COVID19: MALAYSIA DALAM KEDUDUKAN YANG AMAT BAHAYA DARI STATISTIK WHO

Amat mengejutkan, apabila hari ini, 27 Mei, ia terus melonjak kepada 7,857 kes dengan kumulatif kes sejumlah 69,408 dan kumulatif kematian 2,491, tertinggi sejak ia meletus pada Januari 2020. Lebih daripada itu, jangkitan Covid-19 bukan lagi melalui pola ‘sentuhan fizikal’ dan simbahan udara penafasan dan percakapan, sebaliknya ia sudah bersifat ‘sebaran udara’ atau ‘airborne’. Daripada rekod WHO yang dicatatkan pada 23 Mei, Malaysia adalah negara ke-7 terburuk di dunia daripada 193 buah negara, dari aspeks statistik jumlah kumulatif jangkitan.

PKP PENUH DIABAIKAN – ADAKAH NYAWA RAKYAT TIDAK PENTING?

Anehnya apabila peniaga kecillah yang sering diambil tindakan sebagaimana yang heboh dalam media Internet sedangkan kes penyebaran adalah lebih ketara bagi Kluster Tempat Kerja dan Industri yang merupakan sumber kekayaan golongan kapitalis. Lantas timbul persoalan mengapakah kes harian tidak mendatar, apatah lagi menurun sejak penguatkuasaan PKP yang diperketatkan dan diasak pula dengan Proklamasi Darurat?

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: