AGENDA MENGINDOKTRINASI PEMIKIRAN PELAJAR DENGAN IDEOLOGI ANTI-ISLAM DAN LIBERALISME

Isu Debat Piala Tun Razak yang telah berlangsung pada 11-13 Oktober baru-baru ini di Sekolah Datok Abdul Razak Seremban tidak boleh diabaikan dan dipandang enteng.

A A A A A A A A A A AAABdebat 2

Hakikat ini tertonjol kerana ia kelihatannya telah dijadikan platform oleh golongan liberalisme dan anti-Islam apabila dengan terang-terangan cuba menerapkan ideologi tersebut melalui ‘usul debat.’

Sesuatu usul debat itu memberikan ruang kepada pendebat untuk menyokong dan membantah usul atau tajuk yang diberikan.

Dalam konteks kecenderungan pendebat sememangnya ia tidak menjadi kesalahan sama ada menyokong atau membantah usul debat tersebut.

Namun inti pati hujahan pendebat akan secara langsung mengangkat isu yang didebatkan baik sebagai pemenang atau tidak.

Lebih parah lagi sekiranya hujahan pendebat terkelencong daripada akidah Islam, ia boleh membawa kepada kekafiran atau setidak-tidaknya kemunafikan.

Terdapat dua usul debat yang secara literalnya mendedahkan pelajar kepada prinsip yang memesongkan keimanan mereka dalam konteks ajaran Islam, iaitu:

  • Dengan pandangan Islam yang moderat satu versi baru Al-Quran hendaklah diterbitkan untuk mengenyahkan pentafsiran yang radikal
  • Islam tidak menghalang aktiviti Homoseksual kerana ia bukanlah satu dosa sebaliknya hanyalah satu bentuk homofobia

Khalayak mempersoalkan adakah pihak yang mereka cipta usul tersebut beragama Islam atau mereka sebenarnya mempunyai agenda untuk menyerapkan nilai anti-Islam dan liberalisme sosial yang membenarkan seks di luar tabii?

Kedua-dua usul tersebut bukanlah perkara enteng yang boleh dihujahkan oleh pelajar yang masih mentah ilmu pengetahuan tentang ajaran Islam dalam konteks membina hujahan dan premis bagi membantah usul.

Malah dalam konteks menyokong usul, ia menjadi lebih parah apabila pendebat terheret kepada gejala syirik dan kemunafikan kerana membela prinsip yang bertentangan dengan akidah serta pegangan Islam.

Golongan pelajar bukanlah golongan ulama yang kukuh pengetahuan dan pemikiran mereka untuk menyelami persoalan yang boleh memesongkan akidah sekiranya hujah-hujah perdebatan tidak bersandarkan nas daripada Al-Quran serta Hadis.

Pendebat mungkin tidak boleh dipersalahkan namun pihak yang menentukan ‘usul debat’ hendaklah bertanggungjawab apabila kedua-dua usul itu cuba, pertamanya mengangkat agenda anti-Islam, dan keduanya, cuba membela ideologi liberalisme yang terungkap dalam gejala LGBT.

Pihak Kementerian Pendidikan telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa usul debat Piala Razak 2019 tidak pernah dirujuk kepada kementerian.

A A A A A A A A A A AAABdebat 3

Sesuatu yang amat aneh sekiranya pihak penganjur yang bertanggungjawab kepada majlis debat tidak berasa bersalah apabila menggariskan usul sedemikian. Adakah mereka beragama Islam?

Namun daripada pandangan umum, agenda tersembunyi dalam pembinaan usul sedemikian adalah untuk mengindoktrinasi pemikiran pelajar dengan ideologi yang amat salah dan haram atas dua perkara.

Pertamanya ideologi anti-Islam yang mempersoalkan kesucian Al-Quran dan cuba mengubah kandungannya kerana kononnya untuk menolak interpretasi golongan radikal.

Keduanya penganjur cuba menyerapkan fahaman liberalisme sosial yang mengangkat aktiviti homoseksual atau lebih luas lagi LGBT yang sememangnya dikutuk oleh Allah sebagaimana tercatat dalam Al-Quran, antaranya dalam Surah Al-Araf ayat 80-81 sebagaimana marfumnya yang berikut:

  • Dan (Kami telah mengutus) Luth (kepada kaumnya). Ingatlah tatkala mereka berkata kepada mereka: “Mengapa kamu mengerjakan perbuatan faahisyah (homoseksual) itu, yang belum pernah dikerjakan oleh seseorang pun (di dunia ini sebelummu)?” (Al-A’raaf, Ayat 80)
  • Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk melepaskan nafsumu (kepada mereka), bukan kepada wanita, malah kamu ini adalah kaum yang melampaui batas. (Al-A’raaf, Ayat 81)

Amat menyedihkan dalam komentar twitter@pialatunrazak yang ditemui sebelum ia dipadamkan, terdapat kes serius sebagaimana yang telah diketengahkan dalam wacana di atas. Komentar twitter atau ciapan khalayak antaranya adalah seperti berikut.

A A A A A A A A A A AAABdebat 4

Tiada apa lagi yang ingin kami bangkitkan kecuali agenda tersembunyi yang cuba mengindoktrinasikan pemikiran pelajar dengan ideologi anti-Islam dan liberalisme sosial yang cuba menghalalkan LGBT.

Adakah ini kerja-kerja golongan yang menyokong gejala semburit yang melibatkan pemimpin politik PH?

*****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: