CINA DAP RASIS-BIADAB CABAR BAHASA KEBANGSAAN PADA TANDA JALAN

RENCANA UTAMA

Oleh Dr Mamat Desa

Negara Singapura yang cuba dijadikan idola oleh bangsa DAP dalam konteks perpaduan dan ekonomi, tidak menggunakan bahasa Cina atau bahasa Mandarin pada tanda jalan, khususnya jalan-jalan utama.

Masyarakat Cina di Singapura membentuk 76.2% daripada seluruh komposisi kaum.

Kebanyakan adalah kaum Cina yang berpindah daripada Hong Kong, Taiwan dan China.

Di Malaysia kaum Cina hanya membentuk 24.6% daripada komposisi keseluruhan penduduk Malaysia dengan kaum Melayu-Bumiputera membentuk komposisi tertinggi ialah 67.4%.

Namun terkini tertular kaum Cina DAP meletakkan tanda jalan dalam bahasa Mandarin di Sarawak untuk menunjukkan sikap bebal dan biadab mereka terhadap penggunaan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.

Mereka mahu Malaysia belajar tentang perpaduan kaum daripada Singapura, tetapi mereka tidak sedar bahawa Singapura tidak pernah menggunakan bahasa Mandarin untuk tanda jalan.

Malahan mereka tidak faham tentang falsafah integrasi di Singapura yang mengambil budaya Barat sebagai budaya mediator dan menolak semua bentuk budaya lain termasuk budaya Cina mahupun budaya import dari China.

Kita tidak hairan tentang isu ini kerana Singapura pada asalnya adalah sebahagian daripada empayar Melayu Melaka.

Konsep perpaduan Singapura mengambil konsep ‘melting pot’ apabila semua bangsa diasimilasikan dengan menggunakan budaya Barat sebagai moderator, bukan budaya Cina, India mahupun Melayu.

Di Amerika Syarikat, konsep ‘melting pot’ lebih menjurus kepada membina asimilasi yang membentuk budaya pribumi iaitu Inggeris.

Ibarat menyebatikan pelbagai logam dalam satu mangkuk acuan sehingga membentuk satu logam yang baharu hasil pencampuran, dan logam baharu itu telah direncanakan sebagai ‘budaya Amerika’.

Indonesia pula menolak semua bentuk asimilasi daripada budaya asing. Jika mahu menjadi rakyat Indonesia, maka hendaklah setiap warganegara memeluk budaya Indonesia, berbahasa Indonesia dan menamakan diri dengan nama yang berunsurkan nama masyarakat Indonesia.

Di Malaysia, konsep perpaduan adalah berbeza dengan konsep ‘melting pot’ di Amerika mahupun di Indonesia dan Singapura.

Di Malaysia konsep yang digunakan ialah konsep ‘salad bowl’ yang berwarna-warni tetapi soal komuniskasi rasmi atau Bahasa Kebangsaan telah dimaktubkan mengambil bahasa pribumi iaitu bahasa Melayu sebagai bahasa utama atau bahasa rasmi.

Nampaknya golongan yang merupakan pendatang asing sejarah cuba menolak persetujuan sedemikian dan mencabar undang-undang sebagaimana telah dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Belum lagi reda soal bendera terbalik yang dikibarkan di sekolah-sekolah Cina dan pertubuhan Cina, kini tertular pula naratif tanda jalan yang cuba memasukkan bahasa Cina.

Apakah label yang paling sesuai digunakan untuk golongan ini; kurang ajar, rasis atau biadab?

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: