KAPAL KOMBAT LCS BUKAN HALIMUNAN, TAPI PROJEK TEROWONG DOGENGAN DAP ITULAH HALIMUNAN SEBENAR

Tuduhan dan fitnah yang tidak berasas itu adalah untuk menutup kelemahan PH, setelah projek yang bermilai RM9 bilion itu dibekukan ketika PH berkuasa. Dari aspek teknologi pertahanan kapal Mahajaralela itu sememangnya mempunyai keupayaan halimunan atau stealth yang sukar dikesan menerusi radar, sebagaimana didakwa oleh Pengarah Urusan Boustead Heavy Industries Corporation Bhd (BHIC), Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor. Namun pihak yang jahil menjadikan sifat halimunan itu sebagai bahan lelucon yang menghina teknologi persenjataan kapal kombat pertama TLDM buatan anak tempatan itu.

PH PUNCA BADAN PERUNDANGAN DAN KEHAKIMAN NEGARA ROSAK DAN JIJIK

Secara kasarnya ia bermula dengan pendekatan diktator yang digunakan oleh Dr Mahathir apabila dialah PM pertama yang mencampuri urusan badan kehakiman negara, sebagaimana didakwa oleh bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad. Persepsi rosaknya badan kehakiman negara, menjadi hangat apabila pemimpin DAP, Lim Guan Eng terlibat dalam kes Pembelian Banglo Murah dan kes rasuah Terowong Bawah Laut.

PARTI ‘MUDA’ ADALAH BALACI DAP, BUKAN UNTUK GENERASI MUDA

Patutlah pada hari penamaan calon Syed Saddiq dengan bersemangat menjadi pencadang kepada Liew Chin Tong, Pengerusi DAP Johor. Lihatlah bagaimana Lim Guan Eng memberi rangsangan kepada Syed Saddiq supaya menjadi peneraju di PRN Johor, sedangkan MUDA tiada jentera, tiada modal dan tiada akar umbi. Lihatlah pula bagaimana dia cuba menentang PKR di DUN Larkin sebagai tanda dia adalah proksi DAP yang kini tidak lagi sehaluan dengan PKR. Lihatlah pula calon MUDA di DUN Tenang, Lim Wei Jiet yang terang-terangnya merupakan pejuang anti-sistem Raja Berpelembagaan, pembela PGBT dan Etheis.

CALON MUDA DUN TENANG ANTI-MONARKI, PENYOKONG ATHEIS DAN LGBT

Pada 2017, Lim juga menyanggah penjelasan yang dibuat oleh Datuk Dr Asyraf Wajdi yang menjadi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika itu tentang isu sama ada Atheis adalah berpelembagaan atau tidak. Pendirian Lim yang anti sistem monarki di Malaysia juga sangat jelas dalam tulisan beliau yang diterbitkan oleh Malaysiakini pada 8 April 2019. Perjuangan dan sokongan Lim kepada golongan LGBT tidak dapat disangkal lagi sebagaimana tulisan beliau yang pernah disiarkan oleh The Sun Daily pada 9 Julai 2018.

MUHYIDDIN HINA MAHATHIR SEBAGAI MENGHABISKAN MASA SAHAJA

Pemimpin Pejuang itu telah dilabelkan oleh Muhyiddin sebagai menghabiskan masa sahaja; satu penghinaan terhadap bekas Perdana Menteri yang pernah memerintah selama 22 tahun 22 bulan. Sebaliknya dia mengangkat bakul sendiri dengan mendakwa bahawa PN ketika menjadi kerajaan, berhadapan dengan dua krisis iaitu krisis ekonomi dan juga krisis kesihatan COVID-19. Kita mempunyai rekod yang baik dalam mengatasinya. Apa yang rakyat lihat sebenarnya ialah kerajaan Muhyiddin telah gagal mengendalikan pandemik Covid19 apabila Malaysia dicatat sebagai negara paling teruk di dunia mengikut jumlah penduduk sebelum kerajaan pimpinannya tumbang. Malah dia telah memperggunakan Ordinan Darurat untuk menyelamatkan kuasanya sebagai Perdana Menteri serta menyembunyikan perbelanjaan dan hutang PN daripada pengetahuan parlimen.

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: