BAJET SALIN DAN TAMPAL

Menteri Kewangan Lim Guan Eng diejek oleh pembangkang pada akhir pembentangan Bajet 2019, di Dewan Rakyat semalam dengan laungan “Bajet Salin dan Tampal”. Malah Guan Eng disamakan dengan watak kartun ‘Nobita.”

Pembangkang meneliti Bajet 2019 Kerajaan PH sebagai hasil ciplak daripada apa yang diusahakan kerajaan BN sebelumnya.

Rakyat melihat bahawa inilah hakikatnya, amat mudah mereka mengutuk kerajaan BN terdahulunya, tetapi apabila mereka sudah memegang tampuk kuasa, barulah mereka sedar betapa sukarnya mengendalikan sebuah kerajaan namun amat mudah untuk dikutuk dan dikritik.

Pihak pembangkang mendakwa bahawa initipati Bajet 2019 itu adalah salinan Bajet 2018 terdahulu yang dibentangkan oleh kerajaan BN.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa, memberi komentar bahawa Bajet 2019 amat mengecewakan, kerana ia hanyalah Bajet yang lebih ketara menyalin pakai apa yang telah dilaksanakan oleh BN, selebihnya ia hanyalah pembentangan belanjawan yang ‘biasa-biasa’ sahaja.

Tegas Annuar, “Harapan untuk melihat satu anjakan falsafah pengurusan kewangan negara yang bersifat reformis hampir tidak kelihatan, malah ternyata PH tidak dapat mengekalkan apa lagi memintas prestasi kerajaan terdahulu.”

Defisit negara kian parah, walaupun PH baru enam bulan berkuasa, pertumbuhan KDNK membantut yang akan membawa kesan buruk kepada kadar pengangguran dan merudumnya pelaburan langsung.

Hakikatnya kerajaan PH gagal mengotakan janji manifesto mereka. Tidak hairanlah jika rakyat melihat kerajaan PH sebagai kerajaan ‘penipu’, manakala The Third Force dalam rencananya mengkategorikan Tun Mahathir sebagai ‘Penipu paling hebat pernah ditemui di Malaysia.’

GST yang dihapuskan dan digantikan dengan SST tidak memberi kesan positif, sebaliknya kerajaan PH akan menambah lagi beberapa cukai lain yang akan terus menghimpit rakyat.

Rakyat pula kehilangan pelbagai bantuan kerajaan terdahulu, harga barang keperluan rumah semakin naik, hilang pekerjaan, nilai ringgit jatuh menjunam, bursa saham negara merosot, dan pelabur asing terus angkat kaki.

Secara perbandingan situasi ekonomi semasa pentadbiran BN jauh berbeza.  Defisit fiskal BN adalah 2.8% sedangkan defisit fiskal PH jauh lebih tinggi iaitu 3.7%.  PH mengguna wang Petronas melalui dividend RM30bilion, hampir dua kali ganda berbanding dengan perbelanjaan BN yang hanya RM17bilion.

Pertumbuhan ekonomi semasa BN melalui KDNK ialah melebihi 5% sedangkan dalam masa yang singkat selama 6 bulan, ekonomi negara menguncup ke paras bawah 5%. Ini bermakna pertumbuhan ekonomi di bawah pentadbiran PH merosot sebanyak lebih 10%.

BN lebih prihatin terhadap penjawat awam apabila diberikan bonus RM1500 dengan kenaikan gaji khas, sedangkan PH hanya memberi RM500 sahaja.

PH membekalkan Bantuan Sara Hidup kepada 4.1 juta rakyat miskin, sedangkan BN memperuntukkan BR1M kepada 6.5 juta rakyat miskin. Ini bermakna PH telah mengabaikan sejumlah 2.4 juta rakyat miskin.

Walau bagaimanapun Presiden UMNO DS Dr Zahid Hamidi sangsi, apakah janji PH dalam Bajet 2019 boleh dipercayai, sedangkan banyak janji PH dilihat rakyat sebagai suatu penipuan.

Jelaslah bahawa segolongan rakyat miskin di luar bandar telah diabaikan, manakala pembangunan Islam juga tidak mendapat apa-apa bantuan dana untuk mengembangkan syiar Islam yang dilihat sebagai tamparan kepada orang Melayu yang amat memelihara agamanya.

Benarlah seperti kata Sasterawan Negara, DS A Samad Said, PH hanyalah kerajaan “Harapan Kosong.”

******

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: