(Video) ADAKAH LIM GUAN ENG YANG JEMPUT DIPLOMAT MAKAN ROTI JOHN?

Dua hari lalu, seorang kolumnis akhbar The Star telah menulis dalam kolumnya dan membuat kejutan tentang kenyataan seorang pegawai tinggi diplomat yang telah berbual dengan seorang menteri Malaysia.

Tidak pula disebut pegawai diplomat dari kedutaan mana dan siapakah menteri yang dimaksudkan dalam kolum itu.

Penulis tersebut Philip Golingai, mencatatkan bahawa ketika makan tengah hari, diplomat tersebut mendedahkan ‘A Malaysian minister met a high-level official named John from his country. Your minster said, “Your name is John. In my country, there’s roti John. If you come to my country, I can cook roti John for you,” the diplomat related. He said although it was a yummy invitation, the official was not impressed as the meeting was over a serious security matter.’

Terjemahannya; Seorang menteri Malaysia bertemu  pegawai tinggi dari negaranya. Menteri negara kamu itu berkata, “Nama kamu John. Di negara saya ada roti John. Jika kamu datang ke negara saya, saya boleh masakkan roti John untuk kamu,” cerita diplomat itu. Dia kata walau ia suatu jemputan yang baik, namun pegawai itu tidak tertarik kerana mesyuarat yang dihadiri adalah berkaitan soal kepentingan keselamatan (negara).’

Apabila intipati kolum itu mendapat respons yang hangat daripada khalayak media, lebih-lebih lagi netizen, Menteri Pertahanan, Mat Sabu terus melenting.

Setiausaha akhbar, Amin Iskandar dengan pantas menafikan bahawa bukan Mat Sabu yang membuat jenaka berkenaan ‘roti John’ pada pegawai diplomat itu.

Penafian itu, sekali lagi membangkitkan satu jenaka.

Siapakah menteri yang pernah belajar diploma kulinari, tetapi gagal?

Siapakah menteri yang dicatatkan sebagai’good at cooking’ and ‘can crack jokes’ oleh Malaysia Today?

Kalau bukan Mat Sabu, adakah Lim Guan Eng?

Persepsi yang dilemparkan terhadap Mat Sabu telah membangkitkan kemarahan, sehingga Amin memberi amaran bahawa “Sekiranya penulis sebut nama menteri, kami akan saman mereka, tetapi mereka tidak namakan menteri,” sebagaimana yang dilaporkan dalam MalaysiaKini.

Bekas Menteri Pertahanan, DS Hishamuddin Hussein menyelar ‘menteri’ berkenaan sebagai ‘membuat lawak tak kena dengan tempat’ ketika delegasi membicarakan isu keselamatan negara.

Pada 20 Januari, Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi telah mengkritik Kementerian Pertahanan Malaysia yang diterjemahkan gagal menjaga keselamatan perairan serantau apabila 5 nelayannya telah diculik oleh kumpulan militan Abu Sayyaf.

Jakarta mendakwa pihak berkuasa Malaysia gagal menjaga perairan serantau di Sabah, Sulu dan Sulawesi sehingga membolehkan puak militan Abu Sayyaf mengganas semula.

Kritikan tersebut amat memalukan, lebih-lebih lagi apabila Kementerian Pertahanan tidak segera memberi respons terhadap kritikan tersebut.

Bekas Menteri Pertahanan, DS Hishamuddin membidas Mat Sabu kerana setelah hampir dua tahun PH berkuasa, masih tiada perkembangan baru dan usaha memantapkan inisiatif Trilateral Cooperative Arrangement (TCA) yang turut membabitkan ATM.

Sememangnya wajarlah jika Philip Golingai berpandangan bahawa terdapat pemimpin PH yang lebih berwibawa dari aspek akademik dan intelektual yang sepatutnya dilantik sebagai menteri, dan bukannya melantik pemimpin parti yang tidak kompeten.

Tidak hairanlah jika Tun Daim mengatakan bahawa menteri PH bodoh, manakala EditorMalaysia mengklasifikasikan Malaysia sebagai kerajaan yang dibarisi pemimpin terbodoh di rantau Asia Pasifik.

****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: