PEJUANG HANYALAH KERA SUMBANG YANG TEPOK DI PRN JOHOR

Pelbagai soalan terbangkit, adakah Pejuang mempunyai akar umbi di Johor? Adakah Pejuang mempunyai calon yang berwibawa dan berkaliber di Johor, malah adakah pejuang mempunyai penyokong daripada rakyat Johor sedangkan Mahathir sendiri telah mencatatkan rekod buruk atas hubungannya dengan DYMM Sultan Johor. Ia bukan sahaja mengurangkan jumlah ahli parlimen yang berada dalam kapal Pejuang tetapi ia juga satu kemaluan besar kepada Pejuang, bukan setakat Maszlee telah keluar meninggalkan parti itu, tetapi Maszlee telah melompat masuk ke parti musuh Mahathir yang dipimpin oleh DS Anwar Ibrahim. Tidak hairanlah sekiranya semasa bersama PH dahulu, meskipun Tun Mahathir adalah Perdana Menteri, rasa hormat parti komponen terhadapnya amat ciput kerana kekuatannya hanyalah bagaikan melukut di tepi gantang.

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: