(Video) STRATEGI ‘BUMI HANGUS’ DAP TERHENTI SETAKAT 22 BULAN SAHAJA

Oleh Dr Mamat Desa

Modus operandi peperangan ‘bumi hangus’ DAP sebagaimana kali pertamanya terlontar daripada mulut Timbalan Menteri Pertahanan DAP, Liew Chin Tong adalah satu strategi serangan yang bertindak memusnahkan segala aset serta keperluan biologikal dan spiritual pihak lawan.

Modus ‘bumi hangus’ bukan sahaja memusnahkan logistik persenjataan tetapi meliputi sumber ekonomi, makanan, pertanian, pengangkutan, komunikasi, sumber industri, kediaman, kemudahan dan perkhidmatan awam, sekolah, institusi agama dan semua yang ada.

Modus ‘bumi hangus’ adalah gerakan dan serangan yang digunakan ke atas Iraq oleh Amerika semasa dan selepas Perang Teluk, untuk melumpuhkan Iraq dan menjadikannya negara papa kedana.

Sebelum Perang Teluk, ekonomi Iraq adalah antara yang terbaik di dunia, manakala rakyatnya dapat mengecapi keselesaan ekonomi setanding dengan negara-negara Eropah dengan nilai Dinar Iraq (IQD) yang stabil dan setanding dengan Pound Sterling Britain.

Keseluruhan aset Iraq termasuk sumber ekonomi, makanan, pertanian, pengangkutan, komunikasi, sumber industri, kediaman, kemudahan awam, sekolah, institusi agama dan lain-lain telah dimusnahkan oleh kezaliman George Bush dan negara sekutunya.

Malah George Bush sanggup meruntuhkan World Trade Centre sebagai strategi dan kewajaran menyerang Iraq.

Di Malaysia, Chin Tong menuduh UMNO, MCA dan MIC telah melumpuhkan segalanya sebelum kalah dalam PRU14, namun apa yang sebenarnya yang diujarkan hanyalah retorik politik dan fitnah semata-mata. Sebaliknya DAP-lah yang telah bertindak melumpuhkan negara dengan rakus dan tamak haloba selama 22 bulan mereka berkuasa.

Sebelum BN dikalahkan oleh DAP-PH dengan strategi fitnah dan pembohongan politik pada PRU14, aset negara adalah kukuh, ekonomi negara adalah kedua terbaik di rantau ini, berada di belakang China dalam ranking Fitch Group Ratings dan Indeks GCI.

Sebagaimana rekod pada 5 April 2018 sebelum BN jatuh di tangan PH-DAP, pertumbuhan ekonomi Malaysia adalah dengan kadar KDNK 5.9%, antara yang terbaik di dunia (ranking ke-23 daripada 137 negara dunia).

Agensi penarafan antarabangsa, Moody’s, Standard & Poor, dan Fitch Group Ratings juga mengekalkan penarafan kredit Malaysia dengan unjuran yang amat stabil pada skor A bagi tahun penilaian 2017.

Indeks Daya Saing Global (GCI) 2017-2018 pula menyenaraikan Malaysia sebagai negara ke-23 paling berdaya saing daripada 137 negara dengan perkhidmatan awam Malaysia juga mendapat pengiktirafan antarabangsa.

Nilai Ringgit Malaysia berbanding USD ketika itu adalah USD3.0, antara yang terbaik dalam sejarah.

Namun setelah PH berkuasa, nilai Ringgit jatuh dengan kadar USD4.13. Malahan amat memalukan apabila nilai Bath Thailand naik berganda lebih baik daripada Ringgit.

Bukan itu sahaja, semasa 22 bulan PH-DAP berkuasa, Bursa Malaysia adalah terburuk di dunia, pelabur asing lari meninggalkan Malaysia, cukai SST hanya retorik politik dan GST mahu dikitar semula, cukai-cukai baru diperkenalkan, kos sara hidup meningkat, tarif air dan elektrik meningkat, harga rumah dan hartanah melambung tinggi, penjawat awam dibuang kerja, banyak kilang ditutup, kadar pengangguran kaum Melayu meningkat naik, garis aras kemiskinan juga terus meningkat.

Lantas, taktik serangan ‘bumi hangus’ Liew Chin Tong daripada parti DAP sebenarnya adalah strategi DAP untuk melumpuhkan negara ini.

Sebelum PH tumbang pada hujung Februari lalu, hutang negara telah mencecah RM1.1 trilion atas alasan membayar hutang kerajaan BN, namun hutang kerajaan tidak pun susut malah bertambah meningkat setelah DAP-PH berkuasa.

Nampaknya DAP laknatullah, yang meletakkan ekonomi Malaysia di tangan Lim Guan Eng, adalah sebenar-benarnya kleptokrat @ perompak-lanun dan bukannya sebagaimana tuduhan Tun Mahathir terhadap kerajaan BN sebelumnya.

Hakikatnya Chin Tong telah terseliuh lidah, kerana daripada apa yang dibongkar, DAP-PH telah rakus menjahanamkan segala aset negara, dan menjarah keuntungan Petronas serta aset lain terutamanya yang melibatkan pertubuhan dan badan ekonomi Melayu-Bumiputera.

Pada September tahun lalu, rekod Kementerian Kewangan telah menunjukkan bahawa lebih RM30 bilion aset negara telah dijual oleh DAP-PH.

Meskipun kerajaan BN di bawah DS Najib telah menjual aset Khazanah sejumlah RM45.3 bilion namun ia meliputi jangka masa 9 tahun dan bukannya 22 bulan. Itupun keuntungan menjual aset negara yang distrategikan oleh DS Najib digantikan dengan pelaburan konstruktif baharu serta pembelian aset baharu, dan bukannya lesap begitu sahaja sebagaimana yang berlaku ketika DAP berkuasa.

Semasa kempen PRU-14, Menteri Kewangan Lim Guan Eng telah menuduh kerajaan BN berhutang RM1 trilion namun ia terbukti sebagai satu pembohongan dan fitnah DAP laknatullah apabila Guan Eng sendiri telah mendedahkannya dalam pembentangan Bajet 2019 yang mengesahkan bahawa hutang negara di bawah kerajaan BN adalah RM686 bilion sahaja dengan kadar 52% berbanding KDNK.

Semasa DAP-PH berkuasa, Hutang Negara adalah RM 1.1 trilion dengan kadar 75% berbanding KDNK, satu kadar yang akan mengheret negara ke arah kemuflisan atau kebangkraban.

Lim Guan Eng menyatakan dalam satu sidang akhbar pada 2019, bahawa negara akan bankrap.

Selaras dengan gerakan ‘Bumi Hangus’ DAP laknatullah, tindakan menjual aset negara oleh ‘menteri bodoh’ Guan Eng yang bertaraf ‘kerani akaun’, tidak digantikan dengan pembelian aset strategik dan perbelanjaan untuk projek konstruktif ekonomi sebagaimana yang diamalkan oleh pentadbiran DS Najib Razak sebelumnya.

Antara senarai aset yang digadai-golok oleh kerajaan DAP-PH laknatullah adalah seperti berikut, sebagaimana yang disenaraikan oleh penyelidik UKM, Abdul Muien Abadi:

Bekas Menteri Besar Selangor, TS Khalid Ibrahim pernah memberi amaran bahawa, “Apabila kerajaan sudah mula menjual asetnya untuk membayar hutang ia akan memberi gambaran bahawa negara dalam keadaan terdesak. Ini satu keadaan yang tidak akan menambah harta negara, bermakna kita sudah mula jual kain baju kita. Kita kalah dua benda, harta itu sudah tidak ada lagi, dan hutang pula kita terpaksa cari duit lain untuk tambah lagi.”

Nampak amat jelas bahawa gerakan ‘bumi hangus’ DAP adalah strategi politik untuk memusnahkan masa depan musuh politik mereka dan menjadikan negara ini kering kontang, hancur luluh bagaikan padang jarak padang tekukur.

Gerakan ‘Bumi Hangus’ ini jugalah yang digunakan oleh Israel ke atas Palestin dan Amerika ke atas Iraq.

Dalam Perang Teluk 2003, Amerika dan sekutunya telah memusnahkan Iraq bukan sahaja dalam strategi peperangan tetapi menjangkau pemusnahan ekonomi, sumber pertanian, makanan, komunikasi, perkhidmatan awam dan lain-lain, yang dirompak dan dipindahkan ke tangan kuasa asing dan konco-konco Amerika sehingga rakyat jatuh miskin, papa kedana dan porak peranda.

Iraq sudah bertukar menjadi sebuah negara miskin kedana dan melarat serta lumpuh bangkit dan dibangunkan semula. Malahan Iraq sudah dibiarkan dijajah oleh kerajaan Syiah Iran. Sedangkan dunia melihat bahawasanya keadaan Iraq sebelum Perang Teluk adalah amat baik dan stabil.

Malahan seorang rakyat Iraq yang bersekongkol dan termakan dengan dakyah Amerika telah meruntuhkan tugu Sadam Hussein. Namun hari ini, orang yang sama amat menyesali tindakannya dan menangis merintih, jika boleh dia mahu menegakkan kembali tugu Sadam Hussein yang telah runtuh dan hancur.

Sebelum Perang Teluk, Saddam dituduh sebagai perompak dan pemerintah yang membolot harta negara walhal ketika itu rakyat Iraq hidup senang dan mewah.

Modus operandi DAP-PH laknatullah samalah sebagaimana yang mereka kenakan terhadap DS Najib-BN.

DAP-PH amat sedar bahawa mereka tidak akan dapat memenangi PRU15 nanti, kerana kemenangan mereka pada PRU14 hanyalah bersandarkan janji kosong, penipuan, fitnah dan pembohongan.

Pada andaian mereka sekiranya pihak pembangkang PN-BN-PAS menang PRU15 pun, keadaan ekonomi negara sudah lumpuh, ekonomi kaum Melayu-Bumiputera sudah punah, kebergantungan kepada bangsa Cina DAP ketika itu amat tinggi.

Strategi sama sebagaimana sebelum PRU14 akan berulang kembali. Kerajaan BN-PAS lemah, ekonomi lemah, UMNO perompak, PAS adalah Taliban, rakyat melarat, sedangkan hakikat sebenarnya kekayaan negara telah dirompak secara halus dan tersembunyi oleh DAP-PH.

Dengan kehendak Allah, DAP-PH dan taktik ‘bumi hangus’ mereka tumbang dan terhumban ke longkang. Mereka hanya bertahan selama 22 bulan sahaja.

Tindakan mereka untuk menghanguskan segala rizab kewangan negara terbantut. Daripada rizab kewangan kerajaan yang lalu, ekonomi Malaysia masih utuh, meskipun tindakan menjual aset negara secara lewahnya telah berjaya dilaksanakan DAP.

TS Muhyiddin Yassin masih mampu melaksanakan Pakej Rangsangan Ekonomi RM250bilion dan RM10bilion untuk SME. Lantas, fitnah bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng-DAP terbongkar.

Namun selepas ini mereka akan kepanasan, fitnah ‘negara akan bankrap’, dan fitnah ‘warisan hutang negara RM1 trilion’ terpaksa mereka jawab di mahkamah nanti.

****

Tinggalkan komen

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑