(Video) PILOT MH370 BUNUH DIRI – KIT SIANG PATUT TANYA ANWAR

Lim Kit Siang, menggesa pemimpin BN agar bersuara menjawab dakwaan yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri Australia, Tony Abbott, mengenai tragedi pesawat MH370.

Namun sewajarnya Lim Kit Siang bertanya Anwar tentang tragedi itu, kerana segala apa yang didakwa oleh Abbott adalah selari dengan pandangan pakar penerbangan dan kejuruteraan aviation.

Abbot mendakwa, kerajaan Malaysia telah mengesyaki bahawa tragedi MH370 adalah tindakan membunuh diri.

Nampaknya, sebagaimana biasa Lim Kit Siang cuba menangguk di air keruh, untuk menghumbankan kesalahan dan beban kepada kerajaan terdahulu, kerana kehabisan modal politiknya.

Selepas ini dia akan mencuci tangan dan membiarkan rakyat membina persepsi buruk terhadap kerajaan terdahulu.

Sedangkan Kit Siang yang oportunis itu sepatutnya membuat kerja rumah bahawa teori pilot MH370 membunuh diri bukan satu tuduhan kerajaan terdahulu mahupun DS Najib Razak, tetapi ia adalah satu teori yang dikemukakan oleh pakar penerbangan dan kejuruteraan aviation.

Forum program TV ‘60 MINUTES’ Auatralia telah menjemput pakar yang telah menjalankan penyelidikan ke atas MH370 dari aspek forensik, dan menjelaskan mengapakah Kapten Zaharie Ahmad Shah diangkat sebagai pengkhianat terhadap kehilangan pesawat tersebut.

Sila rujuk video berikut daripada program 60 MINUTES Australia dengan prakata “A panel of aviation experts forensically examine MH370’s final hours and explain why Captain Zaharie Ahmad Shah has arisen as the most likely perpetrator in the aircraft’s disappearance.”

Hakikatnya, Kit Siang harus tahu bahawa kes juruterbang membunuh diri dengan menjunamkan pesawat di bawah kawalannya, bukanlah satu kes terpencil.

Dalam rekod tragedi penerbangan antarabangsa telah berlaku sekurang-kurangnya 25 kes yang disyaki akibat tindakan bunuh diri juruterbang yang mengalami tekanan teruk atau severe depression.

Tekanan mental atau depression yang menjadikan seseorang juruterbang possessed atau terasuk dan kemudiannya menjunamkan pesawat bersama-sama penumpang yang tidak berdosa juga bukanlah fenomena mental yang terpencil atau aneh.

Dunia telah menjadi saksi apabila pembantu juruterbang (co-pilot) Gameel Al-Batouti sengaja memadamkan sistem ‘autopilot’ dan menjunamkan pesawat EgyptAir 990 ke lautan Atlantik pada 31 Oktober 1999, dan membunuh 203 penumpang dan 14 krew.

Dunia juga menyaksikan kes juruterbang Andreas Lubitz yang mengalami depression yang teruk telah membunuh diri dengan mengorbankan pesawat Germanwings 4U9525 dan membunuh semua 149 penumpang pada 24 Mac 2015 di Perancis.

Kes SilkAir 185 dari Jakarta ke Singapura yang meragut 97 nyawa daripada 104 penumpang pada 19 Disember 1997 juga disyaki sebagai kes juruterbang yang sengaja mahu membunuh diri.

Kes Royal Air Maroco 630 pada 21 Ogos 1994 telah meragut kesemua 44 penumpang dan krew. Kes ini disahkan sebagai kes tindakan juruterbang Younes Khayati membunuh diri.

Dengan itu kes pilot MH370 yang mungkin mengalami severe depression sehingga terasuk dengan tekanan, lantas mengambil tindakan gila tanpa memikirkan nyawa penumpang, bukanlah sesuatu yang mengejutkan.

Dalam kes MH370, lima pakar penerbangan dan kejuruteraan aviation dalam forum TV ‘60 MINUTES’ Australia itu, antara lain percaya bahawa:

  • Tragedi kehilangan MH370 bukanlah suatu kemalangan yang boleh diterjemahkan sebagai ‘takdir’ sebaliknya tanpa kesangsian, ia adalah tindakan manusia (juruterbang).
  • MH370 dikendalikan oleh juruterbang profesional yang amat mahir tentang pesawat MH370 serta ruang udara di sekitar penerbangannya dan dia telah menggunakan pengetahuan itu untuk melampiaskan hasratnya.
  • Dia menggunakan 6 jam penerbangan untuk ‘membunuh diri’ sebagai rancangan membawa pesawat dan menghilangkannya dalam agenda ‘predestination’ yang dirancangnya.
  • Destinasi sebenarnya ialah Beijing setelah meninggalkan KLIA, tetapi dia (Kapten Zaharie) telah berpatah balik dan terbang melintasi Pulau Pinang (PP). Sebagai satu teori, pilot telah cuba mempermainkan minda penumpang untuk membawa mereka melihat PP, dengan tiga pusingan yang berlegar di udara PP sedangkan niatnya adalah menuju ke matlamat ‘predestination’ bagi melaksanakan rancangannya. Ada penumpang yang tertanya-tanya mengapa pesawat berpatah balik dari laluan ke Beijing dan ada yang melihat ke luar tingkap pesawat untuk melihat PP.
  • Pilot (Zaharie) menerbangkan pesawat dengan berlegar-legar di udara PP bukan sahaja secara sengaja atau suka-suka, sebaliknya ia adalah sebahagian daripada pra-rancangannya sebelum pesawat meninggalkan KLIA.
  • Pilot telah mematikan ‘transponder’ pesawat supaya penerbangan pesawat tidak dapat dikesan manakala penumpang tidak menghubungi atau dihubungi sanak-saudara melalui telefon bimbit. Apa yang penting pilot tidak mahu rancangannya untuk ‘melenyapkan MH370’ diganggu oleh penumpang.
  • Salah seorang panel amat percaya (katanya tiada sebab untuk tidak percaya) bahawa pilot juga telah ‘depressurised’ pesawat untuk mengurangkan kandungan oksigen bagi melemahkan penumpang, sebagai sebahagian daripada rancangan jahatnya. Dakwaan ini dibuat kerana segala tindakan pilot adalah konsisten (tekal) dengan tindakan-tindakannya ketika penerbangan.
  • Tragedi MH370 adalah satu tindakan yang dirancang dan disengajakan oleh seseorang yang amat mahir tentang MH370. Walau bagaimanapun ahli panel percaya segala rakaman dalam pesawat amat penting untuk mengesahkan teori dan dapatan mereka, dan dengan itu hanya ‘kotak hitam’ pesawat yang dapat membuktikannya.

Desakan Lim Kit Siang yang cuba menangguk di air keruh disambut oleh DS Najib dengan pantas pada tarikh yang sama (19 Feb 2020) dengan laporan media sebagaimana seharusnya tindakan pemimpin yang bertanggungjawab.

DS Najib boleh sahaja mengatakan ‘saya tidak tahu’ sebagaimana ‘klise’ Tun M. Sebaliknya beliau memberikan jawapan yang selari dengan apa yang disuarakan oleh pakar dalam forum ‘60 MINUTES’ tanpa berselindung.

Najib mengakui bahawa kerajaan Malaysia (BN) mengesyaki suatu plot jenayah dalam tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370.

Pihak berkuasa juga ada menyiasat motivasi politik disebabkan hubungan politik juruterbang pesawat berkenaan, Zaharie Ahmad Shah dengan pemimpin pembangkang ketika itu.

Namun ketiadaan bukti yang tidak dapat mempertikaikan bahawa juruterbang itu bertanggungjawab (dalam kes MH370) dan juga tidak adil dari segi undang-undang kerana kotak hitam dan perakam suara kokpit belum ditemui sebagaimana kenyataan Najib dalam akhbar Sinar.

“Juruterbang itu diketahui seorang ahli parti pembangkang yang pernah menghadiri pelbagai aktiviti politik dan pemimpin pembangkang itu kemudiannya mengakui juruterbang itu ada hubungan kekeluargaan dengannya,” katanya.

Najib tidak menyebut siapakah pemimpin politik itu, tetapi pesawat MH370 didapati hilang beberapa jam selepas DS Anwar Ibrahim dijatuhi hukuman penjara apabila Mahkamah Rayuan mensabitkannya dengan tuduhan meliwat bekas pembantu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Allahyarham Zaharie dilaporkan telah menghadiri perbicaraan di Mahkamah Rayuan itu pada 7 Mac.

Anwar turut dikatakan mengakui ada kaitan dengan Allahyarham Zaharie menerusi perkahwinan seorang anaknya dan beliau pernah bertemu juruterbang itu ‘beberapa kali’.

Najib menggariskan beberapa sebab untuk pihak berkuasa mengesyaki penglibatan Allahyarham Zaharie, termasuk teori transponder pesawat ditutup pada saat penting, ketika ia akan memasuki ruang udara Vietnam.

Kenyataan Najib adalah selari dan tidak bercanggah dengan pandangan ahli panel forum 60 MINUTES.

Selain itu, keadaan emosi Zaharie dan simulator penerbangan komersil di rumahnya juga turut diambil kira dalam penyiasatan.

Bagaimanapun, Najib tidak percaya sesebuah parti politik boleh dipersalahkan sekiranya benar juruterbang itu melakukan pembunuhan beramai-ramai.

“Akan tetapi, tidak boleh dipertikaikan jentera propaganda politik mereka dan mesej mereka ketika itu sangat berkesan, hinggakan ramai rakyat terpedaya dan menjadi radikal sehingga taksub.”

Najib turut memberi amaran kepada orang ramai agar jangan membuat sebarang kesimpulan yang menyalahkan juruterbang itu ‘kecuali dan sehingga ada kotak hitam dan perakam suara kokpit diperoleh’.

Dengan wacana di atas, sewajarnyalah Lim Kit Siang merujuk dan bertanyakan sahabat baiknya, Anwar Ibrahim, untuk mengetahui kebenaran.

RCI yang dicadangkan oleh Lim Kit Siang juga, pastinya akan memanaskan buntut kawan baiknya itu.

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: