Terdapat lima kali sebutan dalam laporan berkenaan yang mengatur strategi untuk mengheret ketiga-tiga tokoh UMNO itu ke dalam penjara. Pastinya laporan berkenaan bukanlah strategi yang baharu dirancang oleh konco-konco Muhyiddin Yassin dan Menteri Dalam Negeri DS Hamzah Zainuddin, tetapi ia sekadar kesinambungan strategi yang sudah matang dan bukannya sesuatu yang baharu dicetuskan.
VIDEO – MUKHRIZ BERI ALASAN DANGKAL KENAPA PEJUANG KALAH DI PRN JOHOR
Parti MUDA yang baru empat bulan didaftarkan berbanding Pejuang, telah memenangi satu kerusi walaupun hanya bertanding tujuh kerusi DUN, masakan pula Pejuang yang jauh lebih tua dengan pemimpin tertua dunia tidak memenangi satu pun kerusi daripada 42 yang ditandingi? Hakikatnya pengundi amat kenal siapa Pejuang dan siapakah pemimpin diktatornya yang sombong dan amat bijak memecah-belahkan perpaduan kaum Melayu, malah dilihat memusuhi Raja-Raja Melayu.
WAYTHA MOORTHY DAN GANABATIRAU DINASIHATKAN LETAK JAWATAN ATAS KEMATIAN ALMARHUM ADIB
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Waytha Moorthy yang juga merupakan Pengerusi Hindraf, serta Ahli Parlimen DAP Kota Kemuning, Ganabatirau, dinasihatkan meletakkan jawatan serta-merta kerana dilihat bertanggung jawab atas kematian Almarhum Muhammad Adib Mohd Kassim (AlFatihah). Gesaan sedemikian juga telah dibuat oleh Pemuda UMNO dan pertubuhan PERKASA, melalui media arus perdana. Di samping itu, Presiden UMNO... Continue Reading →
TIDAK DEMOKRATIK DESAK DS ZAHID LETAK JAWATAN PRESIDEN
Faktor dalaman dan luaran parti yang diasak oleh keadaan, masa dan tekanan pemerintah terus menyerang UMNO bertalu-talu telah menjadi penyebab kepada tindakan sesetengah Ahli Parlimen UMNO berpaling tadah meninggalkan parti dan mencari tempat berteduh yang mereka fikirkan ‘selamat’. Fenomena meninggalkan parti ini amatlah tidak wajar untuk menyalahkan dan menyerang Presiden UMNO Datok Seri Dr Ahmad... Continue Reading →