HUBUNGAN BERSATU DAN PAS MENUJU KEHANCURAN?

Muhyiddin kini nampaknya terkial-kial keseorangan seperti ‘habis madu sepah dibuang’. TS Muhyiddin pula memberi persepsi bahawa PAS sudah terperangkap dengan Mahathir apabila menandatangani ‘Proklamasi Melayu’ itu. Dia telah mengesahkan bahawa pertemuan Abdul Hadi itu adalah tanpa pengetahuannya dan tidak dimaklumkan. Kata Muhyiddin, “PAS sudah terperangkap, dan apabila sudah terperangkap, dia akan kata ‘bohong’, dia akan kata tidak, dia akan nafikan, dan itulah yang biasa berlaku dalam PAS.”

RETAK PADA PH MENANTI BELAH

Mungkin DS Anwar merasakan amat wajar menggunakan logo PKR, kerana logo itulah yang membawa kemenangan kepada PH semasa PRU14. Kini terbangkit pula isu kemanjaan Syed Saddiq yang mengendeng-ngendeng DAP dan Amanah untuk mendapatkan kerusi mudah-menang di Johor. Kehadiran Warisan pula membangkitkan kemarahan DAP kerana Warisan akan bertanding di kawasan yang didominasi oleh kaum Cina.

SADDIQ HANYA JADIKAN CALON MUDA SEBAGAI TIKUS EKSPERIMEN

Saddiq seperti cuba bereksperimen dengan menjadikan calon-calonnya sebagai tikus-tikus makmal untuk dikorbankan dan melihat sejauh mana formula sokongan generasi muda terhadapnya. Namun Saddiq lupa bahawa bukan semua pengundi di PRN Johor terdiri daripada 'generasi muda’ Hakikatnya Saddiq sedar dia akan kalah, malahan MUDA hakikatnya sebagaimana didakwa oleh pemimpin PKR Johor, “MUDA tidak mempunyai jentera dan dan akar umbi.” Apatah lagi adalah 'kluster mahkamah sebagaimana mahu ditentang oleh Muhyiddin dan Mahathir.

KHALID SAMAD ‘CAP AYAM’ – TWEETS DS JOHARI AG

Dia juga pernah dilabelkan sebagai hipokrit apabila berjanji “Hari ini kita menang, Esok subuh kita tutup kilang Arak” tetapi sebaliknya setelah menang, jangankan hendak menutup kilang arak itu, Khalid menawarkan tapak baru sekiranya Carlsberg ingin melebarkan lagi perusahaannya. Lebih hipokrit lagi apabila Khalid, ketika menjawat jawatan Menteri Wilayah Persekutuan PH, telah membenarkan Oktober Fest atau lebih dikenali sebagai ‘Pesta Arak Oktober’ dijalankan di Kuala Lumpur .

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: