Oleh Dr Mamat Desa
25 Mei 2021
Konflik Israel-Palestin bermula apabila Deklarasi Balfour pada 1917 telah memaktubkan bahawa bumi Palestin adalah milik orang-orang Yahudi yang kebanyakan diaspora mereka di sekitar Eropah dan sebilangan kecil di Amerika Syarikat.
Pada tahun 1917 itulah pihak British telah berjaya mengalahkan Pasukan tentera Ottoman-Turki yang menguasai bumi Palestin. Lantas bumi Palestin itu menjadi jajahan British.
Namun tidak ada sebarang tindakan terhadap bangkitnya bantahan ke atas Deklarasi Balfour apabila pihak pribumi Palestin menuntut hak sivil dan agama mereka sebagai Muslim.
Deklarasi Balfour sudah pastinya satu persimpangan yang amat berharga kepada kaum Yahudi, tetapi sebaliknya membangkitkan kemarahan umat Arab baik di Palestin sendiri mahupun di negara Timur Tengah yang mengelilinginya.
Masyarakat Eropah yang sememangnya membenci dengan kehadiran Yahudi yang amat rasis di negara masing-masing, amat menyokong Deklarasi Balfour kerana dengan deklarasi itu mereka dapat menghalau masyarakat Yahudi yang amat rasis itu secara tidak langsung, supaya mereka (kaum Yahudi) keluar dan kembali beramai-ramai ke Palestin.
Masyarakat Amerika sendiri amat membenci kaum Yahudi, bukan sahaja golongan Nazi-Jerman sebagaimana berlakunya ‘holocaust’ atau ‘shoah’ (dalam bahasa Yahudi) yang menyaksikan pembunuhan 6 juta kaum Yahudi semasa Peperangan Dunia Kedua antara 1941-1945.

Malah di Amerika, hanya 1% sahaja kuota diberikan kepada pemuda-pemudi Yahudi untuk mendaftar di mana-mana universiti di Amerika Syarikat baik sebelum mahupun setelah Peperangan Dunia Kedua (dasar ini kemudiannya berubah).
Kerana terhadnya sumber ekonomi mereka, kaum Yahudi Amerika telah menceburkan diri mereka dalam bidang perfileman sehinggalah lahirnya Hollywood yang dianggap sebagai ‘empire Yahudi’.
Lantas filem menjadi alat mengindoktrinasi pemikiran masyarakat dunia dengan falsafah halus Yahudi.
Firman Allah SWT dalam Al-Quran banyak mengingatkan umat Islam tentang kebiadapan dan penderhakaan kaum Yahudi terhadap Rasul Allah.
Namun hari ini yang menjadi musuh Islam adalah puak Zionis yang memperjuangkan kewujudan negara Yahudi di bumi Palestin dan menolak hak kaum pribumi Palestin itu sendiri dengan cara yang zalim.
Tidak perlulah kita bersikap apologetik terhadap kaum Yahudi meskipun kita faham bahawa bukan semua penganut Judaisme (Yahudi) itu setuju dengan Zionisme.
Rasulullah SAW sendiri pernah mengahwini gadis Yahudi bernama Syafiyyah binti Huyai.
Hal ini pastinya menjelaskan kepada umat Islam bahawa Yahudi dan Zionis adalah dua puak yang berbeza, meskipun pada zaman Rasulullah SAW belum jelas kewujudan puak Zionis itu.
Walau bagaimanapun ketika Rasulullah SAW berusia 12 tahun semasa baginda dalam perjalanan ke Syam (Syria) bersama-sama dengan bapa saudara baginda Abu Talib dalam kafilah perniagaan, mereka telah bertemu seorang pendita Yahudi di sebuah tempat bernama Buhaira.
Pendita Yahudi itu mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi tentang kandungan kitab Taurat dan Injil yang ada mencatatkan tentang Rasulullah Muhamad SAW.
Malahan dalam amal ibadat penganut Yahudi hari ini pun, mereka masih berwirid memuja nama ‘Muhamad’ tetapi tidak mahu mengakuinya, sebaliknya menolak istilah ‘Muhamad’ itu sebagai Rasul Allah yang terakhir.
Pendita Buhaira itu telah menjemput kafilah dari Mekah itu singgah ke biaranya untuk berehat dengan dihidangkan juadah makanan.
Di situlah pendita Buhaira tersebut mengenali Nabi Muhamad dan meminta Abu Talib supaya menjaga baginda dan memastikan keselamatan baginda kerana dia mengetahui tanda-tanda kerasulan baginda serta tanda-tanda baginda sebagai pemimpin yang agung kelak.
Antara petandanya ialah baginda tidak banyak bercakap, kelakuannya yang sopan dan berbudi bahasa, wajahnya yang bersih berseri, dan awan redup sentiasa melindungi dan memayungi baginda daripada terik matahari.
Kisah Nabi Muhamad SAW juga telah dicatatkan dalam kitab Injil dan Taurat namun pihak yang tidak mahu menerima kerasulan baginda, dikatakan telah memadamkan kisah tersebut.
Lantas, sebahagian daripada kaum Yahudi tahu tentang kerasulan baginda dan agama Islam yang melengkapkan semua agama Allah sebelumnya.
Namun kerana ego dan etnosentrisme yang ekstrem mereka tidak mahu menerima kerasulan baginda Muhamad SAW kerana baginda bukan daripada darah Yahudi.
Dari sini boleh disimpulkan bahawa, bagi golongan Yahudi yang sedar tentang kerasulan baginda Muhamad SAW, pastinya mereka tidak membenci umat Islam, apatah lagi mereka juga amat arif tentang kedatangan Imam Mahadi yang akan menjadi pemimpin Islam untuk menentang Dajal atau pihak yang akan merosakkan umat manusia pada akhir zaman kelak.
Dengan latar kefahaman yang sedemikian itu juga, tidak hairanlah sekiranya kita akan termui kaum Yahudi yang menentang dasar kerajaan Israel dan membenci zionisme serta sikap zalim mereka terhadap umat Islam Palestin.
Malah hari ini kita dapat lihat kaum Yahudi yang menentang kezaliman Israel terhadap penduduk Palestin, malah mereka mendesak kerajaan Israel supaya memberikan kebebasan kepada kaum Palestin menubuhkan negara mereka sendiri.
******
Tinggalkan Jawapan