Inilah yang menjadi tanda tanya rakyat, setelah Mahathir memecah-belahkan UMNO, PKR, PH, dan akhirnya dia juga memecah-belahkan partinya sendiri, Bersatu. Rasanya Mahathir pastinya gembira melihat kuasa politik Melayu musnah atas tindakannya yang lewah dengan keserakahan nafsu untuk berkuasa.
(Video) PARTI ‘APA AKU DAPAT’ ADALAH MANIFESTASI RASUAH, KRONISME DAN NEPOTISME
Sama ada ia merupakan satu konotasi sarkastik atau tanda kenyanyukan atau suatu strategi yang cekal dan serius, Mahathir sebenarnya meluahkan segala yang terbuku dalam hatinya; iaitu manifestasi terhadap amalannya yang tidak dapat dibuang dalam tabiat hidupnya iaitu kronisme, nepotisme, kolusi yang penuh dengan rasuah.
(Video) TUN MAHATHIR AKAN JADI MELUKUT DI TEPI PARLIMEN
Sekiranya Mahathir dengan konco-konconya yang tinggal tidak seberapa itu mahu berdiri atas nama parti pembangkang, maka nampak jelaslah bahawa dia akan kelihatan sebagai ‘melukut di tepi gantang’.
(Video) JAUH LEBIH BAIK MUHYIDDIN DARIPADA MAHATHIR
Oleh Dr Mamat Desa Meskipun baru sebulan setengah PN berkuasa, namun TS Muhyiddin nampaknya telah lebih jauh ke hadapan dalam soal memenangi hati rakyat berbanding dengan Tun Mahathir. Apatah lagi dalam landskap politik PH yang rakyat lihat lebih lintang-pukang dengan kancah politik mereka daripada berjuang bersama-sama rakyat menentang serangan pandemik dunia Covid-19. Iltizam dan komitmen... Continue Reading →
(Video) JUAL TANAH TRX SEPERTI ANIAYA PENDEPOSIT TABUNG HAJI
Isu menjual aset Tabung Haji (TH) menjadi-jadi seperti ‘pesakit sawan babi’ yang tidak henti-henti menggelupur. Sedangkan Hibah TH untuk pendeposit jatuh merudum bagaikan bangsat yang tiada lagi nilainya daripada 6.75% pada era BN kepada 1.25% pada era PH, turun 540%, suatu angka yang tidak masuk akal. Tanah ladang kelapa sawit TH dijual, kemudian heboh pula... Continue Reading →