ZAHID SANGGUP MATI DEMI MELAYU, RAJANYA DAN AGAMANYA

Presiden UMNO, DS Dr Ahmad Zahid Hamidi sanggup mati kerana kedaulatan bangsa Melayu, Rajanya dan agamanya.

Akhir-akhir ini, sejak PH berkuasa, gejala yang mencabar kedudukan hak Melayu, Raja-Raja Melayu dan Agama Islam menjadi-jadi.

Rakyat tidak hairan dengan gejala sedemikian kerana suara Melayu dalam parlimen menjadi semakin kecil sekarang.

Selepas PRU14, jumlah Ahli Parlimen Melayu-Islam adalah 58 manakala Bukan-Islam berjumlah 64, yang membentuk 122 kerusi parlimen keseluruhannya.

Walaupun begitu Kuasa Kehakiman dan Perundang-Undangan, kedua-duanya diketuai oleh Bukan-Islam.

Dengan rekod sejarah sedemikianlah, suara-suara biadap daripada kalangan Bukan-Melayu Islam sudah berani mencabar kedudukan dan hak Melayu, Rajanya dan Agamanya.

Kelantangan suara-suara anti-Melayu-Islam itu tidak pula mendapat perhatian sewajarnya daripada pihak kerajaan, sebaliknya dibiarkan begitu sahaja.

Gejala sosio-politikal tersebut datang dalam bentuk:

  • Biadap mengkritik Raja-Raja Melayu
  • Cuba melunturkan ‘Ketuanan Melayu’
  • Cuba mencairkan undang-undang yang melarang murtad
  • Mencambahkan gejala LGBT
  • Menyarankan agar Syiah diterima
  • Menuntut kesamarataan agama atau pluralisme agama
  • Menuntut kesamarataan etnik yang cuba mengetepikan Perkara 152 dan 153 Perlembagaan Persekutuan
  • Melantik Ketua Hakim dan Peguam Negara daripada kalangan Bukan-Islam
  • Menuntut liberalisme yang meliputi soal akhlak
  • Mengetepikan penggunaan Bahasa Melayu
  • Suara-suara sumbang yang cuba mengangkat sistem Republik
Dipetik dari Portal PakDin.My

Malah sudah ada portal dalam talian yang menyarankan agar negara ini diambil-alih oleh tentera untuk membentuk MAGERAN sebagaimana yang pernah dilaksanakan dahulu seelok-elok selepas peristiwa berdarah 13 Mei dahulu.

Dengan itu juga sebagai Presiden UMNO, rasa bertanggungjawab, keprihatinan, kepekaan serta semangat juang ke atas kedaulatan bangsa Melayu dalam diri DS Dr Ahmad Zahid Hamidi pastinya lebih tebal daripada kebanyakan rakyat Melayu-Islam yang lain.

Apatah lagi, paksi penubuhan UMNO atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu sejak 1946, iaitu 42 tahun yang lalu adalah untuk mendaulatkan bangsa Melayu, Rajanya dan Agamanya. Dengan itulah falsafah Malayan Union yang menolak kedaulatan bangsa Melayu ditolak dan ditentang habis-habisan oleh UMNO.

Walau bagaimanapun kerana semangat menggarap kemerdekaan yang terlalu membuak ketika itu, UMNO dan masyarakat Melayu terpaksa juga menerima kehadiran kaum pendatang yang dibawa oleh British, di bawah kontrak sosial sebagaimana tercatat dalam Perkara 152, 153, 160 dan beberapa lagi dalam Perlembagaan Malaysia.

Dengan roh dan semangat yang sama juga Zahid menegaskan bahawa UMNO akan tegar, cekal dan bersungguh-sungguh mempertahankan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, walaupun terpaksa bergadai nyawa.

Dengan penuh keyakinan Zahid mengingatkan pihak yang mencabar kedaulatan Melayu bahawa UMNO bersedia menjadi barisan hadapan sekiranya ada pihak yang cuba memperkotak-katikkan hak orang Melayu, agama Islam serta kedaulatan Raja-Raja Melayu, termasuk cubaan pihak cauvinis Cina yang mahu mengugat penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Malah jauh daripada itu, Zahid berikrar bahawa UMNO sanggup mati kerana kedaulatan bangsa Melayu, Rajanya dan agama Islam.

“Langkah mayat ahli-ahli UMNO dahulu jika ada mana-mana pihak yang cuba berbuat demikian,” katanya, dalam satu majlis tertutup bersama pemimpin UMNO Kedah.

Sehubungan itu, UMNO menolak hasrat kerajaan PH untuk melaksanakan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) tahun depan.

Konvensyen ICERD itu melalui kandungannya, pasti akan mencairkan dan melunturkan hak kedaulatan Melayu dan menggugat kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.

Daripada kandungannya, banyaklah perkara yang akan menghancurkan kedudukan dan kedaulatan bangsa Melayu dan agamanya sehingga membenarkan murtad kerana falsafah pluralisme agama dan liberalisme yang didukungnya.

*******

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: