(Video) DAP ADALAH RASIS KERANA HANYA MEMIHAK KEPADA KAUM CINA SAHAJA

DAP nampaknya bersungguh-sungguh membela ADUN Tronoh yang dituduh merogol pembantu rumahnya.

Video dimuatnaik daripada YouTUbe

Anehnya Datuk Lokman Adam mendakwa bahawa air mani perogol ditemui pada kemaluan mangsa. Namun tidak pula diketahui siapakah perogol yang dimaksudkan Lokman.

Sepatutnya DAP bertindak mengambil tindakan terhadap ADUN Tronoh kerana tempoh hari Lim Guan Eng sibuk menghentam TS Rahim Tambi Chik yang dituduh merogol, dan akhirnya dia sendiri disumbat ke penjara kerana disabitkan dengan tuduhan memfitnah Rahim.

Kemudian, rakyat dan khalayak media juga memerhati dan meneliti tingkah laku pemimpin DAP seperti Lim Guan Eng dan bapanya pemimpin d’facto DAP, Lim Kit Siang yang heboh cuba membela kematian Teoh Beng Hock.

Mendiang Teoh Beng Hock adalah pegawai khas kepada Exco kerajaan negeri Selangor, YB Ean Yong Hian yang dituduh menyalahgunakan peruntukan negeri Selangor yang diperintah oleh kerajaan Pakatan Rakyat (ketika itu) dan kini Pakatan Harapan.

Dipetik daripada blog ‘Malay Oh Malay’

Ean Yong Hian juga adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP, Seri Kembangan ketika itu yang dihebohkan mempunyai pertalian dengan kumpulan kongsi gelap sebagaimana didakwa oleh Ahli Parlimen Wangsa Maju, YB Wee Choo Keong.

Video dimuatnaik daripada YouTube

Beng Hock telah ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam selepas memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang terletak di tingkat 14, bangunan sama.

Setelah sepuluh tahun berlalu, Lim Guan Eng pada 20 Jun 2018 mahu Peguam Negara membuka semula kes kematian Beng Hock.

Sekiranya Beng Hock dibunuh dan dicampakkan ke luar bangunan SPRM Shah Alam, siapakah yang mahu Beng Hock mati dan mempunyai motif yang amat signifikan untuk membunuhnya? Rakyat hanya memikirkan kerja-kerja kongsi gelap yang tidak mahu rahsia Ean Yong Hian terbongkar.

Nampaknya Guan Eng amat mengambil berat tentang kes kematian Beng Hock yang bukan berada dalam portfolionya sebagai Menteri Kewangan.

Persoalan utama ialah, kenapakah DAP mahupun Guan Eng amat prihatin terhadap kematian Teoh Beng Hock sepuluh tahun lalu, walaupun mahkamah Rayuan telahpun membuat keputusan supaya SPRM membayar ganti rugi sejumlah RM600,000 kepada keluarga Beng Hock?

Adakah kerana Peguam Negara, Thomy Thomas berada di pihak DAP sekarang ini?

Persoalan kedua, mengapakah DAP terutamanya Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang hanya mendiamkan diri dalam kes kematian anggota Bomba Adib Mohd Kassim yang jelas dibunuh oleh samseng Hindu, sebagaimana diputuskan oleh Mahkamah Koroner?

Beng Hock adalah saksi kes rasuah, sedangkan Adip adalah penjawat awam yang cuba menyelamatkan mangsa kebakaran.

Adakah kerana Beng Hock berbangsa Cina, dan Adip berbangsa Melayu lantas DAP tidak langsung prihatin terhadap kematian Muhammad Adib?

Seperkara lagi, terdapat juga kes seorang pegawai kastam, Ahmad Sarbani Mohamed yang mati dipercayai jatuh bangunan SPRM di Jalan Cochrane di ibu negara pada pagi 6 April, 2011.

Kes kematian Sarbani yang dipercayai terjatuh dari bangunan SPRM juga tidak jauh bezanya dengan punca kematian Teoh Beng Hock.

Namun adakah DAP kisah dengan kematian Sarbani yang berbangsa Melayu itu?

Inikah sikap DAP terhadap rakyat berbangsa Melayu?

Kita masih ingat lagi pada peristiwa berdarah 13 Mei apabila perarakan mayat seorang kaum Cina di Jinjang, Kepong, yang mati akibat sakit tua telah bertukar menjadi perarakan yang menghina kaum Melayu.

Adakah begitu juga sikap Guan Eng, Lim Kit Siang dan kaum Cina DAP terhadap rakyat kaum Melayu?

Bagaimanakah pemimpin begini boleh diangkat sebagai pemimpin negara yang berbilang kaum?

Secara mudahnya cukuplah kalau disimpulkan bahawa Lim Guan Eng, Lim Kit Siang dan DAP hanya mementingkan kaum Cina, atau dengan kata-kata lain, mereka adalah cauvinis Cina dan DAP sebagai parti cauvinis Cina yang amat rasis.

Kalau beginilah tingkah-laku Guan Eng, rakyat tidak hairan jika kaum Melayu juga diabaikan dalam pembangunan negara di bawah kementeriannya.

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: