Kawasan Parlimen Cameron Highlands (P78) mempunyai pengundi berdaftar sejumlah 32,048 dengan peratus pengundi Melayu 34%, Cina 29% India 15 % dan kaum Pribumi Orang Asal 22% (merujuk pada rekod PRU14).
Dengan demografi kaum yang sedemikian kedudukan BN pada PRK 26 Januari ini tidaklah begitu meyakinkan.
Pada PRU14, Datuk C Sivarrajh dari MIC-BN telah memenangi kerusi Parlimen P78 dengan jumlah undi sebanyak 10,307 mengalahkan calon PKR 9710 dengan majoriti 597.
Terdapat tiga faktor utama yang mungkin tidak memihak kepada BN.
Pertamanya sekiranya PH meletakkan calon DAP, pastinya pengundi Cina baik DAP mahupun MCA dan kaum Cina PKR akan memilih calon DAP yang ditanggapi lebih cenderung membela kaum Cina dalam banyak hal.
Keduanya, oleh kerana BN akan meletakkan calon UMNO iaitu bekas pegawai kanan PDRM, dari kalangan kaum Orang Asal, Ramli Mohd Nor maka terdapat juga sebahagian daripada kalangan kaum India yang akan memilih DAP atau mungkin daripada parti lain yang meletakkan calon India. Hal ini disokong pula dengan faktor protes kaum India kerana P78 sejak sekian lama dikuasai oleh calon BN daripada kaum India.
Ketiganya, faktor rusuhan Kuil Mariamman tidak boleh dilihat sebagai faktor yang akan menarik keluar kaum India daripada mengundi calon BN, namun bagi mereka yang tertutup dunia politik mereka di kawasan pedalaman, besar kemungkinan isu tersebut merupakan faktor yang akan menolak calon BN.
Faktor yang menyokong calon BN pula boleh ditanggapi seperti berikut.
Pertama, sekiranya masyarakat kaum Orang Asal yang terdiri daripada 22% (7050) pengundi berdaftar menyokong calon BN kerana faktor calonnya adalah juga tokoh daripada Orang Asal, maka BN secara kasarnya boleh menggarap undi daripada 56% (34%+22%) atau 17,947 undi bagi menentang kaum Bukan-Melayu 44% (29%+15%) atau 14,101 undi.
Perkiraan kasar ini tidak mengambil kira kaum Melayu PKR, PAN dan PPBM yang besar kemungkinan menyokong calon DAP, dan begitu juga kaum India yang menyokong MIC sebagai parti komponen BN yang akan memilih Ramli.
Keduanya, faktor bantahan ICERD, pastinya akan mendorong kaum Melayu-Islam daripada parti PAS untuk menyokong calon BN, apatah lagi meskipun calon BN merupakan kaum Orang Asal, namun Ramli Mohd Nor adalah beragama Islam.
Ketiganya, kaum Orang Asal harus menilai BN daripada pembangunan infrastruktur yang digerakkan oleh BN sebelumnya. Agak aneh sekiranya DAP mahu mengangkat calonnya sebagai wira yang memperjuangkan kebajikan Orang Asal kerana selama ini tiada apa-apa yang dibuat oleh DAP terhadap kebajikan mereka, malah DAP amat memusuhi kaum Melayu-Pribumi.
Dengan meletakkan harapan yang tipis pada calon Cina dan India, BN amat mengharapkan sokongan daripada kaum Orang Asal dan Melayu Islam.
BN telah membuat keputusan yang amat bijak untuk meletakkan Ramli Mohd Nor daripada kaum Orang Asal, yang mempunyai latar akademik dan profesional yang amat hebat dan mengkagumkan.
Malahan hari ini, sebagaimana yang didedahkan oleh Pengerusi NGO atas nama Gagasan3, Raggie Jessy Rithaudeen dalam video yang dimuat naik daripada Youtube (seperti yang dipaparkan di atas), DAP sedang giat memadamkan sebarang dokumen yang meletakkan hak kaum Pribumi lebih daripada kaum Cina.
Tun Mahathir yang kini bersekongkol dengan DAP telah mengakui bahawa dia hanyalah boneka kepada DAP. Sebagaimana dakwa Raggie, Mahathir amat benci pada Lim Kit Siang dan begitu juga Lim Kit Siang terhadap beliau dengan masing-masing sentiasa mencari jalan untuk menjatuhkan satu sama yang lain.
Raggie juga mendakwa missi DAP dengan ejen-ejennya yang sedang berkeliaran memadamkan klausa-klausa dalam sebarang catatan polisi yang mementingkan dan mengutamakan kaum Melayu-Pribumi.
Dengan faktor sedemikian, kaum Orang Asal di Tanah Rata dan juga di Jelai hendaklah disedarkan bahawa kedudukan mereka amat terancam sekarang ini. Malah sudah ada suara-suara cauvinis yang mengugut Tok Batin untuk tidak dibayar gaji dan dilucutkan jawatan sekiranya tidak mengundi DAP-PH.
Janganlah nanti mereka menjadi kaum yang pupus sebagaimana pupusnya Red Indian di bumi Amerika.
*END*
Tinggalkan Jawapan