VIDEO – RIBUAN SENJATA API LTTE DITEMUI DI PULAU PINANG

 

A A A A A A A A A A A A A A

Sebuah kapal yang dipenuhi dengan ribuan senjata api LTTE atau pengganas militan Tamil Eelam telah ditemui oleh pihak polis di Pulau Pinang pada 1990.

Kapten kapal tersebut juga telah turut ditangkap.

Pada tahun 2009, LTTE telah dikalahkan oleh tentera Sri Lanka dan tokohnya Velupillai Prabhakaran serta kebanyakan pemimpin lain terbunuh, manakala lebih 10,000 anggota LTTE telah ditahan oleh pihak tentera Sri Lanka.

A A A A A A A A A A AAABLTTE 5

Walau bagaimanapun V Prabhakaran yang telah mati digantikan oleh Shanmugam Kumaran Tharmalingam yang juga dikenali sebagai KP Kumaran.

KP Kumaran inilah yang bertanggungjawab membekalkan senjata kepada LTTE, yang pada awalnya menetap di Malaysia dan memulakan syarikat logistik dan perkapalan pada tahun 1987.

A A A A A A A A A A AAABLTTE 2

Pada 1990 Kumaran telah berpindah ke Thailand setelah pihak perisikan Malaysia dapat menghidu penglibatannya dalam urusan pembekalan senjata kepada LTTE.

Setelah pengasas LTTE, V Prabhakaran mati dibunuh oleh tentera Sri Lanka pada 2009, KP Kumaran telah dilantik sebagai pemimpin LTTE menggantikan Prabhakaran.

Pada tahun 2009 juga Kumaran telah berjaya ditangkap di Tune Hotel, Kuala Lumpur, dengan kerjasama perisikan Malaysia dan pihak unit perisikan tentera Sri Lanka.

Kumaran kemudiannya dihantar ke Colombo pada bulan Ogos 2009 untuk diserahkan kepada pihak kerajaan Sri Lanka.

Beberapa pemimpin LTTE yang lain juga telah ditahan di Malaysia antara bulan Ogos 2009 dan Mac 2010.

Mereka dipercayai sedang dalam pelarian dan ada juga yang menjadikan Malaysia sebagai negara transit sebelum berhijrah ke negara ke-3.

Nampaknya Malaysia adalah destinasi utama pelarian LTTE dan tidak hairanlah ramai pemimpin mereka berkecimpung dalam politik, sebagaimana saranan P Ramasamy dalam ucapannya tentang survival LTTE.

Dengan video itu juga, P Ramasamy sememangnya didedahkan sebagai tokoh LTTE yang dihubungi oleh KP sebagaimana diceritakan oleh Ramasamy sendiri.

A A A A A A A A A A AAABLTTE 3

Persoalannya, mengapakah kapal yang sarat dengan senjata api milik LTTE ditemui di Pulau Pinang?

Mengapa tidak di Selangor, negeri di mana KP ditangkap?

Adakah kerana Ramasamy berada di Pulau Pinang?

Adakah senjata api yang ditemui pada kapal tersebut, sebahagiannya telah diangkut keluar sebelum pihak polis merampasnya?

Dengan itu juga kita perlu bertanya, mengapakah bersungguh benar Ramasamy mencabar kaum Melayu untuk mengulangi tragedi berdarah 13 Mei?

Adakah kerana dia merasakan bahawa dia sudah cukup memiliki senjata untuk berperang dan sudah wujud kumpulan militan yang lengkap di belakangnya?

Kini Ramasamy tidak berseorangan, melalui DAP dia telah berjaya membina kekuatan politik dalam kalangan mereka. Adakah itu antara ucapan kontroversi Ramasamy kepada penyokong LTTE?

Pastinya amat menarik untuk dibongkar.

*****

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: