MAT SABU CENDERUNG KEPADA KERAJAAN SYIAH IRAN

Pada 2013, KDN pernah mendedahkan penglibatan Mat Sabu sebagai pengikut Syiah. Dakwaan bahawa Mat Sabu, yang kini merupakan Menteri Pertahanan Malaysia, adalah pengikut Syiah didasari oleh 10 fakta dan maklumat risikan KDN termasuk kenyataan yang dibuat oleh Mat Sabu sendiri.

A 1 1 ASYIAHMAT SABU2

Antaranya beliau pernah menggesa supaya umat Islam mencontohi kepimpinan Imam Khomeni melalui tulisannya bertajuk ” Teladan Pemerintahan Nabi Yusof, Khomeni” dalam ruangan Fikrah yang terbit dalam akhbar Harakah pada 5 hingga 15 Julai 2008.

Berdasarkan temuramah yang dilakukan pegawai KDN  Ustaz Zamihan Mat Zain, bersama Dr Abdul Aziz Hanafi, ternyata bahawa Mat Sabu pernah melafazkan selawat sebagaimana yang diamalkan penganut Syiah pada satu sesi ceramah PAS di Madrasah Diniah, Arau Perlis pada tahun 2005.

Selain itu Mat Sabu juga menyatakan kekaguman dengan kepimpinan dan perjuangan pemimpin Revolusi Iran 1979, Imam Ruhollah Khomeini yang mana banyak mencorak pemikiran beliau dalam ucapannya sebagai Timbalan Presiden PAS pada 13 Julai 2011.

Beliau juga secara terang-terangan memuji Setiausaha Agung Syiah Lubnan suatu masa dahulu iaitu Sayyid Hassan Nasrallah dan mengaku dia dan isterinya kerap bertemu dengan pemimpin berkenaan lebih daripada empat hingga lima kali.

Berdasarkan maklumat, beliau juga didapati membuat lawatan ke sebuah masjid Syiah di Kampung Aluar Wilayah Satun Selatan Thailand dan mengunjungi pemimpin Syiah di sana pada tahun 2011.

Mat Sabu turut didapati beberapa kali menghadiri kelas pengajian yang dikendalikan ustaz fahaman Syiah pada 2011 di Bukit Merah, Semanggol, Perak.

Selain itu terdapat saksi seorang Tok guru yang melihat Mat Sabu sendiri menunaikan solat dengan menggunakan sebiji batu kecil leper yang dikutip dari tapak peperangan Karbala, di tempat sujudnya, adalah merupakan amalan sinonim dengan golongan Syiah sekaligus membuktikan Mat Sabu merupakan salah seorang penganut Syiah.

Dengan itu, tidak hairanlah sekiranya dengan jawatannya sebagai Menteri Pertahanan Malaysia, Mat Sabu akan memanggil pulang pasukan ATM di Riyadh, Arab Saudi yang ditugaskan untuk memantau dan mengendalikan keselamatan rakyat Malaysia, baik di Syria mahupun di Yaman.

Malah, sebaik sahaja dilantik sebagai Menteri Pertahanan, Mat Sabu telah mengambil tindakan menutup Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman di Putrajaya dan pejabat sementara di Jalan Ampang.

Pelbagai alasan yang diberikan oleh Mat Sabu untuk keluar daripada menjadi sekutu Arab Saudi dalam hal keselamatan dan ketenteraan umat Islam, kerana tidak mahu dilihat sebagai menyokong fahaman Ahlul Sunah Wal Jamaah atau secara umumnya ‘sunni’.

Selain itu, ia bukanlah suatu rahsia bagi Mat Sabu untuk bersekongkol dengan kerajaan Syiah, Iran dan menolak Arab Saudi yang berfahaman sunni apabila secara terang dan lantang dia menyatakan kecenderungannya terhadap Syiah.

Penempatan ATM di Arab Saudi di saat negara itu melancarkan serangan ke atas Syiah Houtsi di Yaman menimbulkan ketidaksenangan pihak-pihak tertentu terutama sekali Iran apabila seperti yang diketahui umum merekalah yang membiayai operasi ketenteraan dan persenjataan puak-puak pelampau Houtsi untuk menakluk Yaman.

Kini rakyat Yaman berfahaman sunni telah menderita diseksa bukan sahaja oleh puak pengganas Houtsi, malahan puak tentera Yaman yang menganut ajaran sesat Syiah.

Pemuda Yaman ditangkap dan diseksa, kaum wanita diperkosa manakala anak-anak kecil dijadikan perisai manusia dalam konflik perang saudara Yaman.

Apabila berlaku serangan daripada pihak sekutu Arab Saudi untuk menyelamatkan orang awam di Yaman, maka kana-kanak dan wanita menjadi mangsa perang kerana mereka telah dijadikan perisai manusia.

Bagaimanapun seperti yang telah ditegaskan, penempatan pasukan pertahanan ATM di Arab Saudi hanyalah berkaitan latihan pemindahan (evacuation) dan bantuan bencana sahaja. ATM tidak terlibat dalam operasi menyerang di negara tersebut.

Walaupun tentera Malaysia tidak terlibat dalam kancah peperangan saudara di Yaman, apatah lagi membantu pasukan sekutu Arab Saudi yang cuba menyelamatkan orang awam dari kezaliman pengganas Houtsi, Mat Sabu tetap menarik pulang tentera Malaysia.

Tindakan Mat Sabu dilihat sebagai cuba menjaga hubungan baiknya dengan kerajaan Syiah Iran.

A 1 1 ASYIAHMAT SABU3

Pada November lalu, Mufti Pulau Pinang pula telah mengeluarkan kenyataan bahawa fatwa tentang kesesatan fahaman Syiah boleh disemak semula. Umat Islam negara ini tidak terkejut kerana DAP yang menguasai Pulau Pinang pastinya suka sekiranya ajaran sesat Syiah dibenarkan supaya akidah umat Islam di negara ini kucar-kacir.

A 1 1 ASYIAHMAT SABU4

Sebelum itu, Jabatan Agama Islam Selangor telah mengeluarkan kenyataan untuk tidak memasukkan baris doa dalam khutbah Jumaat yang mengecam ajaran sesat Syiah di masjid-masjid seluruh Selangor.

Walau bagaimanapun sejak akhir-akhir ini baris doa yang mengecam kesesatan ajaran Syiah telah dibacakan semula sebagaimana kebiasaannya.

Rakyat juga pernah dikejutkan dengan kehadiran Mat Sabu di sebuah masjid yang menjadi markas Syiah di Selatan Thai dalam satu majlis qurban.

A 1 1 ASYIAHMAT SABU5
Dipetik daripada Ismaweb

Masjid tersebut, yang menjadi pusat kegiatan masyarakat Syiah dan dikenali masjid Zainabiyyah di Phatthalung telah meraikan kehadiran Mat Sabu, malah dia diminta memberikan ucapan perasmian.

Kehadiran Mat Sabu itu menggemparkan orang ramai terutama yang baru mengenali beliau sejak menjadi Menteri Pertahanan.

Kekecohan ini juga timbul ekoran kedudukannya sebagai menteri pertahanan Malaysia, dan persoalan tentang kapasiti beliau dalam lawatan itu.

Sebelum ini telah heboh bahawa Menteri Pertahanan Malaysia adalah yang ‘terbodoh’ di dunia tanpa apa-apa kelayakan akademik berbanding dengan 15 Menteri Pertahan lain dari negara-negara Asia.

A 1 1 ASYIAHMAT SABU6

Kemanakah hala tuju Kementerian Pertahanan Malaysia sekarang ini dalam konteks menentang ajaran sesat Syiah apatah lagi menentang kerjasama dengan kerajaan Syiah Iran?

Adakah Kementerian Pertahanan mendukung prinsip dan pendirian yang berbeza dengan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan?

***

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: