KIT SIANG TERASUK UNTUK CELA SPRM, TETAPI DIAM DENGAN ISU YANG KENA BATANG HIDUNG SENDIRI

Editorial

6 Jan 2022

Pemimpin d’facto DAP, Lim Kit Siang nampaknya bukan sahaja seperti obses (taksub) tetapi seperti telah diposes (dirasuk) apabila hampir saban hari sejak 31 Dis 2021, dia menyerang SPRM.

Ironinya, Kit Siang hanya melalak apabila dirasuk untuk mencela SPRM, tetapi diam membisu apabila terkena batang hidungnya sendiri.

Pada 31 Dis 2021, hari terakhir labuhnya tirai tahun 2021, Kit Siang menyerang SPRM apabila Pengerusi Lembaga Penasihat SPRM, Abu Zahar Ujang, telah menegur ahli akademik Edmund Terence Gomez, sebaliknya bagi Kit Siang isunya adalah Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki.

Pada hari terbitnya fajar tahun baru, 1 Jan 2022, Kit Siang telah mempersoalkan pula sama ada tahun 2022 menjadi tahun menolak rasuah akan bergantung kepada isu Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Pada 3 Jan lagi sekali isu SPRM menjadi lalakan Kit Siang. Dia mahu “Azam Baki meletakkan jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM sekiranya beliau tidak bersedia untuk memberikan keterangan di hadapan Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk menjelaskan pertuduhan berat terhadapnya yang telah menjejaskan usaha antirasuah kebangsaan.”

Kemudian pada 4 Januari Kit Siang lagi sekali menghentam SPRM dan Azam Baki dan mengaitkan isu SPRM dengan Ismail Sabri.

Dia menulis, “sekiranya Azam tidak bersedia untuk hadir di hadapan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen, Ismail Sabri perlu tamatkan pelantikan beliau sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM dan ambil tindakan segera untuk memindahkan SPRM daripada Jabatan Perdana Menteri ke Parlimen.”

Pada Hari yang sama juga, lagi sekali Kit Siang menyerang SPRM dengan isu rombakan kabinet.

Kit Siang mempersoalkan adakah SPRM akan meluluskan pelantikan penjenayah (merujuk kepada DS najib Razak) sebagai Menteri Kabinet.

Kit Siang berhujah bahawa melantik DS Najib untuk apa-apa juga jawatan bertaraf Menteri dikira sebagai melanggar ‘garisan merah’  dan akan membahayakan memorandum persefahaman antara PM dan pemimpin PH.

Pada 5 Jan celaan Kit Siang masih berkisar tentang SPRM yang mempersoalkan kenapakah PM DS Ismail Sabri berdiam diri mengenai pertuduhan konflik kepentingan Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Pada hari ini 6 Jan 2022 dua kali Kit Siang menyerang Azam Baki dan mendesak agar dia menghadap JK Pilihan Khas Parlimen untuk membersihkan namanya.

Kemudian lagi sekali Kit Siang menghentam panel SPRM dengan isu Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) yang diklasifikan sebagai tinbdakan ultra vires bagi membersihakan nama Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki daripada dakwaan konflik kepentingan.

Demikianlah hebatnya Kit Siang dengan rasukan terhadap SPRM, iaitu badan yang sama yang telah mengheret anaknya Lim Guan Eng atas rasuah projek Terowong Bawah Laut, Pulau Pinang yang kini masih lagi dalam perbicaraan.

Kontradik dengan serangannya terhadap SPRM, Lim Kit Siang hanya membisu apabila saksi utama pendakwaraya terhadap kes Lim Guan Eng itu secara mengejut mati kerana dikatakan terjatuh dari Tingkat 17 kondominium The Palazio, Pulau Pinang.

Kit Siang tidak pula terposes sebaliknya macam koma terkena stroke apabila kerajaan Singapura serta SPRM mendedahkan bahawa berlaku transaksi dana sebanyak RM65 juta (daripada jumlah kira-kira RM700 juta) ke akaun suami bekas Gabenor Bank Negara Malaysia. Dana tersebut telah dikembalikan kepada kerajaan Malaysia.

Kit Siang juga koma apabila bekas Peguam Negara lantikan DAP, Tommy Thomas beberapa hari kemudian membuat perakuan bahawa dia sudah lama tahu bekas Gabenor BNM dan suaminya telah menjarah wang 1MDB.

Lantas, Kit Siang tidak perlulah menjadi juara untuk menentang SPRM, sekiranya hanya mendiam diri seperti mayat hidup terhadap kes rasuah yang melibatkan konco-konco PH.

Itu hipokrit namanya.

*****                                     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: