(Video) JUAL TANAH TRX SEPERTI ANIAYA PENDEPOSIT TABUNG HAJI

Isu menjual aset Tabung Haji (TH) menjadi-jadi seperti ‘pesakit sawan babi’ yang tidak henti-henti menggelupur.

Sedangkan Hibah TH untuk pendeposit jatuh merudum bagaikan bangsat yang tiada lagi nilainya daripada 6.75% pada era BN kepada 1.25% pada era PH, turun 540%, suatu angka yang tidak masuk akal.

Tanah ladang kelapa sawit TH dijual, kemudian heboh pula penjualan hotel milik TH yang dikatakan menjadi liabiliti kepada ekonomi TH.

Setelah mendapat kritikan daripada netizen, pihak PH yang menguruskan dana TH bersilat mengatakan bahawa aset-aset TH tidak dijual sebaliknya dipindah milik.

Apa pun kebenarannya, penjualan aset TH tersebut adalah pada era ekonomi negara sedang merudum, pastinya pihak pembeli akan untung besar kerana dibeli dengan harga rendah, dan yang menanggung kerugian adalah TH sendiri.

Kemudiannya rakyat juga tertanya-tanya, siapakah di belakang pemilik baru aset TH?

Adakah mereka ini merupakan kroni kafirun yang menangguk di air keruh atau sememangnya balaci-balaci Guan Eng yang oportunis dan menjadi entiti kepada agenda ‘Gerakan Bumi Hangus DAP’?

Terkini TH di bawah kuasa Guan Eng, dan dominasi DAP telah menjual tanah miliknya di TRX dengan harga premium.

Tun Razak Exchange atau ringkasnya TRX adalah sebuah kawasan pembangunan baru di tengah-tengah kota Kuala Lumpur, yang menjadi mercu tanda projek pembangunan BN sebelum PRU14.

TRX adalah nama sempena PM ke-2 Tun Abdul Razak, ayahanda PM ke-6, DS Najib Tun Razak.

TRX dirancang sebagai sebuah hub sistem kewangan dunia antarabangsa yang membabitkan negara global seperti Perancis, Itali, Findland, Sri Lanka, India, Nigeria, Afrika Selatan, Thailand, Arab Saudi, UAE, China, Amerika Syarikat, dan United Kingdom.

Syarikat dalam program TRX tidak dijual kepada syarikat ataupun institusi kewangan negara luar kerana TRX akan menjadi satu pusat ekonomi antarabangsa milik negara.

TRX juga akan menjadi tempat perancangan apa jua ekonomi dan membantu pelbagai jenis medium ekonomi negara dan luar negara, yang dipusatkan di tengah-tengah kota Kuala Lumpur.

Pastinya TRX menenggelamkan imej Menara Kembar Petronas, yang diterjemahkan oleh George Soros sebagai lambang rasuah dan kebodohan PM ke-4 dan tidak menyumbang apa-apa kepada rakyat marhaen Malaysia.

Kewujudan projek TRX, menurut penganalisis ekonomi, hartanah dan infrastruktur bandar raya, adalah sesuatu yang hebat dan bermanfaat kepada negara serta TH kerana nilai hartanah yang tinggi.

Amat dangkal apabila kerajaan PH telah membatalkan projek kondominium TH Properties yang menguntungkan itu.

Tidakkah dengan langkah yang sama TH Properties juga akan mendapat keuntungan berlipat ganda, sebagaimana projek WTC?

Subtitles: Pelan TRX“Peluang untuk Tabung Haji mengaut keuntungan lebih tinggi untuk projek ini terlepas manakala syarikat swasta WCT terus mengaut keuntungan besar dari projek RM1.1 bilion mereka di atas tapak tanah TRX yang saiznya sama besar bersebelahan tanah yang dulunya milik TH -Malaysian Gazette

Adakah kerajaan PH yang didominasi DAP bersikap dengki terhadap kejayaan dan keuntungan TH yang pendepositnya adalah umat Islam?

PH diterjemahkan sengaja mensabotaj peluang TH Properties mengaut keuntungan tinggi melalui projek kondominium tersebut demi kebaikan umat Islam.

Adakah mereka sengaja mahu melihat TH menjadi daif dan merempat dengan rentetan penjualan aset TH dengan harga murah dan tidak munasabah?

Sekiranya PH mendakwa bahawa aset-aset TH itu merugikan, namun mengapakah ia menjadi ‘goreng pisang panas’ apabila ditawarkan untuk jualan?

Sedangkan syarikat swasta WCT terus mengaut keuntungan besar dari projek RM1.1 bilion mereka di atas tapak tanah TRX yang saiznya sama besar bersebelahan tanah yang dahulunya milik TH.

Menurut DS Najib Tun Razak, dahulunya kerajaan telah memberi peluang kepada Tabung Haji untuk menjana keuntungan lumayan dengan menjual tanah TRX di bawah harga pasaran supaya Hibah kepada pendeposit TH akan lebih tinggi, sebaliknya kerajaan BN dituduh merompak TH pulak.

Kini seriring dengan fitnah PH, mereka giat menjual aset TH wewenangnya dengan alasan TH mengalami defisit ekonomi, sedangkan rakyat dibutakan bahawa mereka sebenarnya sedang merompak TH.

PH mengatakan bahawa dana hasil jualan aset TH dilaburkan untuk projek lain, tetapi mereka merahsiakan pula projek pelaburan itu.

Lantas, apakah buktinya ia lebih menguntungkan TH daripada aset yang dijual itu, sedangkan ia boleh dijual dengan harga yang jauh lebih tinggi?

Lantas, siapakah kroni Guan Eng yang mengaut keuntungan? Adakah ini satu modus operandi rompakan PH terhadap Tabung Haji?

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: