SEKATAN JALAN KE PARLIMEN ATAU SEKATAN POLITIK?

Rakyat boleh bergerak ke mana-mana demi menyelamatkan kelangsungan ekonomi sedangkan kadar kematian semalam 13 September adalah 413 dalam tempoh 24 jam, antara rekod tertinggi kes kematian, meskipun jumlah kes jangkitan 16,073. Jika dibandingkan, jumlah jangkitan pada 2 Ogos ialah 15,764, dengan kes kematian 219, jauh lebih rendah dengan apa yang dirkodkan hari ini. Mengapakah hari ini 14 Sept, kerajaan tidak menyekat pergerakan AP ke parlimen sedangkan rekod jangkitan dan kematian adalah lebih tinggi daripada rekod 2 Ogos? Namun apabila AP Pokok Sena Mahfuz Omar bertanya mengapakah tiada sekatan pada pintu masuk kediaman Perdana Menteri pada 2 Ogos itu, yang kelihatannya sibuk sebagaimana dilaporkan oleh media, Hamzah Zainuddin tidak dapat menjawabnya.

JANGAN CUBA JADIKAN ISMAIL SEBAGAI BONEKA MUHYIDDIN

Malahan syarat yang dikenakan Muhyiddin itu adalah bertentangan dengan titah DYMM Agong supaya perakuan bersumpah itu dibuat tanpa tekanan oleh mana-mana pihak. Isu ini penting untuk menentukan tiada tindakan mengubah sokongan yang akhirnya segala sandiwara yang telah berlaku ketika Muhyiddin berkuasa sebagai PM akan berulang kembali. Siapakah selama ini yang telah mengabaikan dan melanggari prinsip pengasingan kuasa badan eksekutif, undang-undang dan kehakiman. Adakah Muhyiddin lupa akan pendedahan bekas Ketua Polis Negara, TS Hamid Bador terhadap gelagat DS Hamzah Zainuddin. Bukankah dia Menteri KDN, ketika Muhyiddin berkuasa? Mengapakah Muhyiddin langsung tidak mengambil tindakan terhadap Hamzah yang menentukan pemilihan ‘budak-budak kita’ . Tidak lain yang boleh disimpulkan daripada kenyataan Muhyiddin, selain satu lagi penderhakaan terhadap DYMM Agong, serta pencabulan terhadap parlimen.

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: