WACANA 2: PAS MAHU WUJUDKAN GAGASAN PERPADUAN UMMAH UNTUK MENOLAK UMNO, TAPI REALITINYA MENJENGKELKAN

UMNO-BN adalah parti yang tekal atau konsisten, tidak seperti PAS yang sering berhijrah dari satu kelompok ke kelompok yang lain. Pada 1973 PAS pernah bersama UMNO, tapi pada 1990 PAS menentang UMNO untuk bersama Semangat 46, pada 1999 PAS bersama dengan PKR untuk mencanangkan Reformasi dan sekali gus bersama PKR untuk menyertai Pakatan Rakyat sehingga 2013. Kemudiannya pada 2019 untuk menentang ratifikasi ICERD PAS kembali bersama UMNO-BN dan kini bertenggek pula dengan Perikatan Nasional. Daripada pentas politik terkini, Mahathir dilihat sebagai musuh utama kaum Melayu, Hadi Awang pula sebagai penunggang agama, Muhyiddin adalah pengkhianat, Anwar sebagai pejuang LGBT dan Pluralisme agama, manakala Mat Sabu adalah penganut Syiah.

KHEMAH BESAR HANYA MEMBAWA PERBALAHAN LEBIH GANAS DALAM PH2.0

Tapi hakikatnya kemelut dalam khemah besar ini akan menjadi lebih ganas berbanding dengan PH1.0 kerana bukan sahaja Anwar mahu menjadi PM, Shafie Apdal juga mahu menjadi PM, Mahathir juga mahu menjadi PM, atau setidak-tidaknya anaknya Mukhriz, dan jangan lupa bahawa pengkhianat PH1.0, Muhyiddin Yassin juga mahu menjadi PM.

VIDEO – MUHYIDDIN SEPATUTNYA MALU DENGAN CERCAAN ‘PODDAH’NYA TERHADAP UMNO

Namun singa tua yang hilang taring itu tetap ego, angkuh dan riak, lantas lihatlah apa yang telah berlaku Rakyat harap Muhyiddin dapat menjawab afidavit Ahli Parlimen Labuan, Rozman Isli terhadap ugutan yang dikenakan terhadapnya oleh orang-orang Muhyiddin, dan amat mengecewakan, juga SPRM yang menjadi keldai Muhyiddin, supaya Rozman melompat dari Warisan ke Bersatu jika tidak mahu dikenakan dakwaan terpilih. Pastinya ramai lagi yang malu untuk tampil mendedahkan ugutan sedemikian yang menyebabkan mereka melompat ke Bersatu.

BAPA PECAH-BELAH SEKALI LAGI MAHU SEMUA PARTI BERGABUNG LAWAN BN

Malahannya pada zaman dia berkuasa selama 22 tahun itu, telah lahir Parti Semangat 46, dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), manakala setelah dia meninggalkan UMNO, dia wujudkan PPBM (Bersatu) dan terus pecah-belahkan Bersatu dan melahirkan pula Parti Pejuang Tanah Air (PETAI). Daripada bersama pemimpin diktator dan penipu, jauh lebih baik DS Anwar berdiri dalam satu saf yang perkasa bersama BN-UMNO.

MELAKA AKAN JADI NEGERI DAP JIKA PH MENANG – ANWAR

Majlis Presiden PH telah memutuskan bahawa sekiranya mereka memenangi PRN Melaka, kepimpinan kerajaan negeri akan diserahkan kepada pentadbiran DAP. Meskipun pelbagai perdebatan telah terbangkit, tetapi DAP tetap dilihat sebagai ‘kafir harbi’ yang harus ditentang oleh umat Islam, walaupun bukan melalui peperangan konvensional, tetapi serangan dan pertahanan melalui media, propaganda dan indoktrinasi mental.

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: