WAN FAYHSAL KETANDUSAN MODAL APABILA KES BELLA PUN HENDAK DIKAITKAN DENGAN NAJIB

Nampaknya DS Najib akan terus menjadi modal fitnah pihak yang memusuhi UMNO, sedangkan dia bukan lagi Presiden UMNO dan dia juga bukan calon PM UMNO sekiranya BN-UMNO menang PRU15 nanti. DS Najib juga telah menyindir mereka yang kehabisan modal untuk memfitnahnya dengan soalan mengapakah tidak kaitkan dirinya dengan Perang Rusia-Ukraine dengan memuat naik gambarnya bersama Presiden Rusia Vladimir Putin yang tersiar juga pada 2016? Manakala kes skandal seks Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin dengan isteri bekas Timbalan Pendakwa Raya, Stanley Clement Agustin, sebagaimana heboh pada 2016  disembunyikan saja di bawah karpet.

MUHYIDDIN MESTI LETAK JAWATAN PRESIDEN BERSATU, JIKA TIDAK MAHU BERKUBUR – PENGANALISIS

Lantas kedudukan Muhyiddin dalam kerajaan PN yang cuba didominasinya tidaklah kukuh sebaliknya goyah meskipun disokong oleh PAS setelah ahli-ahli parlimennya disogok dengan jawatan menteri dan kedudukan dalam GLC. Dengan sebab itu, Muhyiddin semasa menjadi PM sering diburu oleh ketakutan ‘usul undi tidak percaya’ daripada pihak PH. Di sinilah menurut penganalisis politik Malaysia, Muhyiddin telah melakukan kesilapan besar apabila mempergunakan Ordinan Darurat untuk mempertahankan kesinambungan hayat politiknya.

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: