SIDANG 220 AHLI PARLIMEN DITANGGUHKAN KERANA COVID19, MENGAPA PULA ROS DESAK PERHIMPUNAN 3.2 JUTA AHLI UMNO?

Adakah logik dan waras sekiranya sidang 220 ahli parlimen ditangguhkan kerana Covid19, sebaliknya perhimpunan 3.2 juta ahli UMNO didesak supaya diadakan segera? Tidakkah RoS peka dengan risiko nyawa rakyat, apabila Malaysia dikategorikan sebagai negara jangkitan Covid19 tertinggi di dunia mengikut kadar per juta penduduk? Lantas timbul persoalan adakah amaran yang diterima oleh UMNO merupakan kerja orang-orang yang berkuasa dalam PPBM, sebagaimana didedahkan oleh MP Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman apabila pendaftaran parti Muda diterjemahkan sebagai disekat dengan bersyarat.

HAMZAH TAKUT PADA SYED SADDIQ

Namun sikap bacul Hamzah terhadap Syed Saddiq adalah sesuatu yang tidak dapat diterima, sehingga Syed Saddiq mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan PN lebih teruk daripada BN. Dalam soal kerajaan PN ‘lebih teruk’ daripada BN bukanlah sesuatu yang memeranjatkan kerana kerajaan BN sememangnya lebih baik daripada PN dan juga kerajaan PH yang digelar rakyat sebagai ‘Pakatan Hancing’.

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: