PROPOSAL KOMODITI BULUH DR KHAIRUDDIN BUKAN DICIPLAK DARIPADA IDEA DANGKAL TERESA KOK

Nampak sangat puak pembangkang pemimpin PH dan konco-konco mereka melulu mengkritik dan menyerang Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Dtk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali apabila beliau mencadangkan penanaman buluh sebagai tanaman komersial sebagai satu komoditi baru dalam industri pertanian negara.

Kononnya idea Dr Khairuddin adalah diciplak daripada idea Teresa Kok, sedangkan apa yang Teresa cadangkan adalah untuk menggantikan tanaman kelapa sawit dan getah, sedangkan kedua- duanya memberi sumbangan besar kepada ekonomi negara.

Teresa Kok sendiri memperakui penanaman sawit dan getah adalah komponen keempat terbesar dalam pendapatan ekonomi negara.

Semasa Teresa membuat cadangan, harga minyak telah melonjak daripada RM1853/tan pada Mac 2019 kepada RM3025/tan pada Dis 2019.

Namun kemudiannya Teresa telah memperakui pula bahawa tanaman sawit penting untuk ekonomi rakyat dan negara apabila mencadangkan agar rakyat minum minyak sawit.

Lantas, apakah relevannya tanaman sawit digantikan dengan tanaman buluh.

Sebaliknya setelah India, pengimport minyak sawit Malaysia kedua terbesar, memboikot kerana kritikan Mahathir terhadap hal dalamannya, harga sawit jatuh kepada RM2274/tan pada Jan 2020.

Amatlah wajar sekiranya dalam situasi kejatuhan minyak sawit kerana sentimen politik dan pandemik Covid-19, Menteri Perusahaan, Peladangan dan Komoditi Dr Khairuddin telah mencadangkan agar diwujudkan satu lagi komoditi dalam industri pertanian Malaysia iaitu buluh.

Ia bukanlah cadangan untuk mengambil alih tanaman komersial sawit dan getah yang telah kukuh dalam ekonomi negara.

Sebaliknya ia adalah satu industri baru dalam komoditi pertanian negara.

Dr Khairuddin telah membuat kajian tentang pendapatan lumayan yang boleh diperoleh daripada industi buluh iaitu RM3.2 juta bagi setiap 100 hektar bagi sekali tuaian.

Tuaian buluh boleh dibuat dua kali setahun dan dengan itu akan menyumbang pendapatan RM6.4 juta setahun bagi setiap 100 hektar dengan hayat tanaman buluh yang boleh menjangkau 100 tahun.

Jelas bahawa cadangan Dr Khairuddin tidak membabi buta sebagaimana cadangan menteri PH Teresa Kok.

Malah dia pernah mencadangankan agar pekebun getah menoreh pada musim tengkujuh dengan memakai baju hujan sedangkan masalah menoreh pada musim tengkujuh bukanlah kerana penoreh basah tetapi kerana aliran getah terbantut kerana air hujan.

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: