(Video) REGIM PENIPU PH ‘AKUI’ DS NAJIB BUKAN PEROMPAK SEPERTI YANG MEREKA WIRID

Oleh Dr Mamat Desa

Sikap penipu dan pembohong pemimpin regim PH terhadap DS Najib Razak amat dikesali, lebih-lebih lagi apabila mereka telah menabur fitnah sehingga rakyat yang jahil tentang fakta dan data percaya, taksub, dan terasuk.

Ia lebih dikesali apabila dakyah fitnah mereka itu digunakan sebelum PRU 14 untuk meraih undi rakyat, sehingga BN tumbang atas fitnah, pembohongan, janji palsu manifesto dan penipuan.

Sewajarnya PRU 14 dibatalkan kerana tiada keesahan dan kebolehpercayaan bagi mengangkat demokrasi yang telus, adil dan saksama!

Ketaksuban dan gejala terasuk rakyat terlihat apabila mereka sanggup memaki-hamun DS Najib, dan turut melabelkannya sebagai perompak-lanun, sedangkan perompak di hadapan mata, mereka tidak nampak.

Malah Tun Mahathir sentiasa mengungkit tentang hutang kerajaan BN yang berjumlah RM1 trilion, sedangkan ia telah dibuktikan oleh Lim Guan Eng semasa Bajet 2019, bahawa hutang negara semasa BN berkuasa hanyalah RM686 bilion.

Malah regim PH dan konco-konco mereka yang rabun dengan fitnah RM1 trilion itu mendakwa bahawa negara akan bankrap kerana rompakan DS Najib.

Ironinya apabila PH tumbang, boleh pula PM TS Muhyiddin Yassin membelanjakan RM250 bilion dan RM10 bilion untuk SME dalam program Ransangan Ekonomi Prihatin. Lantas di mana letaknya rasional yang mengatakan bahawa negara akan bankrap?

Malahan Bank Dunia memperakui bahawa kedudukan kewangan Malaysia adalah kukuh setelah PH tumbang.

Anehnya sikap pemimpin regim PH itu juga mengaku pula bahawa negara masih mempunyai kekayaan RM2 trilion daripada hasil pengurusan ekonomi negara ketika DS Najib menerajui Malaysia sebelum PRU14.

Dengan itu, di mana letaknya dakwaan mereka bahawa negara akan bangkrap?

This image has an empty alt attribute; its file name is a-a-a-x-rompak-10.png

Malah rizab, aset negara serta kekayaan negara meningkat dengan kadar paling tinggi semasa DS Najib menerajui negara.

Pertumbuhan ekonomi negara ketika BN berkuasa adalah antara tertinggi di rantau ASEAN dan sering mendapat pujian daripada IMF.

Justeru, wang negara tidak dirompak dan apa yang dicanangkan saban hari itu hanyalah fitnah dan pembohongan semata-mata untuk meraih undi PRU14.

Sebaliknya PH-lah yang membawa bencana kepada ekonomi negara apabila Bursa KL menjunam jatuh di bawah pengurusan ekonomi Lim Guan Eng.

This image has an empty alt attribute; its file name is a-a-a-x-rompak-8.png
Bursa KL jatuh merudum setelah PH berkuasa

The Edge Markets pada 27 Feb lalu, telah mendedahkan bahawa Mahathir memperakui Malaysia mempunyai banyak simpanan yang mencecah RM2 trilion daripada Tabung Haji, Bank Negara, KWAP, KWSP dan lain-lain lagi.

Semuanya mempunyai rizab yang besar, dan pada KWSP sahaja terdapat kira-kira RM1 trilion.

This image has an empty alt attribute; its file name is a-a-a-x-rompak-7.png

Sepertimana ketika mereka berkuasa Lim Guan Eng pernah menyatakan bahawa “rakyat perlu berkorban, tiada ada istilah wang percuma”, Mahathir pula mengingatkan golongan miskin supaya “jangan lagi mengharap bantuan kerajaan”, dan Mukhriz Mahathir pula mahu rakyat “ikat perut”.

Kontradiknya DS Anwar Ibrahim, Khalid Samad dan ramai lagi mendesak kerajaan membantu rakyat dengan bantuan RM1600 sebulan sedangkan semasa mereka berkuasa rakyat ditaburkankan ‘dedak’ bernilai RM30 (one off) sahaja.

Nampaknya terbongkarlah bahawa klise “DS Najib perompak-lanun” hanyalah satu fitnah yang diwiridkan Mahathir tidak henti-henti, apabila pada waktu ini dia dan konco-konconya secara tanpa sedar, mengaku bahawa DS Najib telah menguruskan kewangan negara seribu kali lebih baik daripada Lim Guan Eng, yang hanya layak menjadi ‘kerani akaun’ (dia bukan akauntan bertauliah).

Sebagaimana kata Hitler, “Sesuatu pembohongan itu apabila diulang dan diulang, akhirnya ia akan dipercayai benar.”

Dimuat naik daripada YouTube

Isu kemelut 1MDB adalah penyelewengan pengendalinya, Jho Low dan bukannya DS Najib, kerana 1MDB mempunyai lembaga pengarahnya yang tersendiri, lantas mengapakah PM yang disalahkan?


Caption: Kedudukan Malaysia pada ‘Indeks Kebahagian Dunia’ 2019 pada zaman PH, telah jatuh ke tangga 80 berbanding kedudukan negara di tangga 35 semasa BN berkuasa.

Namun semasa PH berkuasa, apakah yang rakyat rasakan?

Tidak lain, keperitan, kemurungan, kemarahan dan kesengsaraan apabila kajian PBB mendapati bahawa rakyat Malaysia tidak rasa bahagia berada di bawah regim fitnah dan penipu PH berbanding ketika BN berkuasa.

****

Advertisement

One thought on “(Video) REGIM PENIPU PH ‘AKUI’ DS NAJIB BUKAN PEROMPAK SEPERTI YANG MEREKA WIRID

Add yours

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: