VIDEO – TOLONG JANGAN PILIH KASIH DALAM SIASATAN JENAYAH SEKSUAL

Editorial

13 Ogos 2021

Sememangnya tiada siapa yang tahu apakah kebenaran di sebalik laporan polis yang dibuat oleh seorang wanita yang merasakan dirinya telah dirogol.

Namun dia mempunyai hak untuk menegakkan kebenaran yang dia yakin telah berlaku.

Wanita tersebut telah membuat laporan polis bahawa dia menjadi mangsa rogol yang membabitkan dua lelaki kenalan ADUN Gombak Setia (Bersatu) Hilman Idham.

Isunya bukanlah sama ada dakwaannya terhadap dua lelaki itu benar atau tidak, sebaliknya ialah hak dia untuk mendakwa pihak yang dia yakin telah menganiaya dirinya.

Semuanya bergantung kepada pihak PDRM untuk membawa kes ini ke mahkamah. Namun sebagaimana yang dilaporkan oleh media, wanita berkenaan juga mendakwa bahawa pihak polis masih belum mengambil sebarang tindakan yang konstruktif.

Adakah pihak polis sengaja mendiamkan diri atau pihak polis masih menyiasat untuk mendapatkan bukti sebagai mengukuhkan prima facie terhadap tertuduh.

Ketua polis Kuala Lumpur telah memaklumkan kepada pihak media sebeum ini bahawa siasatan akan selesai ‘tidak lama lagi’. Persoalannya ialah berapa lamakah ‘tidak lama lagi’ itu.

Pihak polis hendaklah segera bertindak kerana dengan wujudnya media sosial, pihak netizen amat mudah membina spekulasi dan memanipulasi keadaan.

Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador meminta ketelusan pihak polis dalam kes berkenaan.

Kata Farhash, “Rakyat mahukan keadilan di dalam sistem perundangan dan meminta ketelusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam penyiasatan ke atas mereka yang terlibat tanpa mengira latar belakang individu yang terlibat.

“Sebarang aduan jenayah seksual harus diambil berat demi mewujudkan satu persekitaran yang selamat bagi rakyat Malaysia.”

Nampaknya penangguhan tindakan polis yang memakan masa sehingga sembilan bulan, membangkitkan persoalan adakah terdapat ‘campur tangan’ pihak tertentu dalam kes tersebut kerana Farhash melihat ia melibatkan setiausaha politik kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) DS Azmin Ali yang juga merupakan ADUN Gombak, Hilman Idham.

Agak kontradik apabila pada Jun 2019, Hilman telah membuat laporan polis terhadap penyebar video lucah yang membabitkan pelakon yang dikatakan Azmin Ali.

Manakala kali ini, dia pula yang cuba dibabitkan dengan kes rogol terhadap seorang wanita.

Menjadikan keadaan lebih kusut, pada 11 Ogos wanita berkenaan dilaporkan bercadang menyaman pihak polis jika tiada perkembangan terbaharu dalam siasatan.

Peguam Asheeq Ali Sethi Alivi mempersoalkan, kenapakah tindakan pantas diambil terhadap ADUN DAP Tronoh Paul Yong, yang dituduh merogol pembantu rumah, dan ADUN Permatang Pasir Faiz Fadzil atas tuduhan serangan seksual ke atas seorang jurujual wanita.

Sebagaimana dilaporkan Malaysiakini, laporan polis telah dibuat oleh wanita berkenaan pada Disember tahun lalu ke atas dua kenalan Hilman Idham atas tuduhan merogol.

Laporan polis itu didedahkan oleh bekas pemimpin UMNO, Lokman Adam.

Mangsa mendakwa Hilman menjemputnya ke sebuah hotel untuk meraikan ulang tahun hari jadinya.

Selepas makan malam, wanita itu mengatakan bahawa mereka semua pergi berkaraoke di mana dia minum minuman alkohol dan mabuk.

Sumber MYKMU: kejadian didakwa telah dirancang

Kemudian dia mendakwa terbangun pada pukul empat pagi di bilik hotel dalam keadaan berbogel sendirian.

Wanita itu merasakan dirinya dinodai setelah menemui kondom di bilik mandi.

Dia mendakwa Hilman “merancang” insiden tersebut yang berlaku di Hotel Sri Hartamas, Kuala Lumpur.

Dia sebelum ini mengaku sebagai wanita yang dipapah ke bilik hotel dalam rakaman CCTV yang tular oleh seorang lelaki yang didakwanya sebagai Hilman.

Hilman masih belum menjawab permintaan untuk memberi komen mengenai perkara itu.

****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: