PEKEBUN KELAPA SAWIT TERUS JADI MANGSA KAKISTOKRAT PH

A A A A A A A A A A A

A A A A A A A A A A AAAA SAWIT 2

PENGIMPORT minyak sawit India telah mula menghentikan dagangan mereka dengan Malaysia, sebagai protes kepada kritikan Tun Mahathir terhadap negara mereka di UNGA ke-74 New York, tempoh hari.

Gejala serangan dagangan sedemikian terpantul daripada pelbagai laporan media dalam dan luar negara tentang ancaman kerajaan India untuk memboikot import kelapa sawit dan juga import produk lain dari Malaysia.

A A A A A A A A A A AAAA SAWIT 4

Mahathir memang terkenal dengan ego dan sikap beraninya yang tidak bertempat tetapi penuh dengan hipokrasi mengkritik negara lain semata-mata untuk menjadi wira politik di pentas antarabangsa.

Tidak hairanlah sekiranya Malaysia Chronicle menggambarkan Mahathir sebagai “menempa kejatuhan kerjayanya sendiri.  Lidahnya yang sering menyakitkan hati, serta permintaannya yang kekanak-kanakan untuk menunjuk-nunjuk pada pentas global kini memakan dirinya sendiri. Dia sedang membunuh kehidupan jutaan petani yang bergantung kepada minyak sawit ketika pendapatan mereka sedang menguncup.”

Tidak hairan juga jika ada pemimpin DAP yang melabelkan Mahathir sebagai ‘harimau kertas’ yang tiada langsung memberi kesan kerana mudah dikoyak dan dimusnahkan.

A A A A A A A A A A AAAA SAWIT 9

Sedangkan di negara sendiri, Mahathir hanya mendiamkan diri terhadap kes perusuh Hindu yang membunuh anggota Bomba, Adib Mohd Kassim, dan terkini isu pengganas LTTE yang melibatkan sejumlah pemimpin India DAP, serta penghinaan terhadap agama Islam dan Raja-Raja Melayu yang menjadi penaung agama Islam.

A A A A A A A A A A AAAA SAWIT 3

Walaupun belum ada kenyataan rasmi daripada kerajaan India, namun gerakan memboikot minyak sawit Malaysia sudah tertonjol dan terkesan sedikit demi sedikit.

Rakyat India dan pengimport minyak sawit negara itu yang tebal dengan semangat kebangsaan mereka tidak perlu menunggu arahan ‘hitam putih’ dan lidah rasmi daripada New Delhi untuk mengenakan tindakan dagangan terhadap Malaysia.

A A A A A A A A A A AAAA SAWIT 5

Sebagai mana kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, “sekiranya India memboikot minyak sawit negara, rakyat akan teruk terkesan, terutamanya lebih 650,000 pekebun kecil sawit dan 112,635 peneroka FELDA yang kini berpendapatan sangat rendah sejak PH memerintah.”

Ismail melihat bahawa dampak daripada ucapan dan ego Mahathir, membawa bencana kepada golongan pekebun dan peneroka tanaman sawit, sedangkan keadaan sedia ada juga telah menyebabkan pendapatan mereka terjejas.

Pendapatan bulanan pekebun dan peneroka penanaman sawit akan menyusut parah kepada RM300 hingga RM400 sebulan yang dilihat sebagai satu penganiayaan terhadap kehidupan mereka.

Sedangkan sebelum PRU14 pendapatan mereka adalah sekitar RM1500- RM2,000 sebulan.

Ismail juga melabelkan tindakan boikot itu sebagai tsunami sekatan sawit India yang melanda Malaysia.

Ancaman dari pengimport minyak sawit di India akan menjadi realiti. Walaupun New Delhi masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi, ancaman itu cukup untuk membuatkan pembeli CPO (Minyak Sawit Mentah) India beralih kepada Indonesia.

Lantas, tiada apa lagi yang rakyat, terutamanya pekebun dan peneroka tanaman sawit, boleh harapkan daripada kerajaan Pakatan Harapan (PH) kerana mereka terus-menerus membawa kerosakan kepada ekonomi Malaysia.

Inilah hadiah istimewa kepada pekebun dan peneroka penanaman kelapa sawit yang sejumlah besar daripada mereka telah termakan fitnah dan pembohongan dan mengundi PH sehingga membawa kepada kekalahan BN pada PRU14 tempoh hari.

Ketua Pembangkang yang merupakan Ahli Parlimen Bera dari BN, juga menyarankan agar parlimen dibubarkan sahaja memandangkan kemelut ekonomi serta perang dalaman sesama pemimpin PH kian parah dan meloyakan.

Pembubaran parlimen amat rasional memandangkan kepada situasi negara sekarang yang kecoh dengan kemelut politik akibat daripada dominasi parti DAP dalam PH.

Isu pengganas LTTE dalam kalangan pemimpin DAP, isu ideologi komunisme dalam komik karya puak DAP, isu Mahathir dilabelkan sebagai kaldai DAP, isu peralihan kuasa Mahathir-Anwar yang tidak berkesudahan, isu menendang DAP keluar PH, dan isu perbalahan dalam kalangan pemimpin PH sendiri yang dilihat seperti perang saudara, semuanya membentuk satu gelombang kemusnahan dalam PH.

Adakah pelabur asing selesa dengan situasi politik yang amat tidak stabil sedemikian rupa pada waktu ini?

Pada penghujung 2018 lagi, setelah PH peroleh kuasa memerintah, eksport minyak sawit telah mengalami kejatuhan yang drastik akibat tindakan pengimport China.

Kelemahan pengurusan ekonomi PH juga merupakan faktor yang tidak menyokong pertumbuhan ekonomi negara. Klise yang sering Mahathir dan Guan Eng gunakan ialah berhutang untuk membayar hutang BN, kleptokrasi, perompak dan tekanan GST.

Namun rakyat sendiri melihat bagaimana pemimpin mereka gelojoh untuk mencipta nama pada pentas politik antarabangsa sehingga tanpa sedar dan buta, mereka juga mengorbankan nasib rakyat.

Demikianlah harapan kosong PH yang sudah terkenal dengan janji palsu, pembohongan, penipuan dan fitnah.

Bagi Ketua Pembangkang, “Perdana Menteri dengan jelas, cuai, tidak cermat dan langsung tidak teliti apabila mencampuri konflik pembebasan Kashmir antara India dan Pakistan di Perhimpunan Agung PBB New York.”

Bukan itu sahaja, Mahathir juga seperti biasa cuba menjadi wira apabila mengkritik Israel dalam isu Palestin, sedangkan dia menutup sebelah mata apabila konconya parti DAP, telah menerima tajaan Israel sejumlah RM1.2 bilion untuk survival politik DAP.

Sepatutnya sebagai Perdana Menteri, dia mesti mempunyai sikap tanggungjawab kepada rakyat terlebih dahulu sebelum mengeluarkan apa-apa kritikan kepada negara lain terutamanya rakan dagang antarabangsa Malaysia.

Keegoan Mahathir akhirnya mencurahkan pasir pada periuk nasi rakyat.

Ismail juga menjelaskan bahawa kerajaan terdahulu (BN), telah meletakkan Malaysia antara negara pengeksport minyak sawit terbesar dunia dengan menguasai lebih 30 peratus pasaran eksport dunia. Namun kini telah dimusnahkan oleh Mahathir dan konco-konco kakistokratnya dalam PH.

Kini bukan sahaja harga sawit jatuh teruk, tetapi industri sawit Malaysia ‘berada di ambang maut’ kerana pengimport sawit terbesar dunia iaitu India sudah tidak berminat untuk membeli komoditi sawit Malaysia lagi.

A A A A A A A A A A AAAA SAWIT 6

Kakistokrat seperti Teresa Kok yang merupakan Menteri Industri Utama, pernah mencadangkan agar peneroka sawit beralih kepada penanaman buluh ketika harga minyak sawit jatuh mendadak pada Mei 2018. Pada ketika itu, China telah mengambil tindakan ke atas pengimportan minyak sawit Malaysia kerana PH membatalkan projek mega dengan kerajaan terdahulu.

Manakala Mahathir pula menyeru rakyat supaya meminum sesudu minyak sawit sehari untuk membantu industri sawit. Seruan Mahathir itu telah menjadi bahan lelucon politik.

A A A A A A A A A A AAAA SAWIT 7

Kejatuhan harga minyak mentah sawit dicatatkan sebanyak 17 peratus dan kejatuhan harga ‘Buah Tandan Segar’ (BTS) sebanyak 24 peratus sejak PH memerintah.

Ini adalah satu rekod yang menyedihkan buat pekebun kecil dan negara amnya kerana kerajaan gagal melonjakkan statistik eksport yang positif, tidak selari dengan kata-kata mereka kononnya PH itu lebih baik dari BN.

A A A A A A A A A A AAAA SAWIT 8

Benarlah kerajaan PH adalah kerajaan kakistokrasi yang dipimpin oleh pemimpin yang teruk, bodoh dan pelahap yang hanya membawa negara kepada kehancuran.

Mereka ibarat beruk-kera yang menguasai kenderaan tetapi tidak tahu mengendalikannya sebaliknya memusnahkan.

****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: