyahut PKP untuk mengekang rantaian penularan wabak Covid-19.

“Zaman PN ni takleh solat berjemaah di surau… hmmm tak marah DAP ke? Bisinglah sikit. Lama tak dengar. Oops nak salahkan DAP takleh dah. Bukan depa yang larang maka ok kan…,” katanya.

Perkara yang amat menarik sekali ialah program ‘Rangsangan Ekonomi’ yang berjumlah RM250 bilion, telah menunjukkan bahawa kedudukan kewangan negara amat stabil, berbeza dengan dedak Lim Guan Eng bernilai RM30, yang hanya cukup untuk membeli tisu tandas, pembasuh najis kaum Cina.

Dengan kata-kata lain, sebagaimana dihujahkan oleh DS Najib Tun Razak, ekonomi negara yang menjadi warisan BN kepada PH adalah amat stabil dan kukuh, selari dengan kenyataan badan penarafan dunia seperti Bloomberg, IMF, dan ‘Fitch Ratings and Moody.’ Malangnya pemimpin kakistokrasi PH telah merosakkannya.

Pelabelan negara akan muflis atau bangkrap hanyalah mainan kotor Mahathir dan Lim Guan Eng.

Dengan kata-kata lain, DS Najib bukanlah perompak sebagaimana mereka fitnah, tetapi merekalah perompak yang melelong harta negara milik Khazanah dan Tabung Haji, manakala wang jualan entah ke mana perginya, sebagaimana dipersoalkan oleh DS Mohamad Hassan.

Banyaklah lagi jaguh longkang PH yang cuba masuk gelanggang untuk mengangkat diri mereka sebagai wira tempang yang tidak bermaruah.

****

3 thoughts on “(Video) PEMIMPIN PH CUBA MENJADI JAGUH RAKYAT

Add yours

  1. Mereka2 ini lah yang menjahnamkan negara mengbankrupkan negara.semasa pemerintahan kerajaan BN rakyat hidup selesa walaupun mereka kata perajaan merompak wang rakyat.tapi bila mereka ambil alih kerajaan hanya 22 bulan sudah jelas negara hampir bankrup.mujurlah cepat di selamatkan oleh kerajaan PN.

    Like

Tinggalkan komen

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑