(Video) CPU ROSAK- SENDIRI LETAK JAWATAN PM, SENDIRI NAK JADI PM SEMULA

Pada 8 Mac lalu, DS Najib Tun Razak melalui FB telah dengan sinisnya menyindir Tun Mahathir.

DS Najib mencatatkan:

“Sendiri letak jawatan PM, sendiri nak jadi PM semula.

Sendiri letak jawatan Pengerusi PPBM, sendiri nak jadi Pengerusi PPBM semula.

Sendiri yang kata dia OK jika Muhyiddin jadi PM, sendiri bantah Muhyiddin jadi PM.

Pening. Pening.

Panadol dua papan!”

Jika dia sendiri telah mengumumkan bahawa dia sedia menerima TS Muhyddin sebagai PM kenapa pula timbul soal ‘paling banyak khianati saya’?

Dalam usia yang menjangkau 94 tahun, pastinya hamba Allah akan mengalami pelbagai masalah kesihatan, baik fizikal mahupun fungsi otak.

Pasti ada hikmahnya yang amat besar apabila baginda Rasulullah S.A.W. wafat pada usia 63 tahun.

Bagi hamba Allah yang bukan maksum sebagaimana umat Islam pada akhir zaman ini, pastinya keadaan fizikal kita lebih banyak dicengkam oleh pelbagai penyakit fizikal dan otak.

Ibarat kereta tua, ada sahaja rosaknya di situ dan di sini. Mungkin ada antara kita yang boleh hidup lama kerana kehendak Allah, namun kita tidak boleh sombong sekiranya Allah menarik balik kemampuan fungsi otak.

Ia seperti central unit sebuah kenderaan atau CPU bagi komputer, namun dalam konteks manusia ia tidak ada ‘alat ganti’ otak, yang boleh ditukar sebegitu mudah sebagaimana central unit atau CPU ditukar.

Kenyataan Mahathir yang dilaporkan dalam MalaysiaKini pastinya dikritik keras oleh para ulama.

Malah ada yang mengklasifikasikannya sebagai ‘syirik’ apabila dia berkata mungkin dia sudah meninggal dunia ketika dia mengalami serangan jantung pertama pada tahun 1989 ketika berusia 64 tahun, “jika bukan kerana kemajuan sains dalam bidang perubatan.”

Dia seperti lupa bahawa yang melanjutkan usianya adalah Allah, bukan yang lain.

Tidak hairanlah jika hari ini, pelbagai tingkah-laku dan kata-kata Mahathir serta pendiriannya dilihat sebagai bercelaru.

Malah DS Najib lebih suka menyifatkannya sebagai ‘U-Turn Mahathir’ daripada Tun Mahathir kerana percakapannya yang berputar-belit.

Sebelum ini, DYMM SPB Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pernah mengingatkan Mahathir supaya tidak mengelirukan rakyat dan memecah-belahkan perpaduan rakyat Johor dengan mencampuri urusan negeri baginda.

Baginda turut menyifatkan bekas Perdana Menteri itu sebagai sedikit nyanyuk kerana sering menunjukkan sifat pelupanya.

Mahathir dan Menteri Kewangannya, Lim Guan Eng pernah mengungkit-ngungkit dan mengugut rakyat dengan kenyataan bahawa ‘negara sudah hampir bankrap’, ‘negara tiada wang’, ‘rakyat miskin jangan lagi harap bantuan kerajaan’, ‘rakyat hendaklah ikat perut’, dan ‘tiada ada yang percuma’.

Tapi hari ini, PM TS Muhyiddin Yassin, tanpa bertangguh telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi, berjumlah RM250 bilion, di tengah-tengah serangan Covid-19 yang meruncing untuk membantu rakyat. Kerajaan PN telah membuktikan bahawa rizab kewangan negara adalah kukuh.

Apakah sebenarnya agenda tersembunyi Mahathir dan Guan Eng?

*****

Advertisement

One thought on “(Video) CPU ROSAK- SENDIRI LETAK JAWATAN PM, SENDIRI NAK JADI PM SEMULA

Add yours

  1. Sejak Dr.Mahathir bergabong dengan DAP saya mula pandang serong kepada beliau. Tambah lagi serong bila dia kata Negara nak bangkrap, sedangkan dunia puji kedudukan pemerentah BN. Lepas itu saya dah mula maki Dr.Mahathir bila dia ruduh DSN curi duit 1MDB. Dia tak percaya duit yang DSN belanja itu duit Raja Arab. Ada bukti pun dia tak percaya. Tak kan dia sebagai pembaca banyak buku, macam saya tidak tahu perangai dan budaya orang Arab- lebih-lebih lagi Raja Arab. Satu nagara dia boleh bagi kalau kena angin, dan anak lkagi dia bagi. Kalau Arab marah dia bunuh kerat 4.

    Banyak anak muda, termasuk gulongan elite kagum dengan Dr.Mahathir sebab walaupun mereka elite, mereka bukan gulongan membaca buku. Dr.Mahathir mengaku Tun Razak – bapaDSN pernah tulong dia. Tetapi tergamak dia buat pitnah kepada DSN. Dr.Mahathir tidak ada hati halus.

    Sepatutnya, Dr.Mahathir bersuara bila PDRM rampas barang-barang hadiah DSN kerana dia pun ada banyak hadiah semasa jadi PM. Lepas itu dia juga tidak bersuara tentang wang UMNO – 120 juta, kerana dia juga serah wang sebanyak itu kepada Badawi. Banyak lagi nak kata, tetapi cukup-lah saetakat ini dulu.

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: