VIDEO – LAPORAN POLIS TERHADAP PEGUAM NEGARA TANDA AWAL KESABARAN RAKYAT TIDAK TERBENDUNG LAGI

Sekiranya kemelut badan kehakiman ini berterusan nescaya rakyat akan bangkit menentangnya demi keluhuran dan kedaulatan undang-undang sebagaimana termaktub dalam Rukun Negara. Mungkin PRU15 ini merupakan permulaan kepada luahan rasa kesabaran rakyat yang tidak boleh dibendungkan lagi.

HAKIM WENG KWAI MAHU SPRM DEDAH SEGERA HASIL SIASATAN TERHADAP NAZLAN

Setelah bekas Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad membidas pihak yang cuba melindungi siasatan ke atas Hakim Nazlan, kini bangkit pula bekas Hakim Mahkamah Rayuan, YAA Mah Weng Kwai meluahkan perasaan beliau terhadap pencabulan keluhuran dan integritI badan kehakiman yang cuba menyekat siasatan SPRM. Pandangan tokoh seperti YAA Mah Weng Kwai mempunyai kredibiliti, berwibawa, dan amat signifikan kerana beliau adalah bekas Hakim Mahkamah Rayuan dan juga bekas Presiden Majlis Peguam.

VIDEO – BEKAS KETUA HAKIM NEGARA SETUJU DAN SOKONG NAZLAN DISIASAT

Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad bersetuju dengan tindakan SPRM menyiasat Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali atas prinsip bahawa pihak berkuasa seperti SPRM hendaklah diberikan kebebasan untuk sebarang siasatan jenayah rasuah, sebagaimana kebebasan tanpa sebarang campur tangan ke atas badan kehakiman negara. Kebebasan yang diberikan kepada badan kehakiman tidak bermakna bahawa kebebasan itu termasuk kebebasan melakukan jenayah dan bebas daripada sebarang siasatan. Sudah ada banyak precedence apabila hakim didakwa oleh SPRM mahupun PDRM dan didapati bersalah kerana rasuah di mahkamah.

JIKA HAKIM KEBAL DARIPADA SEBARANG SIASATAN, MAKA KEADILAN AKAN MATI DAN KEZALIMAN AKAN BERKUASA

Jika hakim tidak boleh disiasat oleh pihak berkuasa apabila mereka dituduh melakukan jenayah atau terus diandaikan tuduhan ke atas mereka adalah tohmahan semata-mata, maka ‘Rule of Law’ tidak akan dapat ditegakkan dan akan berakhir.

Jika ini berlaku, maka apa yang John Locke kata dahulu akan menjadi kenyataan, iaitu, ‘Wherever law ends, tyranny begins’ (Apabila undang-undang berakhir, di situlah bermulanya kezaliman).