JANGAN MANIPULASI DALIL AGAMA KERANA OPORTUNISTIK TEHADAP POLITIK

Lantas semasa Muhyiddin bersama UMNO, dan diberikan jawatan Menteri Besar Johor atas platform dan panji UMNO, adakah dia tidak beribadah? Kontradiknya, mengapa pula Muhyiddin mahu merujuk kepada Presiden PAS tentang dalil ‘haram, wajib, sunat’ sedangkan dia pernah mendakwa ‘PAS adalah parti ajaran sesat yang bawa fatwa songsang’? Rozman Isli dari parti Warisan, mendedahkan di mahkamah bagaimana dia telah diugut supaya melompat ke parti Bersatu jika tidak mahu dirinya didakwa. Bagaimana pula dengan projek ‘rundingan terus’ Muhyiddin dalam kes 1BestariNet ketika menjawat jawatan Menteri Dalam Negeri semasa PH berkuasa, dan projek itu telah yang mengakibatkan kerugian berbilion Ringgit. Adakah itu juga satu iabadah bagi Muyiddin?

‘ABAH  SAYANG…’ SANA-SINI, TAPI AHLI SENDIRI TAK SAYANG ABAH, BAIK ABAH LETAK JAWATAN SAJA SEBAGAI PRESIDEN

Meskipun Abah cuba membawa moto bahawa “Abah sayang anu dan ini..” tapi nampaknya laporan media menafikan kasih-sayang Abah yang ramai melabelkan Abah sebagai pengkhianat. “Abah sayang anu ini..” tapi tak malukah Abah ahli dan rakyat majoriti tak sayang Abah? Majoriti ahli yang keluar parti mendakwa Abah telah terpesong daripada perjuangan sebenarnya.

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: