VIDEO – JIKA MUHYIDDIN MAHU SEKONGKOL DENGAN PH, BAIK BERSATU KELUAR DARI BLOK KERAJAAN

Editorial

28 April 2022

Sejak sebelum PRN Johor lagi Muhyiddin sudah gelabah dan terdesak untuk mengheret PN bergabung dengan PH, seperti menjilat kembali ludahnya.

Tapi PH tidak suka bersekongkol dengan pengkhianat.

Kemudian heboh pada Mac lalu, Muhyiddin yang sedang gelabah, merancang ‘Langkah Carey’ pula untuk membentuk gabungan baru dengan PH, yang tiada lain adalah dengan matlamat hendak mengalahkan BN-UMNO pada PRU15 nanti.

Tiga haru lalu lagi sekali, mungkin kerana terdesak, Muhyiddin telah mengelurkan kenyataan untuk bersekongkol dengan PH bagi menyusun strategi ‘satu lawan satu’ pada PRU15 nanti dengan matlamat untuk mengalahkan UMNO.

Adakah pemimpin-pemimpin dalam PH, bodoh belaka hendak bersekongkol dengan ‘pengkhianat’ yang telah menggunakan ‘Langkah Sheraton’ untuk menumbangkan PH dengan muslihat mengangkat dirinya sendiri menjadi PM?

Sekiranya pemimpin PH benar-benar dungu, namun adakah rakyat juga dungu untuk membiarkan kerajaan kakistokrasi mengambil semula tampuk pentadbiran negara setelah 22 bulan memporak-perandakan kehidupan rakyat dan ekonomi negara?

Tetapi dalam perkembangan politik terkini, nampaknya Amanah mahu membuka pintu buat Bersatu setelah mereka juga sedar, tanpa gabungan dengan Bersatu nasib malang mereka seperti di PRN Melaka, PRN Sarawak dan PRN Johor akan berulang di PRU15.

Timbalan Presiden Amanah, Sallahuddin Ayob, mahu pemimpin tertinggi Amanah memaafkan Bersatu sebagai isyarat untuk membuka pintu kerjasama, bukan sahaja dengan Bersatu malah juga dengan PAS.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution juga sudah mula bertukar rupa apabila mencairkan kemarahan kepada Bersatu, dan sedia bekerja sama pada PRU15 nanti.

Namun daripada tiga parti komponen terbesar PH itu, hanya DAP sahaja yang berkeras untuk tidak mahu bekerjasama dengan Bersatu mahupun PAS.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke telah menyatakan bahawa DAP tidak akan sekali-kali mengulangi kesilapan lalu untuk bekerjasama dengan Bersatu kecuali semua komponen PH bersetuju sebaliknya, demi kemenangan di PRU15.

Ikatan semula dengan Bersatu tidak akan merugikan DAP, malah akan mengukuhkan lagi undi kaum Melayu di bandar yang menjadi fokus DAP, malahan tanpa sokongan Bersatu pun, DAP sudah mempunyai deposit tetap daripada kaum Cina.

Bersatu tiada pengaruh ke atas kaum Cina, malahan kaum Cina sendiri amat membenci Muhyiddin setelah mengkhianati PH dalam Langkah Sheraton yang menjatuhkan Mahathir Mohamad.

Adakah DAP bersedia untuk mengikut kemahuan PKR dan Amanah?

PRN Johor telah menyaksikan tindakan ‘merajuk’ PKR yang tidak mahu menggunakan logo PH sebaliknya menggunakan logonya sendiri sebagaimana ia digunakan semasa PRU14.

Namun, adakah rakyat Malayu-Islam termasuk penyokong Bersatu dan PAS masih mahu menerima ‘golongan semburit dan penyokong LGBT’ serta ‘pluralisme agama’ untuk menjadi pemimpin negara.

Adakah kenyataan Mahathir pada media antarabangsa bahawa dia tidak mahu negara ditadbir oleh ‘sodomis’ masih terkesan pada sanubari rakyat?

Pemimpin PAS seperti Takiyuddin yang merupakan ‘sesumpah’ dalam golongan agamawan (kononnya) dalam PAS pastinya melebarkan tangan untuk menerima kerjasama dan ikatan politik bersama PH pada PRU15 nanti.

Namun golongan konservatif seperti Nik Abduh Nik Aziz yang juga mempunyai pengaruh yang kuat dalam kalangan penyokong PAS, pastinya menolak sebarang kerjasama dengan PH dan DAP yang dilabel sebagi ‘kafir harbi’.

Malahan Nik Abduh amat berpengaruh dalam isu menyokong Muafakat Nasional yang juga tegar dalam kalangan akar umbi PAS.

Walau bagimanapun kerjasama Bersatu dengan PH tidak akan mempedulikan perasaan dan sensitiviti PAS, apa yang penting Muhyiddin mahu memastikan UMNO-BN kalah pada PRU15, supaya projek meganya akan dapat dipertahankan dan tidak dibatalkan oleh UMNO-BN.

Muhyiddin juga sedang mencari-cari kawasan parlimen baharu untuknya, yang mungkin sesuai di kawasan majoriti Cina dengan bantuan DAP kerana Pagoh tidak lagi merupakan kubu kuat Muhyiddin, apatah lagi Johor bukan lagi berada dalam kuasa Bersatu dan rakan sekongkolnya.

Muhyiddin amat terdesak sekarang, malah dia sanggup mengabaikan PAS demi kesinambungan hayat politiknya.

PAS pula yang kelihatan termakan umpan Bersatu diharap akan sedar daripada keegoannya dan kembali teguh dengan Muafakat Nasional yang hakikatnya telahpun terkopak di sana-sini.

Pada satu ketika Pas sering berdolak-dalik untuk menerima Amanah dan DAP dan tiada ketentuan mengenai pendiriannya. Pada ketika lain PAS seperti malu untuk meninggalkan Muafakat Nasional, tetapi pada ketika lain ia tidak mahu berpisah dengan Bersatu.

Sekiranya Bersatu kembali kepada PH2.0 pada PRU15 nanti, pastinya UMNO-BN tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengan PAS, terutamanya dalam misi untuk merampas kembali Selangor.

Dalam kes DS Najib, Timbalan Presiden PAS telah dengan cara yang halus memberi amaran terhadap kerajaan yang zalim dan menganiaya pihak yang dizalimi dalam konteks mempengaruhi mahkamah.

Tindakan Bersatu untuk mengheret PAS supaya bersama mereka untuk bekerjasama dengan PH-DAP-Amanah pastinya akan membangkitkan suasana lintang-pukang dan kecelaruan.

Adakah kenyataan Muhyiddin yang mengelirukan rakyat seperti “Kami bukan berpakat atau bergabung. Tidak. Kami cuma runding kerjasama untuk memastikan saingan satu lawan satu untuk lawan BN dalam PRU15.”

Lantas, baiklah Muhyiddin keluar sahaja daripada blok kerajaan sekarang, supaya mudah bagi PM Ismail Sabri untuk membubarkan parlimen dan mengisytiharkan PRU15.

Keadaan pandemik Covid19 tidak akan berubah sampai bila-bila pun, tetapi trend jangkitan maut yang menurun boleh membuka ruang untuk PRU15.

Lihat apa yang berlaku di Pakistan, Poland, Serbia, Rusia dan beberapa lagi. Malahan Singapura juga akan mengadakan PRU pada Julai 2020 ketika tertular pandemik Covid19.

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: