VIDEO – SANUSI DIBERI ULTIMATUM 48 JAM SEBELUM DISAMAN FITNAH

Editorial

28 April 2022

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor yang disifatkan biadap oleh beberapa pemimpin politik, apatah lagi netizen sebelum ini, kerana menghina kontena jenazah Covid19, kini diberikan masa 48 jam sebelum disaman fitnah kerana tuduhannya yang melulu terhadap Isham Jalil.

Ketua Penerangan UMNO Selangor, Isham Jalil memberi ultimatum kepada Sanusi supaya menarik balik tuduhannya bahawa pendedahan ‘Laporan Political Engagement PAS Pusat’ atau ‘PAS Leaks’ dibuat oleh lashkar siber parti politik tertentu untuk kepentingan UMNO.

Sanusi turut memetik nama Isham Jalil sebagai contoh ketika menyatakan anggapan beliau bahawa dokumen itu dibuat laskar siber pihak yang mendapat kepentingan daripada dokumen terbabit.

MB Kedah yang celupar dan kepala angin itu telah diberi tempoh 48 jam untuk meminta maaf dan menarik balik tuduhannya terhadap Isham Jalil.

Melalui siaran FB, Isham menegaskan, jika tiada maklum balas diterima pihaknya dalam tempoh itu, beliau mempertimbangkan untuk mengambil tindakan selanjutnya termasuk saman fitnah.

Isham juga memberi ultimatum bahawa laporan polis akan dibuat esok supaya kesalahan fitnah oleh Sanusi itu dapat disiasat.

“Saya beri tempoh 48 jam kepada Sanusi untuk meminta maaf kepada saya dan menarik balik apa yang dia kata, jika tidak saya akan mempertimbangkan tindakan selanjutnya termasuklah tindakan saman seperti yang disarankan netizen,” katanya.

Amaran Isham adalah merujuk kepada kenyataan Sanusi yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat bahawa dokumen ‘PASLeaks’ dibuat oleh pasukan ‘cyber trooper’ pihak tertentu yang bakal mendapat kepentingan apabila maklumat berkaitan dakwaan perancangan menjatuhkan kepemimpinan UMNO disebarkan secara terbuka.

Dalam dokumen ‘PASLeaks’ itu terdapat lima kali catatan yang menunjukkan tindakan campur tangan politik dalam badan kehakiman negara untuk memenjarakan pemimpin UMNO dengan kadar segera sebelum PRU15.

MB Kedah itu telah memetik nama Isham sebagai contoh ketika menyatakan anggapan beliau bahawa dokumen itu dibuat laskar siber pihak yang mendapat kepentingan daripada dokumen terbabit.

Isham membidas dan yakin Menteri Besar Kedah itu tidak akan terlepas cakap sekiranya dia sedar dan tahu undang-undang, memandangkan apa yang disebutnya itu adalah tuduhan terbuka yang membawa unsur fitnah dan berniat jahat untuk menjatuhkan reputasi seseorang.

Isham menegaskan, mengikut undang-undang, penggunaan perkataan “mungkin” tidak melepaskannya daripada kesalahan memfitnah kerana insinuasi, innuendo dan kiasan juga boleh membawa elemen fitnah dalam undang-undang tort (salah laku) mahupun jenayah.

“Semalam saya sarankan agar Sanusi dan Samsuri (Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri) bersumpah laknat menyatakan bahawa mereka tidak terbabit dan tidak pernah berbincang seperti dalam minit mesyuarat itu.

“Dan saya pun akan bersumpah laknat bersama mereka kerana saya berani kata bahawa tuduhan Sanusi kepada saya itu adalah fitnah melulu, kerana saya tidak ada kaitan pun dalam penyediaan minit mesyuarat itu,” tegasnya yang percaya Sanusi seperti Menteri Besar Terengganu akan takut untuk bersumpah laknat.

****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: