PRN SABAH: RAMALAN MELESET TENTANG KEMENANGAN WARISAN

Isu ‘Malaya jangan campur tangan di Sabah’ juga satu isu yang tidak masuk akal. Pihak manakah yang membantu Sabah daripada serangan militan Sulu, jika bukan tentera bersekutu dari Semenanjung? Lebih aneh lagi, tidakkah DAP yang telah memenangi 6 kerusi DUN adalah parti bangsa Cina yang berasal daripada ‘Malaya’? Begitulah juga dengan PKR. Paling hipokrit, apabila Shafie menelefon Tun Mahathir tentang kehadiran DS Najib Razak di Sabah untuk berkempen bagi pihak UMNO. Mengapa Shafie harus mengadu kepada pemimpin ‘Malaya’ jika tidak mahu orang Malaya campur tangan hal politik Sabah? Keegoan Warisan nampaknya seperti cuba menolak gabungan dalam Persekutuan Malaysia. Adakah itu sentimen majoriti rakyat Sabah?

SHAFIE CABUL DASAR NEGARA DAN KEDAULATAN SABAH KERANA LAYAN TUNTUTAN FILIPINA

Adakah Shafie bertindak atas sentimen dia berketurunan Sulu, sebagaimana didakwa bahawa datoknya adalah dari keturunan Sulu, Jolo Filipina? Justeru atas alasan yang sama, Shafie mahu terus laksanakan program PSS (Pas Sementara Sabah) untuk membuka ruang kepada orang Sulu Filipina berhijrah ke Sabah dan kemudiannya mewajarkan mereka menuntut kewarganegaraan Malaysia? Tidakkah serangan di Lahad Datu pada 2013 adalah tindakan kumpulan bersenjata Kesultanan Sulu apabila 235 militan bersenjata mendarat di Kg Tandua?

WordPress.com.

Atas ↑