VIDEO – SALIB GERGASI CABUL ISLAM SEBAGAI AGAMA PERSEKUTUAN

Video dimuat naik daripada YouTube

Sebuah kondominium kediaman awam setinggi kira-kira 40 tingkat di Jelutong Pulau Pinang yang diwartakan sebagai ‘Grace Residence’ telah dibina dengan struktur di bahagian hadapannya tertera berlampu salib yang besar. 

a a a asalib 1

Bentuk struktur salib itu agak samar-samar visibilitinya pada waktu siang, namun pada waktu malam ia menjadi amat ketara sebagai ‘salib gergasi’ apabila lampu dihidupkan walaupun dari kedudukan 20 km dari bangunan itu .

Visibiliti salib tersebut menjadi amat jelas kerana jaluran cahaya yang membentuk tiang tengah salib itu bermula dari tingkat bawah sehinggalah ke puncak tingkat 40 bangunan itu.

Silang salib itu terletak kira-kira pada tingkat 30 bangunan tersebut.  

Kawasan pembinaan dikatakan sebagai kawasan penduduk Islam, lantas membangkitkan rasa tidak tenteram serta ‘keresahan awam’ atau ‘public anxiety’ sebagaimana rungutan penduduk yang dihamburkan melalui video yang dimuat naik.

a a a asalib 2

Dengan itu kami bersetuju dan sependapat dengan pihak umat Islam yang memprotes dan mendakwa bahawa cahaya salib gergasi itu telah mencabul kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan. 

Perkara 3 (1) dalam Perlembagaan Persekutuan menyebut bahawasanya agama Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.

Dengan itu juga, pihak jurubina dan pemilik bangunan, serta MBPP yang meluluskan CF bangunan tersebut telah melanggar Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan kerana telah membabitkan rasa ‘tidak aman dan tidak damai’ dalam kalangan umat Islam.

Meskipun Pulau Pinang adalah negeri tidak beraja, ia tidak terlepas daripada kuasa DYMM SPBY DiPertuan Agong sebagai Ketua Agama Persekutuan sebagaimana terkandung dalam Perkara 3(2) dan Perkara 3(3) yang memaktubkan bahawa “Perlembagaan-perlembagaan bagi Negeri-negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak hendaklah masing-masing membuat peruntukan bagi memberi kepada Yang di-Pertuan Agong kedudukan sebagai Ketua agama Islam dalam Negeri
itu.”

Inilah antara perkara sensitif yang menjadi kemarahan umat Islam apabila ICERD cuba diratifikasikan, yang akan mempertembungkan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan dengan hak sama rata yang terkandung dalam ICERD.

Kami juga ingin memetik kembali kenyataan Dr Ariffin Omar pada 15 Jun 2017 yang membuat kenyataan “Apa Salahnya Pulau Pinang Jadi Bandar Kristian?” yang dilontarkannya dalam parlimen. 

a a a asalib 4

Senator lantikan parti DAP itu, berpandangan bahawa tiada apa yang perlu dirisaukan jika Pulau Pinang menjadi Bandar Kristian.

Beliau mengatakan demikian ketika menjawab soalan yang dikemukakan oleh Senator Tan Sri Dato’ Seri Dr Ibrahim Abu Shah, mengenai aktiviti evangelisme dalam negara.

Rekod Hansard bagi perbahasan yang berlangsung di Dewan Negara itu turut mendedahkan perihal Pulau Pinang yang mempunyai komuniti Evangelis Kristian yang pesat berkembang serta mempunyai hubungan rapat dengan gerakan Evangelis Kristian dunia.

Senator Ibrahim Abu Shah juga menyentuh tentang satu cadangan yang dikatakan dibuat pada tahun 2011 untuk menjadikan Pulau Pinang, Bandar Kristian dan Kristian sebagai ‘agama rasmi’ negara.  Pastinya ia jelas mencabul kedudukan agama Islam sebagaimana diperuntukkan dalam Perlembagaan. 

Isu ini juga selari dengan dakwaan Mohamed Razali Abdul Rahman, bekas Pengarah Strategik Hal Ehwal Orang Melayu-Islam DAP, yang mendedahkan bahawa DAP sedang mengatur perancangan untuk menjadikan negara ini sebuah negara Kristian. 

a a a asalib 3

Sudah terang lagi bersuluh, soal salib gergasi di Jelutong itu bukanlah satu perkara ‘yang tidak disengajakan’ sebaliknya ia adalah sebahagian daripada agenda DAP-Kristian Avengalis dalam misi dan visi mereka untuk menjadikan Pulau Pinang ‘Negeri Kristian’ dan Malaysia sebagai Negara ‘Kristian’. 

*End*

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: