VIDEO AZMIN ALI SERANG DAN CERCA MAHATHIR HABIS-HABISAN

Inilah sebenarnya hakikat politik kebencian dan hipokrasi pemimpin Pakatan Harapan. 

Lihat sahaja bagaimana Azmin Ali menikam Tun Mahathir dari belakang ketika dia tidak memerlukan Perdana Menteri paling tua di dunia itu.

Hari ini setelah masing-masing memerlukan talian hayat, apabila Mahathir memerlukan sokongan PKR tanpa Anwar, apabila Azmin tersepit dengan kes semburit dan memerlukan belas ihsan Mahathir, apabila video semburit telah dibuktikan tulen oleh pakar forensik digital luar negara, maka makian, cercaan, sumpah-seranah bertukar menjadi kata-kata sanjungan, pujian, pujaan malah muntah pun sanggup dijilat kembali.

Dengan nada yang keras dengan kritikan dan cercaan, Azmin menyerang Mahathir seperti berikut:

“Saya akan lunyaikan Mahathir.

Dr Mahathir antara orang yang telah runtuhkan seluruh sistem demokrasi dalam negara kita.

Mahathir sudah runtuhkan institusi dan badan kehakiman.  Dia kuasai polis, SPR dan Jabatan Peguam Negara (tidakkah semuanya sama sahaja pada saat dan ketika ini?)

Mahathir suka melemparkan fitnah, dia menghina agama Islam. Nyah kau Dr Mahathir!

Hari ini mereka menjunjung Dr Mahathir untuk mendapatkan undi orang Melayu.

Saya ingin ingatkan orang Melayu, siapakah yang derhaka kepada Raja-Raja Melayu? Mahathir!

Siapakah yang tarik dan rampas kuasa Raja-Raja Melayu? Mahathir!

Siapakah yang wujudkan mahkamah khas untuk dakwa Raja-Raja Melayu? Mahathir!

Sikap dan watak rakus dan lanun Tun Dr Mahathir.. Jangan jadi Melayu mudah lupa.

Yang lupa adalah Mahathir, tetapi orang Melayu tidak lupa tentang kezaliman Mahathir merampas kuasa Raja-Raja Melayu.”

Kepada khalayak Korek, Bongkar dan Dedah, fikirkanlah realiti kepimpinan PH yang ada ini.

Kita belum dedahkan lagi bagaimana mendiang Karpal Singh menghentam Mahathir.

Kita belum dedahkan lagi bagaimana Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Mat Sabu, Wan Azizah, Rafizi dan Anwar Ibrahim menghina dan mencerca Mahathir.

Baik sangatkah Mahathir apabila disanjung di luar negara sebagai wira tua Malaysia yang mengutuk Israel, sedangkan parti konconya DAP mendapat pembiayaan dana daripada Yahudi?

Tidakkah itu munafik dan hipokrit namanya?

Fikir-fikirkanlah.

***

 

 

 

 

 

 

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: