(Video) REGIM KOMUNIS CHINA ADALAH KAKI BOHONG – EPOCH TIMES

Steve Bannon, bekas Ketua Strategis Politik Rumah Putih, Amerika Syarikat, mendakwa bahawa regim Komunis China (Tiongkok), mempunyai sikap berbohong yang lewah.

Dimuatnaik daripada YouTube

Bagi Bannon, berbohong adalah sikap semulajadi Komunis China dan mereka membohongi dunia tentang segala hal, dan kini mereka berbohong tentang nCOV (virus corona) yang dikatakan berpunca daripada makanan ekstrem masyarakat Wuhan.

Semua media yang dikawal dan dimiliki oleh regim Komunis China semuanya dikendalikan dengan strategi yang penuh pembohongan.

Bannon menilai masyarakat China sebagai masyarakat yang kuat berbohong, stesen TV berbohong, dan Global Times juga berbohong dan mereka berbohong segalanya.

Pada malam perayaan Cap Goh Mei (Imlek), 25 Januari 2020 lalu, TV Komunis China menayangkan pesta Musim Bunga yang sungguh meriah tetapi hanya memperuntukkan satu minit sahaja untuk melaporkan musibah nCOV di Wuhan.

Pihak pemerintah bandar raya Wuhan sudahpun kelam kabut dengan wabak virus corona yang meletus pada minggu pertama Disember 2019.

Namun pihak pemerintah regim Komunis China hanya mengumumkan kepada dunia tentang virus corona 6 minggu kemudian setelah ia mula menyerang rakyatnya sendiri pada minggu pertama Disember lalu.

Bagi Bannon itulah antara sebabnya mengapa negara Barat tidak mempercayai regim Komunis China.

Presiden AS Donald Trump bersedia membantu regim Komunis China. Begitulah juga dengan masyarakat dunia seluruhnya yang sentiasa bersedia bekerjasama regim komunis itu.

Pakar kesihatan dan virologis AS telah memaklumkan kepada Bannon bahawa mereka tidak mendapat maklumat dan data daripada regim Komunis China berkaitan dengan gejala virus corona.

Malahan Bannon meragui angka jangkitan serta angka mangsa kematian yang disebabkan oleh virus corona tersebut.

Bannon dimaklumkan bahawa ketiadaan maklumat dan data terperinci telah menyukarkan pihak pakar virologis AS untuk menyelidik dan menganalisis kewujudan, serangan dan pola kemerebakan virus Wuhan itu.

Regim Komunis China berbohong tentang isu Hong Kong, isu perjanjian perdagangan, isu Laut China Selatan, masalah Uighur dan segalanya.

Sikap suka berbohong ini bagi Bannon akan menyebabkan regim Komunis China ini runtuh (digulingkan).

Pihak ketenteraan regim Komunis China memperakui bahawa corona virus adalah virus buatan (sintetik) dan tujuan asalnya (biang keladinya) ialah untuk digunakan sebagai senjata menyerang AS.

Sebuah badan ketenteraan regim Komunis China telah menerbitkan sebuah artikel pada 26 Januari yang turut mendedahkan rahsia virus corona yang mampu menyerang massa.

Pada 21 Januari, China Times menerbitkan artikel tersebut tetapi sumbernya berjaya digodam oleh pelbagai pihak media dan makmal virologi regim Komunis China dan akademi sains China seperti China Academy of Science, China National Engineering Research Center for the Emergency Prevention and Control of Drugs, dan Academy of Military Medical Science. 

Artikel itu mendedahkan bahawa nCOV Wuhan wujud secara sintetik dan artifisial dan memperakui bahawa virus corona menyerupai dan menyamar sebagai virus SARS tetapi amat sulit untuk dibezakan dengan SARS, sedangkan serangannya lebih bahaya dan efisien daripada SARS.

Virus baru ini lebih berbahaya kerana pencegahannya dan pengubatannya lebih sukar berbanding SARS.

Virus nCOV dibuat supaya mempunyai daya infeksi yang lebih kuat, dengan tujuan pemerebakan yang pantas dan lebih lama.

Jelas bahawa nCOV adalah buatan manusia yang dilahirkan daripada labotarium.

Artikel bertajuk ‘Dari Sains ke Pneumonia Baru Wuhan’ menuduh bahawa nCOV adalah senjata genosid AS yang sekaligus juga menuduh AS sebagai pihak yang mencipta senjata biokimia nCOV khusus untuk menyerang China.

Lantas 96% kematian dari jangkitan nCOV itu adalah orang China yang mewajarkan bahawa ia adalah senjata biologi AS.

Banon mendakwa bahawa laporan sedemikian menonjolkan kejahatan regim Komunis China.

Dalam beberapa persidangan ekonomi, regim Komunis China sentiasa menjemput AS untuk melabur di China. Nampaknya mereka sudah lama merancang, merahsiakannya dan kemudian menghalakan tuduhan ke atas AS. Pihak yang menjadi mangsa ialah rakyat Wuhan dan kini menjangkiti seluruh warga China.

Ia berbeza dengan kebocoran logi nuklear Chernobyl, yang merupakan kesilapan negara pencipta sendiri kerana pihak regim Komunis China sudah lama merahsiakannya sehinggalah virus corona itu bocor dan membunuh rakyat mereka sendiri dan kini ia tidak terbendung dan menjalar ke seluruh dunia.

Perkara yang amat penting ialah memastikan adakah nCOV merupakan virus natural yang datangnya daripada makanan ekstrem atau ia merupakan virus sintetik buatan manusia.

Sebelum ini, seorang pakar virologi Israel, Dany Shohan telah mendedahkan bahawa Institut Virologi Wuhan terkait dengan program senjata biologi rahsia Beijing yang menjadi pusat laboratorium penciptaan nCOV.

Pada sekitar 24 Januari lalu, regim Komunis China telah membina sebuah hospital segera dalam tempoh sekitar 6 hari dan mampu memuatkan 1000 katil.

Namun setelah hospital itu siap, pihak tentera dan pegawai perubatan tentera telah ditugaskan untuk mengendalikan hospital itu, manakala bilik pesakit dibina bagaikan penjara dengan gerigi besi ala penjara.

Mengapakah pihak tentera yang ditugaskan untuk mengendalikan hospital tersebut?

Khalayak media juga dikejutkan apabila didedahkan bahawa pesakit yang dibawa ke hospital itu dikatakan tidak akan keluar selama-lamanya.

Bagi Bannon senjata biologi seperti nCOV ciptaan China itu lebih berbahaya daripada senjata nuklear kerana ia mempunyai daya merebak yang tinggi dan boleh menjangkiti seluruh dunia.

Ia turut meruntuhkan sistem pengangkutan, penyebaran makanan, pemerolehan alat perubatan, manakala hospital di Wuhan kini menjadi pusat pemerebakan nCOV itu, sehingga pegawai dan petugas perubatan juga menjadi mangsa kematian jangkitan nCOV.

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: