AZMIN TERANCAM KERANA ‘DURI DALAM DAGING’

Setelah penat berperang mempertahankan jawatan Timbalan Presiden dalam Pemilihan PKR, sehingga meletus perbalahan fizikal antara penyokong di beberapa cabang PKR, kini Menteri Ekonomi, Dato’ Seti Azmin Ali terpaksa menghadapi musuh yang sama dalam parti.

Dimuat naik dari YouTube

Apabila Rafizi Ramli kalah dalam Pemilihan PKR, November lalu, Azmin berasa amat lega kerana musuhnya kini tiada tempat lagi untuk bertapak dalam parti.

Rafizi bukan sahaja hilang kelayakan untuk bertanding pada PRU14 lalu, malah dia sudah kehilangan jawatan dalam PKR, walaupun dia telah menggunakan pelbagai pendekatan untuk mengalahkan Azmin.

A A AZMIN LAWAN RAFIZI 1

Dipetik dari MalaysiaKini

Rafizi tidak boleh mengetepikan sahaja kes-kes fitnah yang mengheretnya ke mahkamah, malah dia telah disabitkan dengan hukuman 18 bulan penjara, kerana itulah antara faktor penting yang memenangkan Azmin.

Walau bagaimanapun Azmin mempunyai kekuatan tambahan yang tidak boleh dinafikan antaranya dia adalah Menteri Kewangan, Bekas Menteri Besar Selangor dan menjadi ayam tambatan Tun Mahathir.

Tidak juga dinafikan bahawa kekuatan Rafizi lebih kepada kegagahannya menerajui kemenangan PKR dalam PRU14 tempoh hari, namun tidak semua yang dapat melihat kekuatan itu, sedangkan dia sendiri tidak bertanding lagi di Pandan.

Banyaklah pendekatan perang saraf yang digunakan oleh Rafizi, mungkin juga metodologi ‘tugas kita adalah menghasut’ juga menjadi modus operandi Rafizi. Untuk mengalahkan Azmin tempoh hari.

Azmin yang menggunakan pendekatan ‘gentleman’ terpaksa mengingatkan pengundi pada Pemilihan PKR lalu supaya tidak mudah ‘dibeli tauke’ atau mungkin wajar kita pinjam istilah Mahathir ‘dedak’ tauke.

Walau bagaimanapun keselesaan Azmin dalam ‘comfort zone’ telah dicabar dengan kuasa prerogatif Presiden yang tetap melantik Rafizi sebagai Naib Presiden.

Adakah wajar jika sesetengah ahli parti melihat bahawa Azmin kini terpaksa lagi sekali bergelut dengan mush dalam selimut dan gunting dalam lipatan.

Namun ahli PKR tidak boleh melupakan begitu sahaja persepsi kem Mahathir lawan kem Anwar yang sudah meracuni rumah tangga PKR.

Masakan Mahathir mahu melantik Azmin sebagai Menteri Ekonomi sekiranya dia tidak melihat kekuatan dan pengaruh Azmin yang amat kuat dalam PKR yang boleh membantu agenda Mahathir sendiri?

Namun persoalannya, mengapakah Mahathir begitu peka dengan kedudukan PKR dalam Pakatan Harapan?

Jawapannya tidak lain dan tidak bukan adalah kerana kedudukan Mahathir yang amat lemah dalam PH apabila PPBM hanyalah merupakan parti midget, meskipun dia adalah Perdana Menteri.

Malah ada penganalisis yang meletakkan Mahathir sebagai Perdana Menteri yang paling tidak stabil di dunia kerana partinya bukanlah parti yang mendorninasi kekuatan PH.

Lantas Mahathir menggunakan kuasa diktator yang ada padanya untuk merompak Ahli-Ahli Parlimen UMNO supaya kedudukannya menjadi lebih signifikan dan kuat dalam PH.

Lebih menghangatkan lagi apabila sudah ada suara-suara yang berani mencadangkan agar Mahathir kekal sebagai Perdana Menteri sehingga PRU15.

Dengan itu juga janji Mahathir terhadap Anwar sebagai bakal Perdana Menteri akan kekal sebagai ‘bakal Perdana Menteri’ sahaja.

Kini timbul persoalan adakah Azmin yang akan menggantikan Mahathir?

Semua persepsi politik yang dihangatkan oleh media, bukanlah visi dan misi Azmin. Azmin hanya mahu mempertahankan kekuatan kedudukannya dalam PKR. Dia tidak mahu lagi kedudukannya dibayangi oleh Rafizi yang telah berjaya menjadi director dalam ‘Langkah Kajang’ untuk mengangkat Anwar, tetapi sebaliknya Azmin yang menjadi protagonis utama atau wira pada babak akhir.

Azmin terpaksa berterus terang pada Anwar, supaya Presiden menilai semula pelantikan prerogatifnya yang memberikan jawatan Naib Presiden kepada Rafizi.

Bagi Azmin pelantikan Rafizi yang diumumkan tidak mencerminkan prinsip “fair and just representation” terhadap aspirasi ahli dan ia tidak akan membantu parti untuk terus maju ke hadapan. Malah Rafizi adalah punca perpecahan dalam PKR.

Azmin melihat bahawa pelantikan Rafizi lebih kepada imbuhan dan sogokan politik dan bukannya merit.

Anwar pula cuba menyatakan sifat ‘keadilannya’ atau ‘fairness’ apabila dalam senarai pelantikan jawatan tertinggi parti, dengan kuasa prerogatifnya, dia juga melantik orang-orang dari kem Azmin.

Di manakah berakhirnya pergolakan dalam PKR ini?

Pastinya Mahathir juga sedang meneliti, apakah tindakan gerakan percaturannya yang berikut?

Suara Mahathir juga secara tidak langsung mula menjadi kuat dalam PH apabila banyak ‘katak’ yang melompat ke PPBM sehingga Nurul Izzah Anwar merajuk dan mengambil tindakan untuk melepaskan jawatannya dalam PKR.

Tindakan Nurul Izzah tidak lain, merupakan satu lagi kejayaan Mahathir.

*End*

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: