PEMIMPIN POLITIK BUKAN-MELAYU PANAS BARAN DENGAN KONGRES MARUAH MELAYU

Kongres Maruah Melayu yang dijadualkan pada 6 Oktober di Stadium Melawati, Shah Alam berhampiran dengan UiTM, universiti Melayu yang didirikan atas platform hak dan keistimewaan Melayu, belum lagi berlangsung.

Namun anehnya pemimpin parti bukan-Melayu, DAP, MCA dan Gerakan telah mula menghamburkan kemarahan mereka terhadap Tun Mahathir yang dikatakan sudah mengesahkan kehadirannya yang akan disertai kira-kira 20,000 khalayak Melayu.

Apatah lagi apabila, Presiden PAS, DS Haji Hadi Awang akan turut serta dalam kongres tersebut, manakala Presiden UMNO, DS Dr Zahid Hamidi akan menghantar wakil.

Pemimpin DAP, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago telah buruk sangka tanpa merujuk apakah peranan Mahathir dalam kongres itu, sebaliknya melulu menuduh bahawa Mahathir akan merasmikan kongres tersebut.

A A A A A A ABARAN 2

Sebaliknya menurut Ketua Eksekutif Sekreteriat Kongres Maruah Melayu, Prof Zainal Kling Mahathir hanya dijemput untuk memberikan amanat pada sesi penutup Kongres.

Dengan itu juga menurut Zainal Kling, resolusi Kongres akan dapat disampaikan kepada Perdana Menteri secara terus dan langsung agar tindakan wajar boleh diambil oleh pihak kerajaan.

A A A A A A ABARAN 3

Meskipun rakyat tidak tahu sejauh mana keberkesanan kongres itu dan resolusinya untuk tindakan kerajaan yang didominasi oleh DAP, namun khalayak Melayu pastinya menaruh harapan tinggi kepada Perdana Menteri.

Santiago, pemimpin dari DAP itu menegaskan bahawa Mahathir adalah Perdana Menteri untuk semua kaum di Malaysia, maka Mahathir harus menegakkan kesaksamaan untuk semua rakyat Malaysia.

Adakah Santiago lupa bahawa hak dan keistimewaan Melayu adalah kontrak sosial yang tidak terpadam dalam Perlembagaan Persekutuan?

Di manakah Santiago ini ketika sebuah arca tokong Hindu diletakkan di sebuah surau di Pandamaran Klang?

Di manakah Santiago ini apabila Peguam Negara dicerca kerana menyalahgunakan kedudukan untuk menutup kes pembunuhan anggota Bomba Adib Mohd Kassim, oleh perusuh ganas Hindu? Mengapakah Satiago ini tidak menunjukkan kesaksamaan?

A A A A A A ABARAN 8

Mengapakah dia mendiamkan diri ketika ahli politik dari parti Rakyat Hindu, Arjun Sampath di Tamil Nadu menuduh rakyat Melayu telah membunuh kaum wanita dan kanak-kanak ketika rusuhan Kuil Mariamman Seafield? Kesaksamaankah itu?

Naib Presiden MCA, Ti Lian Ker juga menggelabah apabila Mahathir telah mengesahkan untuk hadir di Kongres berkenaan kerana baginya kongres itu akan memburukkan hubungan antara kaum.

A A A A A A ABARAN 4

Lian Ker seakan-akan menuding jari kepada PPBM yang berselindung di sebalik penganjuran Kongres Maruah Melayu tersebut untuk menyaingi Penyatuan Ummah dan Muafakat Nasional UMNO-PAS.

Rakyat bukan buta untuk menutup mata kepada agenda ‘kebangsaan Cina MCA’ yang sebenarnya hanyalah gunting dalam lipatan dalam BN.

Rakyat sedar bagaimana penyokong MCA secara tersembunyi menyokong DAP yang diterjemahkan sebagai anti-Melayu, anti-Islam, agama kaum Melayu.

Lihat sahaja apabila MCA hanya menymbang 1 kerusi sahaja daripada 58 kerusi Parlimen kepada BN di Semenanjung.

Janganlah menganggap orang Melayu buta dan pekak, dalam situasi apabila hak mereka, Raja-Raja mereka dan agama mereka, kni diperkotak-katikkan sehingga Kongres Maruah Melayu ini menjadi amat wajar dan kena dan tepat pada masanya.

Amat lucu apabila Lian Ker ini mahu DAP menasihatkan Mahathir kerana baginya Kongres Maruah Melayu hanya membangkitkan ‘fobia Melayu’ pada kalangan kaum bukan Melayu.

Kami ingin bertanya dimanakah suara Lian Ker ini ketika penyokong pengganas Tamil Eelam di Malaysia berarak secara terbuka untuk membangkitkan ‘fobia Hindu’ di kalangan kaum lain?

Mengapakah Lian Ker ini diam membisu apabila timbul suara maya kaum Cina yang diterajui oleh Nga Kor Ming yang menghina dan menentang Sultan Selangor?

A A A A A A ABARAN 7

Ahli Majlis Tertinggi parti Bersatu (PPBM), Abu Bakar Yahya pula menyifatkan kenyataan Lian Ker itu sebagai tidak bertanggungkawab dan menyemai sentimen perkauman serta kebencian dalam kalangan masyarakat majmuk negara ini.

Bagi Abu Bakar, Lian Ker sakit hati kerana kongres tersebut menerima sokongan Tun Mahathir. Adakah MCA terdesak untuk mendapatkan sokongan rakyat sehingga sanggup memainkan isu perkauman sempit dengan memberikan gambaran yang salah terhadap kongres itu?

Bagi kami kongres ini amat baik untuk membela kedudukan kaum Melayu yang selama ini tertindas semenjak PH berkuasa dan semenjak DAP mendominasi kerajaan.

A A A A A A ABARAN 5

Presiden Gerakan pula, Dominic Lau Hoe Chai melihat bahawa penganjuran dan kehadiran Mahathir ke Kongres Maruah Melayu menambahkan lagi polarisasi kaum setelah gerakan Penyatuan Ummah UMNO-PAS.

Kami juga turut hairan dengan kemunculan Dominic mengkritik Kongres Maruah Melayu, kerana selama ini apabila kaum Melayu ditindas seperti tragedi perobohan lebih 70 buah rumah kediaman Melayu di Paya Jaras, gerakan kristianisasi kaum Melayu serta agenda mewujudkan Republik Kristian-Zionis, di manakah Dominic berada?

Cuma kami agak kesal apabila Anggota Majlis Tertinggi Bersatu (PPBM) Faiz Na’aman membuat kenyataan bahawa Kongres Melayu itu diadakan kerana ancaman golongan ‘munafik’ yang menyebarkan fitnah dan provokasi untuk mengancam perpaduan negara.

Siapakah munafik yang dimaksudkan oleh Faiz itu? Faiz sebenarnya telah menabur najis pada kongres yang belum lagi bermula.

Kaum Cina dan kepimpinannya bukanlah munafik, mereka sudah jelas lagi bersuluh adalah kaum kafirun.

Cuma kami hairan mengapakah budak hingusan bernama Faiz itu tidak mengumumkan jemputan kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim?

A A A A A A ABARAN 6

Anwarkah yang munafik kerana cuba menggesa Mahathir untuk melantiknya sebagai PM, atau puak parti politik yang memperjuangkan Penyatuan Ummah?

Dengan itu juga adakah mereka yang memperjuangkan penyatuan umat Islam sebagai munafik, sebagaimana Rasulullah pernah memperjuangkan penyatuan Ansorin dan Muhajirin?

Faiz ini bukan sahaja cuba mengapi-apikan integrasi nasional malah nampaknya dia sekali gus cuba merosakkan integrasi antara umat Islam.

****

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: