AZMIN PM KE-8, BUKAN ANWAR

Tidak pernah khalayak media, disajikan dengan berita tingkah-laku DS Azmin Ali yang ‘membangkang’ Presiden PKR, DS Anwar Ibrahim, kecuali pada dua hari lalu.

Bangkangan atau protes Azmin terhadap Anwar melantun apabila Anwar menggunakan kuasa prerogatifnya melantik Rafizi Ramli sebagai Naib Presiden.

Rafizi yang tidak layak bertanding pada PRU14 kerana tersabit dengan kes mencabul OSA (Akta Rahsia Rasmi) dan dijatuhi hukuman penjara 18 bulan, kemudiannya pula kalah dalam usaha mencabar Azmin untuk jawatan Timbalan Presiden PKR pada pemilihan parti November lalu, telah mendapat laluan mudah untuk dilantik sebagai Naib Presiden PKR atas kuasa prerogatif Presiden.

Pada senario pemilihan Timbalan Presiden PKR yang boleh diterjemahkan sebagai ganas dan brutal sehingga turut menjadi perhatian masyarakat dan penganalisis politik luar negara, ramai yang beranggapan bahawa dunia politik Rafizi Ramli yang terkenal sebagai kaki fitnah dan juara menghasut itu telah pun padam dan berakhir.

Pemilihan PKR yang lewah dengan ‘penipuan’ dan digambarkan oleh Azmin sebagai penglibatan tauke-tauke yang mahukan kemenangan Rafizi, malah membabitkan ‘campur tangan’ Bekas Presiden PKR, yang berada dalam kem Rafizi, dijangkakan menjadi ultimatum kepada kedua-dua calon itu, sama ada menang dan terus berkuasa atau kalah dan terkuburnya dunia politik.

Pada akhir Oktober dan awal November, pertandingan jawatan Timbalan Presiden PKR itu dilihat seperti perlumbaan grand prix, apabila pelumba di tempat pertama dan kedua sering potong-memotong satu sama lain.

Lebih menghangatkan situasi, pertandingan Azmin-Rafizi ditanggapi sebagai proksi pertandingan Mahathir-Anwar, dan ada juga yang menterjemahkannya sebagai pertandingan proksi Azmin-Anwar.

Rakyat jelata memerhatikan dan dapat menjangkakan siapakah protagonis dan siapakah antagonis, siapakah perasuah dan siapakah yang bersih antara keduanya.

Akhirnya keputusan yang diperkotak-katikkan dengan pelbagai dakwaan telah dimenangi oleh Azmin Ali.

Maka ramailah yang mula bersetuju bahawa Azmin mempunyai karismanya yang tersendiri, ibarat kata bidalan, ‘sekiranya bulan itu rendah, masakan ia dikelilingi bintang.’

Kemenangan Azmin terus diwajarkan dengan kedudukannya sebagai Bekas Menteri Besar Selangor, sebagai Menteri Ekonomi, sebagai tokoh ‘ayam tambatan Mahathir’ dan sebagai tokoh yang terbukti bijak mengendalikan tadbir urus Selangor, negeri terkaya negara.

Tetapi apabila penat-lelah dan sepak terajang di atas pentas dalam pertarungannya dengan Rafizi seperti dipadamkan begitu sahaja dengan kuasa prerogatif Presiden, DS Anwar Ibrahim, pastilah kekecewaan pada Azmin terus membengkak. Duri dalam daging yang telah dicabut keluar dari punggungnya, nampaknya tertusuk semula dan kesakitan lalu berulang kembali. Orang-orang kuat dalam kem Azmin juga nampaknya tersisih dan digantikan dengan pengaruh Anwar-Rafizi.

Tanpa mahu bersabar lagi, kali ini Azmin bersuara menentang keputusan Anwar dengan kuasa prerogatifnya. Anwar seperti tidak memahami penderitaan dan sakitnya Azmin melawan bisa duri dalam daging itu.

Anwar seperti membisikkan ke telinga Azmin “Engkau kalahkan Rafizi, tetapi aku suka dia dan aku tetap lantik dia.”

Teori ‘grapevine information’ (gossip dan khabar angin) selama ini yang mengatakan bahawa Anwar akan ‘terus-terusan menjadi Timbalan Perdana Menteri’ mempunyai kebangkalian yang tinggi, kerana ada orang lain yang menjadi pilihan Mahathir bukannya Anwar.

Malahan Majlis Presiden PH tidak pernah membincangkan had tempoh dua tahun untuk Mahathir memegang jawatan Perdana Menteri. Lebih menghangatkan situasi, ahli-ahli pada Perhimpunan Agung Tahunan PPBM mahu jawatan Mahathir sebagai PM dikekalkan sehingga PRU15.

A A A AZMIN LWN ANWAR 1
Dipetik dari UtusanOnline

Bukan setakat itu sahaja, ada juga kebangkalian yang kukuh bahawa Azmin lebih signifikan kepada Mahathir untuk menduduki kerusi Perdana Menteri,  menggantikannya, bukannya Anwar.

Mungkin dengan menerima jawatan sebagai Perdana Menteri atas pilihan Mahathir, Azmin lebih bebas  ‘mematahkan’ dan ‘membuang jauh’ duri tajam yang amat bisa tusukannya itu.

Atau mungkin juga untuk terus mereputkan duri yang berbisa itu, Azmin lebih suka menerima Hishammuddin Hussein, sebagai Timbalan Perdana Menteri sekiranya ditakdirkan dia menjadi Perdana Menteri, daripada bekerja dengan orang yang membela duri berbisa itu.

Lihat sahaja percutian Azmin dan Hishamuddin di Morocco @ Maghribi. Ia bukan sekadar percutian, malah ia adalah satu agenda permuafakatan politik, dan mengangkat suatu deklarasi bahawa mereka berdua mempunyai perancangan masa depan yang tersusun.

A A A AZMIN LWN ANWAR 2
DS Azmin Ali dan Hishammuddin Hussein bercuti di Maghribi bersama keluarga masing-masing – Dipetik dari The StarOnline

Ia mungkin satu amaran kepada Anwar Ibrahim yang kelihatannya selama ini seperti menikus terhadap musuh yang amat dibencinya suatu ketika dahulu.

Anwar masih mempercayai janji manis Mahathir, sedangkan the Third Force melabelkan Mahathir sebagai ‘The greatest liar Malaysia has ever seen.’ Anwar seperti dipukau untuk melupakan matlamat penubuhan PKR dan gerakan Reformasi yang menentang Mahazalim dan Mahafiraun.

Tapi Azmin juga jangan lupa dengan gelaran ‘bapa pelingkup negara’ yang dilontarkan pada Mahathir.

Mahathirlah yang melantik Tun Musa Hitam sebagai Timbalannya dahulu, dialah juga yang mahukan Anwar menjadi Timbalannya selepas Ghafar Baba, dialah yang merestui pelantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri menggantikannya, kemudian dialah yang merestui DS Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri kepada Tun Abdullah, dan dia jugalah yang campur tangan untuk mengangkat DS Najib sebagai Perdana Menteri, lalu kemudiannnya lihatlah apa yang telah dilakukan Mahathir kepada mereka itu semua?

Azmin mesti bersedia menghadapi sejarah pahit dan penderitaan yang menimpa tokoh-tokoh itu semua.  Dengan kata-kata lain, Azmin mesti bersedia menjadi boneka Mahathir sekiranya dia mahu jangka hayatnya sebagai Perdana Menteri dijamin.

Namun sebaliknya bagi Azmin, mungkin itu bukan lagi persoalannya lagi kerana Mahathir sudah pun menjangkau usia reput 94 tahun.

Bukan Azmin yang perlu menjaga jangka hayat politiknya, ironinya Mahathirlah yang perlu bersedia untuk penamatan jangka hayatnya sendiri.

Dengan itu juga dunia politik Malaysia diharapkan kembali normal dan tenang di bawah DS Azmin Ali sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8.

*End*

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: