VIDEO MAHATHIR MENGAKU JADI BONEKA DAP

Mahathir mengaku bahawa dia terhutang budi kepada DAP kerana DAP-lah yang memilih dia sebagai bakal Perdana Menteri sebelum PRU14 pada Mei tahun lalu.

Mahathir juga memperakui bahawa DAP-lah yang dominan dalam Pakatan Harapan (PH) dan berkuasa memilih serta menentukan siapakah pemimpin-pemimpin daripada parti komponen Pakatan Harapan yang boleh dilantik untuk memegang jawatan dalam kerajaan dan kabinet, bukannya dia meskipun dia adalah Perdana Menteri. 

DAP-lah juga yang memutuskan bahawa DS Anwar Ibrahim yang akan menggantikan dia sebagai Perdana Menteri nanti (tidak tahu pula bila).

Mahathir juga mendakwa kepimpinan DS Najib terdahulu telah membawa kerosakan kepada negara.

Namun ramai tertanya apakah kerosakan yang dimaksudkan, sedangkan hari ini rakyat seluruh negara sedang melihat kerosakan yang amat besar yang berpunca daripada kepimpinan Mahathir sebagai boneka DAP?

a a a asst2

Antara kerosakan semasa yang dibawa oleh kepimpinan Mahathir, walaupun baru hanya 8 bulan memerintah, adalah seperti berikut:

  1. Wang rizab antarabangsa Bank Negara susut berpuluh bilion,
  2. Aset Melayu-Islam daripada Tabung Haji dijual,
  3. Menipu rakyat dengan hutang kerajaan lalu RM1 trilion, sebenarnya hanya RM786 bilion di bawah paras 55% KDNK 
  4. Meletusnya rusuhan kuil Hindu yang hampir membawa kepada rusuhan kaum
  5. Cuba mengubah laporan forensik kematian pegawai Bomba Mohd Adip Mohd Kassim yang mati dibunuh
  6. Penghinaan terhadap Raja-Raja Melayu menjadi-jadi
  7. Harga komoditi getah dan kelapa sawit jatuh merudum
  8. Kemudahan rakyat seperti klinik 1Malaysia dan kedai 1Malaysia dimansuhkan
  9. Janji manifesto menjadi janji palsu semata-mata untuk memenangi PRU14
  10. Kos sara hidup naik dan kehidupan petani, nelayan dan peneroka diabaikan oleh PH
  11. Pelabur asing tidak lagi yakin dengan kerajaan PH
  12. Kemelut politik dalam PH
  13. Lunturnya keluhuran perlembagaan, apabila kerajaan Mahathir memilih musuh politiknya untuk diheret ke mahkamah, manakala konco-konconya dibebaskan
  14. 1MDB dan GST dijadikan bahan fitnah untuk memenangi PRU14
  15. SST gagal memperbaiki taraf hidup rakyat sedangkan harga barang keperluan tidak turun
  16. Tidak pernah dalam sejarah 1.9 juta rakyat Melayu-pribumi yang keluar menentang ratifikasi ICERD sebagai satu protes terhadap sikap biadap Mahathir dan konco-konconya untuk memadam hak Melayu-Islam dalam Perlembagaan Persekutuan

Walau bagaimanapun, adakah pengakuan Mahathir yang dilihat oleh sesetengah ahli politik sebagai tidak bermaruah, adalah satu daripada muslihatnya untuk menyelamatkan diri apabila PH jatuh nanti? Atau adakah dia mahu meletakkan kegagalan kerajaan PH hari ini semuanya adalah kerana DAP?

a a a adap screw malays
Dipetik dari Straits Times

Dia akan mengatakan bahawa, dia tidak ada kuasa untuk bertindak sebagai PM kerana dikawal oleh DAP? Atau dengan kata-kata lain, dia hanyalah boneka @ kaldai DAP dan tidak boleh dipersalahkan jika berlaku banyak kerosakan dan penyelewengan dalam kepimpinannya sebagai PM tertua dan paling lemah di dunia dengan hanya jumlah 13 Ahli Parlimen (AP) daripada 121 kerusi AP PH. 

Nampaknya berjayalah agenda DAP menggunakan Melayu untuk memperkosa bangsa Melayu sendiri. 

*End*

 

 

 

 

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: