KRONI MAHATHIR GELABAH DENGAN UCAPTAMA DAN TINGGALKAN FORUM WCEF

Lee Kim Yew yang merupakan salah seorang pengasas WCEF, melahirkan rasa kesal kerana Najib, yang disabitkan atas tuduhan rasuah (dakwaan terpilih PH), dijemput untuk menyertai acara perniagaan berprestij itu. Lee mengeluarkan kenyataan, “Kali ini, mereka (WCEF) mengundang bekas Perdana Menteri, seorang penjenayah yang telah disabitkan dan sedang menunggu rayuan. Pastinya mereka mengundang perhatian media, dan juga berlaku salah faham terhadap saya.” DS Anwar Ibrahim telah berjaya dipenjarakan, Tun Musa Hitam bijak meletakkan jawatan sebelum apa-apa penganiayaan terhadapnya, Tun Abdullah juga mengundur diri, tetapi DS Najib yang menjadi harapan rakyat tidak mahu menghampakan mereka, tetap bertegas untuk menentang hipokrasi Mahathir dengan dakwaan terpilih serta masuk campur dalam urusan kehakiman.

DS NAJIB DIBERIKAN PENGIKTIRAFAN PENERAJU EKONOMI MESKIPUN DIHIMPIT DENGAN PELBAGAI FITNAH DAN PENGANIAYAAN

Jemputan tersebut adalah satu kontradiksi kepada segala tuduhan dan fitnah ke atas beliau yang dilihat telah berjaya mengangkat ekonomi Malaysia kepada kedua terbaik di Asia selepas China. Ia juga merupakan satu tamparan kepada pihak yang telah merencanakan konspirasi politik untuk membunuh kerjaya politik Najib. Diharapkan tiada sesiapa yang akan dikejarkan ke IJN selepas forum WCEF 2021 ini.

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: