ATLET HARUMKAN NEGARA DIGUGURKAN, MENTERI LEMBAB DIPERTAHANKAN

Editorial

7 Jan 2022

Sejumlah 144 atlet negara telah digugurkan daripada program latihan kebangsaan kerana isu kurang dana.

Golongan atlet ini bukanlah bakat baru yang dikutip di sekolah-sekolah tetapi adalah daripada kalangan yang telah disaring dan berpotensi untuk mengangkat nama negara di peringkat antarabangsa.

Baru-baru ini tersebar ura-ura Perdana Menteri mahu merombak kabinet. Alang-alang merombak kabinet adalah lebih baik bagi PM menggugurkan Menteri dan Timbalan Menteri yang tidak efisien, kerana mereka hanya membazirkan dana negara.

Misalnya, apa ertinya dilantik Duta Khas bertaraf menteri, jika sekiranya kerajaan sudah menjawatkan Duta Besar di setiap negara yang ada hubungan diplomatik dengan Malaysia?

Apa ertinya melantik Menteri Tugas-Tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri, sekiranya menteri berkenaan tidak tahu apa tugas-tugas khasnya, sebagaimana berlaku polemik tentang kenyataan pesong menteri yang bertanggungjawab terhadap NADMA.

Menteri Belia dan Sukan, DS Ahmad Faizal Azumu sendiri telah dilihat sebagai telah membangkitkan beberapa polemik yang mencacatkan nama baiknya.

Malahan ramai penganalisis politik melihat kegenjotan kabinet Ismail Sabri kerana masih melantik menteri kabinet daripada para menteri kerajaan gagal TS Muhyiddin Yassin.

Sebagaimana kenyataan bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman “Mengapa lantik lagi menteri yang jelas tidak mempunyai prestasi yang baik? Mengapa pemimpin yang ada rekod buruk masih lagi jadi sebahagian dari kerajaan ini?

Malahan ramai pihak menyelar pelantikan DS Takiyuddin Hassan sebagai salah seorang menteri dalam kabinet Ismail Sabri kerana telah membohongi rakyat tentang isu pembatalan Ordinan Darurat dalam parlimen semasa Muhyiddin berkuasa.

Bekas Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim membidas tindakan Faizal Azumu yang menggugurkan 144 atlet daripada program latihan kebangsaan. Sepatutnya menteri dan timbalan menteri yang tidak berfungsi yang perlu digugurkan.

Sim juga dengan keras mengkritik Faizal sebagai menteri yang telah membohongi rakyat kerana telah berjanji, bahawa pihak MSN dan juga pihak KBS telah pun memberi komitmen bahawa segala perancangan daripada atlet negara dan juga persatuan sukan yang akan mengambil bahagian tidak akan terabai dan memastikan mereka akan berada di tahap prestasi yang terbaik bagi mencapai sasaran yang telah ditetapkan.

Namun dakwa Sim, Faizal Azumu telah menipu di Parlimen apabila hanya sebulan selepas jaminan beliau bahawa KBS tidak akan mengabaikan para atlet.

Malahan, ada sesetengah atlet negara telah mengadu bahawa KBS tidak berunding dengan mereka sebelum membuat keputusan untuk menamatkan perkhidmatan mereka.

“Ia seperti memperlakukan atlet kebangsaan sebagai ‘alat pakai buang’ yang boleh disingkirkan bila-bila masa dengan begitu sahaja,” tegas Sim.

Bekas juara dunia terjun Cheong Jun Hoong yang digugurkan segera mengumumkan persaraannya.

Cheong telah menggondol gelaran juara dunia kategori individu 10m pada Kejohanan Dunia 2017 di Budapest dan pingat perak pada 2016 dengan Pandelela Rinong di Sukan Olimpik Rio.

Terdahulu bekas pemain skuasy 5 terbaik dunia Low Wee Wern bertindak balas dengan sedih apabila digugurkan dengan berkata “Habis madu sepah dibuang.”

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: