SURAT FITNAH LAGAKAN UMNO-PAS

RENCANA UTAMA

Oleh Dr Mamat Desa

Apabila fitnah yang mendakwa UMNO tidak menyokong Perikatan Nasional (PN) kurang berkesan, kini tersebar pula surat palsu tentang pemimpin PAS yang berdiri sebagai anggota penaja pendaftaran PN.

Dalam surat fitnah yang tertular di media sosial bertarikh 27 Julai 2020, pemfitnah telah menggunakan tanda tangan Presiden PAS, DS Abdul Hadi Awang bagi menyatakan bahawa PAS telah bersetuju menjadi anggota penaja PN.

Surat yang lebih memaparkan tindakan nekad dan terdesak itu turut menamakan DS Tuan Ibrahim Tuan Man, Datok Khairuddin Takiri, DS Dr Samsuri Ahmad Mokhtar dan Setiausaha Agung PAS Datok Takiyuddin Hassan sebagai ahli anggota penaja.

Kesahihan surat fitnah itu telah dinafikan sekeras-kerasnya oleh pihak PAS dan ia diterjemahkan sebagai fitnah oleh pihak batu api yang cuba melaga-lagakan UMNO-PAS sedangkan kedua-duanya telah menjalin ikatan setia dalam Muafakat Nasional.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Datok Dr Asyraf Dusuki telah menyatakan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Induk Muafakat Nasional yang melibatkan kepimpinan tertinggi PAS dan UMNO telah sepakat untuk tidak menyertai PN sebagai parti komponen, namun tidak menolak sokongan terhadap PN.

Terdahulu pemimpin UMNO telah sekata memaklumkan pendirian mereka menyokong TS Muhyiddin Yassin untuk menyelamatkan negara daripada huru-hara politik dan pentadbiran negara yang penuh putar-belit di bawah PH.

Pastinya pihak yang menjadi batu api itu sedang gelabah dan amat terdesak kerana kedudukan dan kekuatan Muafakat Nasional akan menjadi tsunami yang akan membenamkan kekuatan PH terutamanya DAP, serta menamatkan hayat politik Tun Mahathir pada PRU15 nanti.

Lihatlah sahaja bagaimana enam PRK di Semenyih, Cameron Highlands, Rantau, Tanjung Piai, Kimanis, dan Chini, yang merangkupi Selangor, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, dan Sabah telah berpihak kepada Muafakat Nasional. Malahan kini, trend yang sama akan tertonjol di Slim.

Anehnya pihak pembangkang tidak berani menonjolkan diri di Slim, sebaliknya hanya mewakilkan proksi atas tiket bebas dengan menjaja jawatan peguam sebagai propaganda genjot.

Dipetik daripada Cungkils.com

Kegawatan pihak pembangkang menjadi lebih tertekan apabila Bersatu pimpinan TS Muhyiddin Yassin berura-ura untuk menyertai Muafakat Nasional, dan bukannya Muafakat Nasional yang mahu menumpang dalam PN.

Inilah hakikatnya yang menjadi mimpi ngeri kepada pihak pembangkang.

Keadaan juga menjadi tidak keruan kepada PAN apabila terdapat enam ahli parlimennya yang berhasrat menyertai PPBM pimpinan TS Muhyiddin dan sekaligus akan bersama Muafakat Nasioanal.

PKR pula sedang dihantui dengan laporan polis berkaitan tuduhan liwat ke atas pemimpinnya, sedangkan Tun Mahathir masih terkial-kial memikirkan nama parti baharu, logo, moto dan sebagainya, manakala rakyat lebih melihat ia sebagai parti baharu yang cuba membina dinasti Mahathir, tetapi tempang.

 ****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: