VIDEO – KETUA ARMADA BODOH!

Ketua ARMADA yang juga merupakan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam Perhimpunan Agung PPBM semalam (31 Disember) telah mengkritik perwakilan yang cuba mengambil kesempatan mendekati Menteri untuk merayu, meminta dan mendapatkan kontrak kerajaan serta jawatan penting tertentu.

Saddiq telah mengecam golongan perwakilan sedemikian yang telah menggunakan pentas perhimpunan agung itu untuk mengampu dan merayu pihak yang ada kuasa dalam kerajaan.

Bagi Saddiq, gejala sedemikian mengheret ahli kepada kronisme kerana menolak meritokrasi dalam hal kebolehan dan kepakaran, sebaliknya memberikan laluan dan tempat yang istimewa kepada kroni dengan janji keuntungan bersama.

Malah Syed Saddiq turut menyentuh bahawa dahulunya UMNO pun tidak pernah membangkitkan isu kontrak di khalayak ramai dan beliau turut bertanyakan di manakah maruah golongan sedemikian dalam PPBM.

Saddiq menyeru semua pemimpin Pakatan Harapan untuk menunjukkan kepimpinan melalui teladan dengan memastikan bahawa tiadanya budaya pengambilan kontrak untuk kepentingan diri sendiri ataupun pemberian kontrak kepada kroni untuk sebarang projek kerajaan kerana rakyat sedang menilai kerajaan Pakatan Harapan.

Naib Presiden PPBM, TS Abdul Rashid Abdul Rahman pula, dalam ucapannya sebagaimana yang dirakamkan dalam video berkenaan, membangkitkan pendekatan untuk memperkukuhkan kedudukan PPBM supaya terus berkuasa.

Tanpa berselindung dengan retorik ucapan yang berlapik bahasa muluk dan indah, Rashid berterus-terang bahawa sekiranya tidak ada wang, Ketua-Ketua Bahagian tidak akan mampu menjaga bahagian masing-masing. Mereka pasti ditolak oleh ahli.

Dengan itu, Rashid mencadangkan agar ketua-ketua bahagian dan ketua-ketua cawangan PPBM diberikan projek kerajaan atau jawatan-jawatan penting.

Beliau menegaskan, ketua-ketua Bahagian itu perlu memperoleh lebih wang dan peluang bagi membolehkan mereka mempertahankan kemenangan parti dan Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya akan datang.

Bagi Rashid jika tiada kemampuan “kita akan kecundang, kita mesti mempertahankan kedudukan kita sebagai parti pemerintah.”

Rashid menegaskan bahawa dia adalah Ketua Bahagian, dia tidak mampu mengendalikan bahagian dia sendiri tanpa kekuatan kewangan.

Namun jelas Rasid lagi dia telah diberikan ‘kerja’ (jawatan) oleh Perdana Menteri, “Saya kerja, gaji saya besar. Dengan itulah saya mampu menjaga bahagian saya.”

Rashid menegaskan bahawa pemimpin janganlah sombong dengan ahli, “Jangan bagi kerja (projek/ kontrak?), jangan ambil itu, jangan ambil ini, jangan rampas kerja orang. Ini bagi saya adalah satu opinion yang stupid, bodoh!”

Kita mesti menang ‘by hook or by crook’. Dengan apa cara sekalipun kita mesti menang.

Adakah penegasan Rashid bahawa “Kita mesti menang by hook or by crook” juga bermaksud tanpa mengira sama ada melalui kronisme dan kolusi, sama ada secara bermoral atau tidak?

Jika itulah pendirian Rashid, maka seorang lagi dalam kepimpinan kerajaan PH yang mendokong falsafah Machiavellian ‘the end justifies the means.’ Falsafah sedemikian amat tebal dalam diri Mahathir dan Mahathirisme, yang jelas bertentangan dengan prinsip keadilan dalam Islam.

Pendekatan Machiavellian amat signifikan menjurus kepada pemilikan kuasa semata-mata, dan apa sahaja menjadi relevan dalam kegilaan menggarap kuasa, sekalipun konspirasi merusuh, memberontak dan membunuh.

Pada keratan video tersebut, ucapan Rashid jelas merupakan tindak-balas kepada ucapan Ketua Armada, Syed Saddiq yang marah apabila ahli-ahli PPBM datang berjumpa Menteri untuk mendapatkan jawatan dan kontrak bagi projek-projek kerajaan.

Saddiq mahu permohonan kontrak dan projek kerajaan dibuat mengikut saluran dan prosedur yang telah ditetapkan bukannya mengikut pintu belakang dengan memujuk-rayu, membodek dan mengampu para Menteri.

Dengan pandangan yang berkontradik antara Ketua Armada dan Naib Presiden yang sedemikian, jelaslah bahawa setiap parti politik tidak boleh bersikap hipokrit menuduh kerajaan terdahulu dengan tuduhan rasuah, kleptokrasi dan seribu satu cacian yang lain.

Semua parti politik haruslah melihat realiti, berpijak di bumi nyata, di samping tidak mengetepikan soal merit dan kebolehan kepakaran dalam hal mengendalikan projek dan kontrak kerajaan.

Pastinya rakyat tidak mahu berulangnya kes MAS, Perwaja Steel, Maminco, Proton, dan banyak lagi projek era Mahathir yang gagal dan membazir, seakan-akan merompak wang ‘rakyat’.

Malah projek seperti Menara Kembar Petronas yang diagung-agungkan itu, langsung tidak membawa keuntungan kepada rakyat kecuali membangkitkan sifat sombong pemimpin terdahulu. Namun siapakah yang kaya?

*End*

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: