PENGHAPUSAN ETNIK MELAYU TANPA PEMBUNUHAN DI PULAU PINANG

Dalam sejarah, gambaran muluk-muluk diberikan kepada penjajah Francis Light yang mendarat di Pulau Pinang pada 1786, seakan-akan dia mewakili misi penerokaan kerajaan British, sedangkan sebenarnya dia adalah lanun.

Bagaimanakah penulis sejarah boleh mengiktiraf Light sebagai tokoh ‘the founder of Penang’ atau tokoh ‘lanun’ yang menemui Pulau Pinang, sedangkan ketibaannya di Pulau Pinang disambut oleh masyarakat Melayu pulau itu sendiri di Tanjung Penaga?

Malah nama Tanjung Penaga telah dilenyapkan dengan digantikan dengan ‘Georgetown’.

Pada asalnya Pulau Pinang adalah milik kerajaan Kedah, namun diberikan kepada British untuk dijadikan pangkalan tentera dalam perjanjian membantu pertahanan Kedah. Namun lanun yang bernama Francis Light itu telah menipu Sultan Kedah kerana hakikatnya ia tidak memiliki kekuatan ketenteraan.

Dengan dasar ‘pecah dan perintah’ kaum Melayu-Bumiputera telah dihalau ke bahagian belakang pulau yang dinamakan ‘Balik Pulau’ sedangkan kaum pendatang asing wewenangnya dibenarkan membina kawasan setinggan di Tanjung Penaga.

Lebih malang lagi lama setelah zaman pasca penjajah dan kemerdekaan berlalu, sejak PRU12, DAP telah menguasai Pulau Pinang dengan sentimen Malaysian Malaysia, yang hakikatnya ialah sentimen ‘Chinese Malaysia.’

Lim Guan Eng yang bukannya anak jati Pulau Pinang digambarkan pula sebagai penyelamat Pulau Pinang daripada kuasa Melayu-Bumiputera.

Dengan itu DAP mewajarkan secara perlahan-lahan kaum Melayu-Bumiputera dihapuskan’ di Pulau Pinang baik dari aspek politik, ekonomi mahupun sosial.

Sebagaimana konsep Malaysian Malaysia digunakan untuk membakar api perkauman terhadap kaum Melayu semasa 13 Mei, pendekatan yang sama juga digunakan untuk menghakis kuasa Melayu di Pulau Pinang.

Dengan dasar cauvinis Cina, DAP mendapat sambutan hebat daripada kaum Cina sendiri, sedangkan kaum Melayu mula dihinjak dari segi ekonomi, tekanan sosiopolitik, hartanah serta psikologi.

Dianggarkan lebih 60,000 telah berpindah ke Kulim, Sungai Petani Kedah dan negeri-negeri lain di tanah besar Semenanjung, di mana mereka rasa lebih selamat daripada ancaman sosio-ekonomi DAP Pulau Pinang.

Mudah sahaja bagi DAP untuk mewajarkan pengusiran kaum Melayu Pulau Pinang, iaitu dengan menggunakan pelbagai kaedah untuk menghalalkan perbuatan mereka termasuk ‘mewujudkan’ pemilik tanah palsu, seolah-olah perkampungan Melayu yang menjadi tempat pemastautin merupakan perkampungan haram atau setinggan.

Seiring dengan itu, DAP juga mengangkat sentimen kaum Cina untuk mengenyahkan kaum Melayu-Bumiputera supaya mereka dapat menguasai Pulau Pinang sepenuhnya melalui kekuatan politik Cina-DAP yang terus kukuh dan melenyapkan kuasa politik Melayu.

Sebaliknya kampung-kampung setinggan Cina yang hakikatnya adalah perkampungan haram telah diiktiraf dan dilabelkan sebagai ‘kampung warisan.’

Sama seperti hilangnya ‘Sang Nila Utama’ sebagai tokoh yang membuka Singapura, DAP juga telah secara senyap tetapi drastik, menghapus bukti-bukti sejarah kaum Melayu sebagai penduduk asal Pulau Pinang.

Dalam kes-kes tertentu, tiba-tiba sahaja wujud tuan tanah seperti kes Kampung Siam, untuk menghalau kaum Melayu.

Malah kes-kes tanah wakaf yang diduduki umat Islam juga dituntut oleh pihak tertentu untuk menghalau kaum Melayu seperti tanah wakaf Abdul Cauder.

Sebanyak 29 kampung di Pulau Pinang berdepan risiko ‘hilang dari peta’ berikutan diancam aktiviti pembangunan yang akan menenggelamkan kampung tradisi masyarakat Melayu di negeri berkenaan.

A 1 AGUANENG HASUT 1A1

Antara kampung Melayu-Bumiputera Pulau Pinang yang dilihat terancam ialah Kampung Bagan Dalam, Kampung Batu Maung, Kampung Batu Uban, Kampung Binjal, Kampung Buah Pala, Kampung Dalca, Kampung Dodol, Kampung Gajah, Kampung Genting, Kampung Lima Kongsi, Kampung Makam, Kampung Melayu, Kampung Nelayan, Kampung Padang Benggali dan Kampung Pisang.

Turut mengalami risiko ialah Kampung Permatang Tepi laut, Kampung Permatang Tok Subuh, Kampung Pondok Upeh, Kampung Pokok Asam, Kampung Pulau Jelutong, Kampung Selut, Kampung Siam, Kampung Sungai Nibong Kecil, Kampung Tanjong Tokong, Kampung Teluk Air Tawar, Kampung Teluk Kumbar, Kampung Tengah Jelutong, Kampung Tengah Air Itam dan Kampung Terang.

Kes terkini ialah tindakan kerajaan DAP menghalau penduduk Melayu di PPR Taman Manggis atas alasan pembangunan juga.

A 1 AGUANENG HASUT 3
Dipetik daripada FB

Ada dalam kalangan rakyat Pulau Pinang yang mendakwa bahawa 22 buah keluarga Melayu yang dihalau keluar dari rumah PPR Taman Manggis adalah berasaskan dendam dan tamak haloba.

Tapak rumah PPR Taman Manggis itu telah dijual oleh Guan Eng dan Phang Li Koon sebagai orang tengah dengan kerja sama Betty Chew untuk mendirikan klinik gigi swasta.

Video kes penduduk PPR Taman Manggis dihalau kerajaan DAP

Peguam Mohd Khairul Azam Abdul Aziz, yang mewakili sebahagian penduduk yang dihalau di Taman Manggis mendakwa bahawa tindakan kerajaan DAP adalah bertentangan dengan undang-undang (Section 7 (2) of the Specific Relief Act 1950).

Malah menurut Khairul, tindakan menghalau penduduk juga bertentangan dengan Artikel 13 Perlembagaan Persekutuan.

Selain daripada itu, kaum Cina tempatan yang tidak menyokong kerajaan Cina-DAP juga turut dihalau atas nama pembangunan yang kebanyakannya merupakan projek perumahan mewah yang dibeli oleh kaum Cina Hong Kong, Singapura dan Taiwan. Sebagaimana label yang diberikan oleh Malaysia Today, Pulau Pinang akan menjadi negeri ‘an enclave for the Rich and Famous’.

Kita tidak hairanlah sekiranya penduduk baru Pulau Pinang ini tidak tahu bertutur bahasa Melayu apatah lagi menyanyikan lagu Kebangsaan Negaraku. Sebab itulah Lim Guan Eng sibuk memperjuangkan bahasa Cina sebagai bahasa rasmi kerajaan Malaysia Baru.

Rakyat tempatan pastinya tidak lagi mampu membeli rumah yang dijual dengan harga terendah RM3.5 juta bagi rumah teres, RM 175 ribu rumah kos rendah, RM580 ribu rumah pangsa dan RM2.7 juta bagi kondominium (harga pada 2012).

A 1 AGUANENG HASUT 1A2

Pada tahun 2012 sahaja harga rumah flat kos rendah telah meningkat 157%, rumah flat biasa meningkat 339% dan kondominium 411% dan rumah teres meningkat kepada 103%.

Selain itu Tanah Rezab Melayu telah susut dari 28% pada 2010 kepada 20% pada tahun 2015. Sekiranya kadar penyusutan itu kekal, dalam jangka masa 10 tahun lagi, semua tanah Rezab Melayu Pulau Pinang akan lenyap.

Sudah tentu negeri Pulau Pinang akan menjadi negeri Cina-DAP sampai bila-bila.

Strategi penghapusan etnik tanpa pembunuhan yang dilaksanakan oleh DAP nampaknya amat berkesan.

Tahniah kepada DAP dan juga PH pimpinan Mahathir yang lebih dilihat sebagai kaldai DAP.

*****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: