
Sebagai Presiden PKR, DS Anwar Ibrahim amat takut jika berlaku gejala ‘duri dalam daging’, sehingga dia menggantung dan memecat pemimpin PKR yang mengadakan pertemuan dengan DS Azmin Ali.
Peliknya dia yang sering mencanangkan bahawa PN adalah kerajaan pintu belakang, mahu pula mengadap Perdana Menteri TS Muhyiddin Yassin, kononnya untuk menasihati PM tentang isu Covid-19 dan soal RM250 bilion Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) PN.
Siapakah Anwar yang mahu menasihati PM tentang tindakan kerajaan menangani Covid-19, sedangkan seluruh dunia memperakui keberkesanan pentadbiran Muhyidin melawan pandemik itu, yang jauh lebih berkesan daripada negara maju?
Lihat sahaja rekod 18 April, Malaysia hanya mencatatkan 86 kematian (bukan niat merendahkan pihak yang mati) sedangkan beratus ribu mati di AS, United Kingdom, dan Perancis.

Pada awal wabak Covid-19 menular, Tun Mahathir sebagai PM seakan-akan tidak serius, sehingga membenarkan pelancong China yang menjadi ‘epicentre’ wabak, masuk ke negara ini?”
Duit pelancong China nampaknya lebih mahal daripada nyawa rakyat, namun kenapakah Anwar diam menikus tidak menasihati Mahathir?
Apa pula kapasiti Anwar mahu menasihati TS Muhyiddin tentang PKE sedangkan Bank Dunia telah memperakui bahawa Malaysia mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh?

Lagipun selama ini PH tidak memperakui PN sebagai kerajaan yang sah, kerajaan yang tidak mendapat mandat rakyat, dan kerajaan pengkhianat.
Jika PH tidak menerima Muhyiddin dan PN sebagai kerajaan yang sah, mengapa pula Ketua Pembangkang datang mengadap PM untuk membincangkan tentang PRE, dan Covid-19?
Tidakkah pertemuan itu menjadi isyarat bahawa Anwar mengiktiraf Muhyiddin sebagai PM yang sah?
Atau mungkin juga Anwar tidak mahu dituduh penderhaka kepada DYMM SPB YDP Agong, kerana Agonglah yang telah mencemar duli, menabalkan TS Muhyiddin sebagai PM ke-8.
Lantas pertemuan Anwar menimbulkan banyak tanda tanya, sedangkan pemimpin PH sendiri dikatakan tidak tahu tentang pertemuan Anwar-Muhyiddin.
Bagi Raja Petra (Malaysia Today) Anwar bertemu Muhyiddin kerana mengendeng supaya dia dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, dan mungkin sebagai Perdana Menteri ke-9 selepas PRU-15.
Apatah lagi kerusi Timbalan PM masih kosong, kerana bagi pandangannya ia dikosongkan untuk ‘Anwar Ibrahim’ mengisinya.
Hipotesis ini mungkin juga benar kerana Tun Mahathir pernah menyebut bahawa Anwar ‘gila sangat nak jadi PM’.

Gila atau tidak gila, Anwar telah menunggu gilirannya sejak 1997 ketika dia mendesak supaya Mahathir letak jawatan kerana kronisme dan nepotisme, agar dia dapat menduduki kerusi PM ke-5.
Tapi Tun Mahathir bukanlah bodoh untuk mengotorkan kerusi PM dengan seorang sodomis, sebagaimana yang telah diputuskan oleh mahkamah.
Anwar juga sering mendabik dada bahawa dia mempunyai majoriti dalam kalangan ahli parlimen yang mahukan dia menjadi PM.
Seandainya benar, maka pada 18 Mei nanti, Anwar dan penyokong-penyokongnya boleh boikot sidang kerana pasti sidang akan terbantut kerana majoriti ahli parlimen tidak menghadiri sidang.
Sebaliknya jika sidang parlimen pada 18 Mei ini berjaya bersidang, maka jelaslah bahawa kerajaan PN dan PM TS Muhyiddin Yassin adalah sah dan diiktiraf.
Nampaklah sifat sesumpah Anwar dan PH yang menuduh PN sebagai ‘kerajaan pintu belakang’, telah memakan dirinya sendiri kerana dia juga sedang ‘menerjah pintu belakang’ untuk melampiaskan kempunannya sebagai PM.
Adakah Anwar lupa bahawa mengikut kajian Merdeka Center, dia hanya memperoleh 13% sokongan kaum Melayu dan hanya 32% sokongan kaum lain untuk mengangkat dirinya sebagai PM?

PM bagaimanakah yang boleh ‘survive’ sekiranya hanya 13% kaum Melayu-Peribumi yang menyokong?
Sejarah kejatuhan PH yang hanya mampu bertahan selama 22 bulan pasti akan berulang lagi jika Anwar menjadi PM pintu belakang.
Jadi nampaknya Anwar benar-benar meroyan dan kemaruk untuk diangkat menjadi PM, membujur lalu melintang patah, tak boleh ‘pintu hadapan’, ‘pintu belakang’ diterjahnya.
*****
Yg nak jadi PM semula sebenarnya ialah Najib jika kes 1mdbnya lps Dan kes lari cukai more than 1 billion! Najib mahu balas dendam terhadap Tun M Dan Juga HAPUSKAN legacy Tn M yg amat berjasa.Tun bknlah seorang pengecut walaupun berusia Dan lbh jauh bijak berpolitik dari Najis Dan semua Dan selagi dia bernyawa hampa semua Tak selamat!!!
LikeLike
Kita tunggu keputusan Mahkamah. Ramai penganalisis berpendapat bahawa tuduhan terhadap DS Najib banyak berasaskan fitnah yang dicipta oleh Mahathir. Malang bagi Malaysia kerana tiada sesiapa peduli untuk mengheret Mahathir ke pengadilan sedang CIA sudah mengesahkan penglibatan dia dalam kes BMF, malah George Soros dapat melihat KLCC adalah hasil kronisme dan nepotisme. Malaysian Marverick pula telah menyelidik dan mendapati Mahathir telah menjoli RM100 bilion wang negara. Allah ada dan Allah sedang dedahkan segalanya. Tunggulah masanya selepas pandemik Covid selesai.
LikeLike