NAJIB BERHAK TINGGALKAN SESI WAWANCARA PEMFITNAH

Tindakan Bekas Perdana Menteri DS Najib, meninggalkan sesi wawancara dengan Mary Ann Jolley daripada AlJazeera pada 27 Okt lalu, adalah tindakan tepat apabila pengacara cuba menyentuh kes yang boleh menjadi subjudis kepada perbicaraan mahkamah.

Malahan kenyataan Najib boleh dibingkaikan (framing) untuk memperkembangkan lagi fitnah pihak tertentu ke atasnya.

Najib telah bangun apabila Mary Ann mengemukakan, antara lain, soalan berkaitan dengan Altantuya, yang jelas lari daripada tujuan asal topik perbincangan berkaitan ekonomi semasa, yang juga menjadi isu bagi modal fitnah kerajaan PH.

Altantuya Shaariibuu, 28, telah ditembak mati pada 2006 dan mayatnya kemudian diletupkan dengan bahan peledak.

Ketika itu DS Najib adalah Timbalan kepada Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Berkaitan kes Altantuya, bekas anggota Unit Tindakan Khas, Sirul Azhar Umar telahpun, pada Jan 2016, bersumpah dengan nama Allah SWT bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak terlibat dalam kes pembunuhan model Mongolia itu.

Sirul melafazkan sumpah itu menerusi rakaman video yang disiarkan dalam laman Facebook ‘Barisan Merdeka’.

Rakaman video berdurasi 54 saat itu merupakan pengakuan ketiga Sirul Azhar berhubung isu kes pembunuhan Altantuya yang disebarkan melalui media sosial.

Pada 21 Januari 2016, sebagaimana dimuat naik di atas, Sirul Azhar telah menyuarakan kekesalannya dengan tindakan pihak tertentu termasuk segelintir agensi media yang cuba mengambil kesempatan dengan memperalatkannya untuk menjatuhkan dan memfitnah DS Najib.

Sirul Azhar dan bekas pegawai UTK, Azilah Hadri dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Persekutuan pada 13 Januari 2015 kerana membunuh Altantuya sembilan tahun lalu, tetapi Sirul Azhar bertindak melarikan diri ke Australia.

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak sekali lagi menegaskan beliau tidak mengenali wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, yang dibunuh dua anggota unit elit polis suatu ketika dahulu.

Fitnah yang mengatakan bahawa Altantuya adalah orang tengah atau penterjemah kepada urusan pembelian kapal selam Scorpene Franchis, juga merupakan satu fitnah, sebagaimana dilaporkan oleh SundayDaily.

Najib berkata, “Tidak ada sebarang bukti saya pernah bertemu dia (Altantuya), tidak ada rekod, tidak ada gambar atau saksi yang mengatakan saya pernah mengenal dia. Namun terdapat gambar yang diolah dengan cara yang amat jijik oleh Tian Chua dari parti PKR.

“Saya juga sudah bersumpah dengan nama Allah dalam sebuah masjid bahawa saya tidak ada kena-mengena dengan kes berkenaan,” kata DS Najib kepada Reuters.

Dua anggota polis, iaitu Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar telah dijatuhi hukuman mati namun Sirul melarikan diri dan kini ditahan pihak berkuasa imigresen Australia.

Media massa telah menguar-uarkan bahawa Malaysia pernah memohon untuk membawa balik Sirul Azhar ke Malaysia, namun sebaliknya kerajaan Australia menafikan pemohonan tersebut.

Sekiranya Sirul sendiri telah bersumpah bahawa DS Najib tidak terlibat dengan pembunuhan Altantuya, maka kenyataan bahawa Najib terlibat dalam kes berkenaan adalah fitnah yang amat besar.

Lagi sekali, rakyat tertanya-tanya siapakah yang sebenarnya berada di belakang kematian Altantuya atau dengan erti kata yang lain, “Siapakah yang mengarahkan pembunuhan Altantuya?”.

Pastinya, orang yang paling boleh disyaki ialah persaing kepada DS Najib yang kepingin sangat mahu menjadi Perdana Menteri ketika itu (2006) atau jika tidakpun, adalah orang yang amat dengki dan khianat kepada DS Najib.

Hanya Allah sahajalah yang tahu, namun buat masa ini rakyat tahu siapakah kaki fitnah dan penipu tegar yang dilabelkan oleh ‘The Third Force’ sebagai “The Greatest Liar Malaysia have ever seen.”

Kesimpulannya, amat tidak adil jika pihak media seperti Aljazeera cuba menggunakan wawancaranya dengan Najib untuk membingkai apa jua kenyataan bagi memenuhi kehendak pemfitnah.

*****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: